6 Oct 2010

Templak Rosmah - Ketua Penerangan Pas Idris Ahmad Tunjukkan Contoh Islam Sebenar???

PAS: Rosmah minta 'sedekah' di Belgium

http://www.malaysiakini.com/news/144454
Okt 5, 10 4:51pm

Hajat Rosmah Mansur melawat pusat remaja hamil di Brussel hari ini untuk mendapatkan input bagi menangai masalah pembuangan bayi adalah tidak munasabah dan menggambarkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea, kata PAS.

Ketua penerangannya Idris Ahmad berkata, isteri perdana menteri tidak sepatutnya merujuk kepada Centrum voor Integrale Gezinsgorg (CIG) kerana keadaan iklim dan sosial budayanya berbeza dengan negara ini.
"Tindakan yang dibuat oleh Datin Seri Rosmah untuk merujuk negara Belgium bagi mengatasi masalah anak luar nikah, seolah-olah anak yatim yang kaya dengan harta peninggalan bapanya, tetapi masih lagi meminta sedekah kepada orang ramai".

"Begitulah juga tindakan Datin Rosmah ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan kita mempunyai rujukan iaitu Islam," kata Idris lagi.

Rosmah hari ini dijadual melawat CIG, sebuah pusat bersepadu bagi membantu remaja hamil di Brussels, Belgium.

Pada 1 Oktober lalu, beliau dilaporkan berkata, lawatan itu bertujuan melihat sendiri pendekatan yang diguna pakai dalam melindungi remaja yang mengandung tanpa nikah dalam usaha menangani masalah pembuangan bayi yang semakin serius.

Rosmah juga berkata, sebelum menubuhkan pusat perlindungan bagi remaja hamil di negara ini, adalah penting kerajaan mendapatkan pendekatan terbaik daripada segi saintifik dan sistematik seperti yang diaplikasikan di negara lain.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris juga mempersoalkan, kenapa begitu takut hendak merujuk kepada "pendekatan Islam yang lebih menyeluruh dan telah terbukti berjaya".

"Kaedah yang perlu digunakan mestilah merujuk kepada apa yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu pendekatan mencegah dan mendidik," katanya.


Komen Isac;

Setakat nak meninjau pada fasiliti dan kemudahan yang mereka ada, pada pendapat penulis ianya tidaklah menjadi suatu kesalahan. 


Janganlah bongkak... ataupun menyombong diri Itu bukan ajaran Rasulullah s.a.w.

 Hadis nabi, "tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri Cina".  Walaupun hadis ini adalah hadis daif, tetapi Pas pernah mengajarnya dalam silibus Taski Pas.

Ada macam-macam dekat negeri Cina tu, kalau nak belajar semuapun tak apa.... Cuma yang buruk jadikanlah sepadan....Yang baik dijadikan panduan.

Kepada saudara Idris Ahmad kenapa cuma pandai nak mencari salah orang??? Itu bukan cara Islam... Sebagai pemimpin yang mewakili parti Islam, tunjukkanlah contoh yang baik.



47 comments:

  1. Nak tenguk serambi mekah sifar anak luar nikah.boleh x

    ReplyDelete
  2. Salam, bro biasa le buat baik pun salah, apatah lagi buat yg tak senonoh macam Mat Sabu.

    Taman add blog bro. TQ

    ReplyDelete
  3. pandai pun baca hadis... baca la juga hadis2 lain.. nak tangani remaja mengandung guna lah Al quran & hadis, kalau pi tanya org bukan islam, nampak macam pelik la kan, tanya mamak camana nak masak tomyam! jadi karitom la

    ReplyDelete
  4. Salam Hangkedee dan Ddinbunga.

    Buat ddinbunga, sila linkkan profile google "ddinbunga" dengan blog anda, jadi bila sesiapa klik ikon ddinbunga dia akan tahu nama blog tuan.

    Jika anda gunakan nama lain buat access blog anda, jadikan 'ddinbunga" juga sebagai moderator blog anda. Memudahkan orang untuk menjejaki blog anda kelak.

