10 Nov 2010

300,000 Anggota Rela Boleh Undi Pos??? Satu Fitnah Atau Tak Tahu Undang-undang?

300,000 RELA bakal selamatkan BN di S'gor?

http://www.malaysiakini.com/news/147698
Nov 9, 10 3:07pm


PAS berharap sasaran membuat penambahan mendadak anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) kepada 300,000 di Selangor menjelang 2011 tidak mempunyai kaitan dengan agenda BN yang didakwa cuba menawan Selangor melalui undi pos.
<>

Ketua penerangan parti itu Idris Ahmad berkata angota pasukan itu tidak harus menjadi "tiket untuk mereka didaftar sebagai pengundi pos" dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

"PAS memang meragui kewibawaan undi pos dalam setiap kali pilihan raya kerana ia adalah simpanan tetap BN.

"Sudah lama PAS menuntut undi pos dihapuskan kerana kita mempunyai bukti daripada bekas anggota tentera yang bertugas selama ini tidak tahu siapa yang undi kertas mereka," kata Idris (kiri).

Kelmarin, RELA Selangor dilaporkan mensasarkan peningkatan sekali ganda keahliannya untuk mencapai 300,000 orang menjelang akhir tahun ini berbanding 153,000 orang pada masa ini.






Komen Isac;

Rela boleh undi pos ke??? Janganlah main politik sampai macam tu sekali.... Kalau mengikut sunah rasulullah s.a.w. orang alim X cakap banyak... Apa lagi bersangka buruk atas suatu perkara yang tak mungkin berlaku... Boleh membawa kepada fitnah tu....

4 comments:

  1. mai tgk komen cheq pasai benda ni

    http://panggungopera.blogspot.com/2010/11/kebengapan-deris-ahmad-melantun-lantun.html

    ReplyDelete
  2. Buat research dulu bro, samada RELA buleh undi pos.

    ReplyDelete
  3. Mamat ni dengan adik dan abang dia sama-sama dungu semua PAS totok yang hipokrit, buta hati, buta sejarah, buta kayu sanggup cakap bohong n fitnah demi habuan politik duniawi...nauzubillah bila mrk nak sedar?

    ReplyDelete
  4. Bang, memang betul orang alim tak boleh cakap banyak dan bersangka buruk tapi Idris boleh sebab dia orang Pas.Alim dan Pas dua perkara berbeza, macam langit dan bumi. he he he.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.