24 Nov 2010

Bila Peguam Lebih Kebal Daripada Yang Arif Tuan Hakim....

Anwar dakwa hakim intimidasi Karpal, mahu tarik diri dengar kes liwat...


KUALA LUMPUR, 24 Nov – Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa hakim yang mendengar kes liwatnya telah “intimidasi” peguam utamanya, Karpal Singh dalam usaha mereka mahu melucutkan beliau daripada mendengar kesnya.
 
Dalam afidavit bertulis difailkan petang ini bersama notis usul mahu hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dilucutkan, Anwar (gambar) berkata hakim itu telah “mengugut” Karpal semalam apabila peguam itu memberikan notis hasrat pembela untuk memfailkan satu permohonan mahu melucutkan  Mohd Zabidin.

“Peguam saya, ketika itu ada memberikan notis kepada hakim bahawa dia telah diarahkan oleh anak guamannya (saya) untuk meminta hakim berkenaan menarik diri daripada mendengar kes.

Berita lanjut klik sini.


 
Komen Isac;
 
Dah lebih dua tahun kes ini asyik tertangguh...Dah lebih 30 kali rasanya ianya ditangguhkan... Ini juga bukan kali pertama Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah cuba dilucutkan daripada mengadili kes ini...
 
Adakah Yang Arif Hakim tidak boleh menegur perilaku seorang peguam bela di dalam kamar mahkamahnya???
 
Setahu penulis jika ada orang yang "kebal" di dalam kamar mahkamah, orang itu adalah Tuan Hakim, bukannya ketua peguam bela apa lagi si tertuduh??? Agak-agak kalau di dakwa DSAI atas kesalahan menghina mahkamah kerana sengaja melambat-lambatkan perbicaran, ada asas ke?
 
 
 
 

4 comments:

  1. Isu cina TBHock nak cepat... Kes mangsa Saiful asyik nak tangguh je... Adil ke tu... Peguam bela yang sama pulak tu... double standard betul... Nampak sangat dah nak kantoi... nak cari kesalahan teknikal je... Barua sungguh...

    ReplyDelete
  2. Setiap kali Hakim memanggil peguam memasuki kamarnya (Judge Chamber - bukan bilik tidor.. hehe) untuk menjaga maruah peguam itu sendiri daripada dimalukan di depan khalayak ramai. Dan seharusnya apa yang berlaku di dalam kamar hakim adalah rahsia. Apabila cerita di dalam kamar hakim dibawa keluar seakan kisah dalam bilik tidur dijaja keliling. Bagi aku ianya bukan sahaja menghina mahkamah tetapi menghina prinsip perundangan itu sendiri.

    Aku Yang MASIH Bingai

    ReplyDelete
  3. Kaki spin terpaksa mencari helah untuk melawan.Cuma belum jadi sang kancil dengan harimau saja.....

    ReplyDelete
  4. Sebenar nya peguam Anuar telah gagal menjalankan tugas nya sebagai penguam bela dan cuba merosakan dan menggangu perjalanan kes liwat kerana itu satu taktik untuk melemahkan barisan pendakwaan dan saksi saksi cara lain peguam oku ini sudah tiada hanya menyerang hakim kalau sudah bersalah apa pun buat semua tak jadi kepada barisan pendakwaan dan hakim jalankan tugas tuan tuan semua dengan amanah allah selalu akan berada disebelah yg benar.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.