    ReplyDelete
  5. kalau setakat kata itu tak betul,ini tak betul.
    ini bukan islam itu bukan islam..tapi diri sendiri hanya pandai bagi ceramah dan cerita tentang islam serta ALQURAN tanpa bertindak,siapa pun bolih.
    islam tak pernah larang malah menggalakan lagi umatnya belajar,selagi tak masuk lubang kubor.
    belajarlah kemana pun.
    apasalah kita lihat dan contohi mana yg baik.
    yg bolih pakai kita ambil.
    orang2 pas kalau bab bercakap,cari salah orang serah pada mereka.
    mubaligh2 kristian berjaya kristian begitu ramai kaum2 asli dan kaum2 di sabah dan serawak kerana mereka berdakwah dengan jujur.
    mereka bijak mendekati kaum2 tersebut.
    tapi apa ulama pas buat?.itu tak bolih,itu haram.
    takat bagi ustaz2 dan ustazah DAP masuk masjid pijak tempat sujud dan bagi ceramah apa kejadah.
    bila lim guan eng nak memelok ugama islam?????
    biarlah isteri PM menjalankan tugas dia.
    bagi penganut pas pulak,buatlah kerja kamu.jangan cuma pandai berkokok tapi ekor bergelumang taik

    ReplyDelete
  6. ada juga usaha cari solution, daripada siang malam dok salahkan org lain. mulut kalau kurangkan sikit bercakap tak buleh ka puak2 pas oi?

    ReplyDelete
  7. juak2 PAS ni mmg cmtyulah perangainyer,
    bab2 mengata org buat salah dan x betul, dielah no.1, tp die xde pn nk tlg memikirkan same jln penyelesaiannyer, ape pnye turrrrrr daa..

    ReplyDelete
  8. Orang PAS biasalah, Orang Lain semua tak betul. APA yang PAS buat selama ini untuk membantu situasi ini?????

    Berilah pendapat Islam mereka tu, berilah pandangan.

    APA langkah yang PAS ambil untuk membetulkan keadaan ini? Maksudnya selain dari bercakap kosong. Bercakap memang modal air liur sahaja.

    Bangun, Bangkit..buat kerja sikit lah untuk rakyat. Terutamanya yang di pantai timur tu..dah teruk dah. Remaja bertudung labuh bukan signal semuanya OK. Kalau tak betul betul besok semuanya KO.

    Rosmah bukan masalah PAS. Masalah PAS adalah pemimpin2 PAS sendiri..kita lihatlah sendiri mentaliti mereka..

    ReplyDelete
  9. Fadap aku puak extreme PAS....kalau TAn Sri Muhyidin jadi PM...bini dia cun bertudung ....puak2 nak apa pulak.


    http://pulakdah.blogspot.com/2010/10/sewa-rimah-rm10000-di-galas.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+EmpulakDah+%28Em...Pulak+Dah!%29

    ReplyDelete
  10. bercakap tu pandai..kalo bole da setanding imam mahdi da ucapannye ibarat PAS ni bole selamatkan akidah satu dunia kalo berceramah.

    Tapi cakap berdegar tanpa sebarang tindakan, org gila kat hospital tampoi pun bole buat. Kalo nak ikutkan hasil didikan PAS yg dicanang2 dlm ceramah PAS tu sepatutnye takderla kes buang bayi, sumbang mahram, rogol kat Kelantan. Sudahle2 ustaz PAS oii..tak payah nak berpolitk. Merosakkan agama jer

    ReplyDelete
  11. Kalau isteri PM bergerak, mesti ramai yang ikut termasuk media dan sebagainya, tentu banyak perbelanjaan (shopping?) yang dikeluarkan tetapi seperti kata Idris, merujuk kepada tempat yang tidak betul. Ibarat nak menyelesai masalah orang-orang Islam tapi merujuk kepada bible, maka sampai bila pun tidak akan selesai. Kalau tidak silap, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah pun ada pusat/program bagi hamil luar nikah ni. Begitu juga beberapa NGO. Yang perlu dibuat ialah gabungkan program yang telah sedia ada, bersatu dengan cerdik pandai Islam/ulama dan jalankan program sendiri, yang lebih sesuai dan berkesan, tanpa perlu membazirkan banyak duit ke luar negara. Terimalah pendapat yang baik dan teguran dari sesiapa sahaja, walau pun pembangkang. Kadang-kadang adalah baik menerima teguran dari musuh kerana akan membuatkan kita berwaspada serta kita dapat tahu dimana kelemahan kita. Dan kadang-kadang juga, sangat malang apabila kita sentiasa menerima pujian dan sanjungan dari kawan dan penyokong sendiri, kerana akan menyebabkan kita lalai dan tak tahu dimana kekurangan kita. Kebenaran memanglah pahit, tambahan pula bagi isteri PM.

