24 Nov 2010

Hasrat Pakatan Untuk Ke Putrajaya Perlu Tunggu Dua Tahun Lagi???

Apa kata Dr Mahathir mengenai spekulasi pilihanraya…


"Kalau saya jadi Perdana Menteri, saya tunggu dulu,".Itu kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai desas desus kononnya pilihan raya umum ke-13 akan diadakan serentak dengan pilihan raya Sarawak pada awal tahun depan.

Bekas Perdana Menteri itu berpendapat Semenanjung masih mempunyai banyak masa dan tidak perlu terburu-buru untuk diadakan pilihsnraya bersama.

Menurutnya Sarawak tidak mempunyai pilihan kerana perlu mengadakan pilihan raya negeri tahun depan apabila mandat kerajaan sekarang berakhir.

"Tetapi di sini (Semenanjung) ada pilihan," katanya.

Dr Mahathir juga berkata kejayaan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi di Sabah pada 4 November lepas tidak harus dijadikan kayu pengukur untuk kerajaan mengadakan pilihan raya umum dalam jangka masa terdekat.

Katanya kerajaan Barisan Nasional masih mempunyai banyak masa untuk mengatur strategi meraih sokongan rakyat supaya lebih ramai rakyat kembali kepada parti itu.

"Kita dapat kemenangan di sesuatu tempat tidak boleh jadikan ukuran (sokongan). Faktor-faktor kemenangan BN di kawasan itu adakah sama dengan kawasan lain.

"Jadi saya fikir kepimpinan tahu tentang soal ini," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada wartawan selepas mengadakan lawatan ke Eastern Pacific Industrial Corporation (Epic) Berhad di Kemaman Supply Base kawasan Perindustrian Teluk Kalong di Kemaman Selasa.


Komen Isac;

Kebanyakkan MB-MB di negeri-negeri di bawah naungan Pakatan juga dilihat "belum bersedia" untuk melepaskan jawatan dan mengikuti PRU sekiranya negeri-negeri di bawah naungan BN dan Kerajaan Pusat mengumumkan untuk membubarkan kerajaan dalam masa terdekat.....

Itu telah disahkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri... Mungkin mereka juga sebenarnya ragu-ragu sekiranya kerajaan negeri dibubarkan lebih awal, adakah pakatan akan berjaya untuk mempertahankan negeri-negeri tersebut ??? Ataupun sekiranya berjaya, adakah mereka masih akan terpilih untuk kekal menjadi MB???

Yang jelas, biarlah DSAI terus dengan angan-angannya untuk menjadi PM.....












2 comments:

  1. Salam, Presiden atau PM masing2 punya kebijaksanaan masing2, bagi aku jangan ikut cara Pak Lah yang gila dengan angka 13.

    ReplyDelete
  2. apa nak diburu-buru kan...banyak lagi agenda BN @Najib yang baru nak mula..tak nampak lagi kesannya...banyak bajet nak diguna..utk pembangunan, pengurusan ..kalau PR tentu perlu bajet kempen berjuta pulak .

    takut nanti mendengar guruh di langit, air di tempayan dah dibuang..
    Bt Sapi n Galas tidak mewakili keseluruhan DUN N PAR..sistem amaran awal yg dibuat oleh parti BN bagaimana ???

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.