    ReplyDelete
  12. Kalau orang di luar kelantan nak tahu, hantar lah penyelidik untuk mengkaji adakah kelantan bebas dari anak luar nikah atau lebih teruk dari negeri yang tidak ditadbir oleh konon-kononnya ulama.

    ReplyDelete
  13. salam.... betul juga, kan kelantan lebih dekat sebagai rujukan. TIDAK pernah dengar orang kelantan buang bayi.....TIDAK pernah kita dengar orang kelantan merompak dan membunuh, TIDAK pernah kita dengar cerita orang kelantan buat benda yang menyalahi ajaran islam.....negeri serambi mekah katakan! islam itu kelantan dan kelantan itu islam....negeri kemegahan seluruh umat islam semalaysia, yang diperintah oleh nik najis, yang maksum! apa tak ikut contoh negeri contoh kelantan!

    ReplyDelete
  14. kelantan ranking no.1 pesakit AIDS/HIV di malaysia. kelantan ranking no.1 jumlah penagih dadah di malaysia. kota bharu ibu negeri paling kotor di malaysia.

    mari ikut kelantan si serambi mekah..
    p.s- buat malu nama mekah tempat lahir nabi saja..

    ReplyDelete
  15. PAS hanya memberi pandangan dan pendapat tentang perkara ROSMAH pergi ke Brussels...kenapa tak boleh terima pendapat orang...mengapa bila PAS komen je masing2 melenting dan kaitkan dengan negeri kelantan lak???....mengapa perlu ke Brussels?? kat Malaysia dan asia tenggara ni takde tempat rujukan ke??? kenapa perlu cari negara bukan islam??...lagipun ingat Rosmah pusing dunia tu pakai duit gaji sendiri ka??... ingat dia pegi sorang ka..ingat dia tidur hotel bajet ka...berapa banyak duit rakyat nak dihabiskan???..kerajaan memang la bole buat dan pegi ke mana saja pasal ada sumber kewangan yang cukup..duit rakyat...tapi berbaloikah???

    ReplyDelete
  16. Bab mencari salah, menghina org lain memandang rendah akan org lain semua tu ada pada Bahlul2 PAS. Merekalah yg paling islamik dan pakar rujuk walhal serabai kepala otak.

    Dah berada disana, tak salah untuk mendapat maklumat dan cara negara itu mengendalikan masalah yg sama ngan negara kita hadapi.Bukan nak merujuk pd mereka pun, salah ke hanya berkongsi pendapat dan pengetahuan.YABhg DS Rosmah telah melaksanakan tugasnya sebagai isteri PM dan mengambil berat dgn masalah negara juga.

    Kepada Bahalul2 PAS, apa kaedah kamu utk mengurangkan dan menjadikan masalah pembuangan bayi ketahap sifar? jgn hanya tahu berckp dan suruh merujuk kepada Al-Quran sahaja. Semua org pun boleh ckp mcm tu...contohnyalah...bila lapar disuruh makan, tp adakah makanan akan masuk kedalam perut klau tak berusaha mencari makanan dan menyuapkannya ke mulut? Mmglh merujuk ke Al Quran perlu....tp remaja2 pelbagai bangsa dlm negara ni bukannya semua baik dan dgr kata. Kenalah fikir dgn lebih positif lagi Pak haji ooiii...jgn asyik nk mengomel dan pandai ckp je...

    ReplyDelete
  17. PAS mana nak iktiraf orang lain? Kalau PAS tak kritik..., sah bukan PAS ler tuu...!

    ReplyDelete
  18. Isac, biasalah dengan puak-puak ni.... tunjuk kepandaian dengan ilmu agama konon... tetapi tahunya hanya menghukum, mencaci di atas apa yang orang lain buat....

    ReplyDelete
  19. pas sekadar beri pandangan? kah kah kah

    ReplyDelete
  20. Mat Sabu dlm PAS pon kena tangkap khalwat.. Nasib baik sempat cabut..kalu tak jadi ubi kayu..bertambah lah anak luar nikah

    ReplyDelete
  21. alahaii cian aku tgk bdak2 pas cuba nak tegakkan benang basah disini.

    aku ada kawan yg ambil anak angkat di rumah mawar di cheras. tmpt penempatan bdak2 pompuan yg ngandung luar nikah.

    tmpt tu run by individu tapi dpt juga peruntukan dari kjaan.

    maknakata ada juga individu yg prihatin yg beri pelindungan pada golongan2 yg teraniaya termengandung luor nikah.

    tapi bila kjaan melaka nak buat tmpt sebegitu, puak2 pas hina dan buat bahan lawak.

    bila kak rosmah nak tgk mcmana org barat handle golongan ini dan sudah tentu utk anak2 luar nikah bangsa cina, india dll yg bukan islam.

    tu pun di hina dan di kutuk puak2 pas.

    nak tanya juga apa sumbangan pas utk atasi masalah ni. agak dgn hina usaha org lain maka masalah boleh selesai ke??

    atuk

    ReplyDelete
  22. Sepatutnya puak2 PAS nie berilah pendapat, pandangan atau pun kerjasama..bukan nya mengutuk atau menburukan usaha org lain. Sepatutnya kita kena la bersyukur kerana isteri PM berusaha menyelamatkan gadis2 dan bayi yang dikandunginya..bukan nya tau bercakap atau mengutuk tetapi tak ada jalan penyelesaian.

    ReplyDelete
  23. Pandai pulak puak PIS ni kata BRUSSEL tu kafir. Yang PIS (bukat setakat merujuk dan berkongsi malah peluk cium dengan DAP kafir lahnatullah penghina Islam dan Melayu tu tak pa ka?

    Cakap pandai... rujuk Quran dan Hadith.... betul lah tu. Masaalahnya pemimpin PIS banyak yang munafik. Cakap lain, buat lain. BElum ada kuasa .... mak ai , nak hudud pe ke jadah nya lagi lah. MAcam semua nya boleh tukar 24 jam. Bila dapat kuasa.... tu tak boleh lah.. belum tiba masa lagi lah....(nizar celanat tu lagi pulak lah kata... ta ada dalam perlembagaan PIS untuk tumbuh negara ISLAM) tak ke bapak munafik namanya tuh?

    Brother didalam PIS.... tahu tak masaalah kamu?
    ORANG DILUAR PIS DAH TAHU DAN SEDAR PEMIMPIN PIS ADALAH MUNAFIK KHAWARIJ. MASAALAH NYA KAMU MASIH BELUM DAPAT HIDAYAH LAGI.

    Tapi tak apalah jika kamu ingin terus jadi si KALDAI kepada DAP ... teruskanlah.

    ReplyDelete
  24. salam semua...

    aku masih ingat lagi masa hj subki (min aina ila aina-penulisnya dalam harakahkahkah)kalah kepada Tun Mahathir dalam pilihanraya 1999, dia kata tiada nasib, dan masa yang sama pas menang di terengganu, dia kata ALLAH tolong, aku sampai sekarang masih belum dapat jawapan sama ada nasib tu macamana, bukankah ALLAH yang menentukan segalanya, begitu juga dengan kemenangan TUN masa tu...
    Semua boleh fikir sendiri... macamana pemikiran orang pas ni.....

    ReplyDelete
  25. Kata Pak Deris : Dalam satu kenyataan hari ini, Idris juga mempersoalkan, kenapa begitu takut hendak merujuk kepada "pendekatan Islam yang lebih menyeluruh dan telah terbukti berjaya".

    "Kaedah yang perlu digunakan mestilah merujuk kepada apa yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu pendekatan mencegah dan mendidik," katanya.

    Pieerahhh....setakat nak komen orang pandai laa mangkuk ni..tapi..nak tanya balik apa yang dilakukan oleh pemimpin PAS diKelantan dan diKedah..abuk pun tarak..cuba buat kaji selidik balik kat negeri mana yang tinggi rakyatnya menghidapi penyakit Aid dan moral rakyat kelantan baik sangat ke sebab selalu ditarbiah oleh Nik Ajis..tarak pun..sebab nik ajis dang geng pak lobai pas hanya duk sibuk melihat dan mencela puak yang tak sehaluan serta asyik dok fikir nak kembongkan kocek tapi rakyat sendiri tak terjaga..

    Begitu jugak laa dengan si Azizan kat Kedah..tiada sebarang program untuk mengatasi masalah moral pun ..tapi yang ujud adalah pertambahan pub2 dan spa baru..

    Pak Lobai PAS ni cuma pandai bercakap jee..sebab cuma guna air liur je ..tapi bila dok kat atas mereka mula gelabah sebab bangang..sampaikan nak menjana ekonomi negeri pun tak reti nak buat dan sebagai nak menampung kewangan negeri terpaksa menaikkan tarif air..

    ReplyDelete
  26. mulut cakap pasai hukum,tangan sain 'agreement'..(hudud x payah buat)..
    bercakap pandai,semua mau kasi turun harga,kedah sejahtera..pi raaa mabuk!!

    ReplyDelete
  27. ketuk-ketampi said...

    Betul la apa yg. Idris kata tu...dalam hadis nabi CUMA sebut tuntut ilmu sampai ke negeri Cina je....hadis tak sebut negara Belgium ke!...negeri Brussel ke!...Jerman ke! US ke! He..he..he.....

    Lepas melawat tu tak payah buat apa-apa pun sebab Kaedah yang perlu digunakan CUMA merujuk kepada apa yang diajar oleh Rasulullah SAW....Rasulullah tak suruh buatpun, cuma rujuk je...He..he..he.....

    Nanti kita bagilah tazkirah cara-cara macamana nak membendung masalaah buang bayi ni...kita rujuk la pada Al-Quran dan hadis...lepas tu esok kita buat lagi tazkirah....KERJA?....aaahh biarlah orang lain buat...depa dah terror buat ni semua...He..he..he.....

    Nak rujuk lagi?..rujuklah Harakah...he...he...he

    ReplyDelete
  28. To Anon :
    "mengapa bila PAS komen je masing2 melenting dan kaitkan dengan negeri kelantan lak???....mengapa perlu ke Brussels?? kat Malaysia dan asia tenggara ni takde tempat rujukan ke??? kenapa perlu cari negara bukan islam??..."

    aik? apsal marah pulak bila org rujuk Kelantan. bukan ke awak yg tanya takda tempat rujukan ke kat malaysia nih? kalau kat malaysia, cuba awak cakap negeri mana yg lebih layak utk buat rujukan oleh org PAS? kelantan lah..sebab org PAS kata kelantan negeri serambi mekah. negeri Nik Ajis. org PAS jugak lah pandang rendah usaha org lain.

    apa awak rasa kelantan tak boleh jadi rujukan ke? silap2 awak jadi murtadan PAS nanti.PAS ni tukang kritik no. 1. bila mintak idea, tarak. negeri sendiri yg dah diperintah 20 thn pun tak terjaga.

    ReplyDelete
  29. sebab tu pemikiran mereka tertutup. Sedangkan Rasullullah sendiri suruh kita belajar sampai ke Negeri Cina. Adakah Rasullullah sendiri sudah kering idea?

    Bingai macam aku gak mangkuk ayun tu. hehehehe

    semoga Allah memberikan perlindungan kepada mereka-mereka yang bercakap benar dan memberikan kesedaran kepada mereka yang bersubahat dengan kemungkaran.

    Aku Yang Bingai
    PRK DUN Galas - Siapa Menghina Siapa Terhina

    ReplyDelete
  30. Pembaca budiman.... Wow! Ramai betul peminat DS Rosmah, dah dua hari, tapi tajuk ni masih panas!!!

    First time blog ni dapat 30 komen untuk satu artikel...

    Wow!!!

    Sama-samalah kita mencari "persamaan" satu titik pertemuan!!! Demi survival Melayu/Islam perlu bersatu!!!

    Penduduk di Melayu Raya ini tidak kira, Negrito, Jawa, Melayu Deli, Melayu Tanah Melayu, Melayu Sarawak, Bumiputera Sabah, Bumiputera Sarawak, Filipina, Monro, Selatan Thai...Kita semua adalah bangsa Melayu...

    ReplyDelete
  31. AllahuAkbar..
    moga kalian disuluh hidayah Allah kelak..

    andai dgn cacian2 ni buatkn anda semua makin dkt dgn Allah..maka benarlah tindakan 2..

    moga Allah ampuni..

    kpd tuan punya blog,klu stakt MUNGKIN akan ditapis..xpyh la..blog anda dah sgt dikotori komen2 y wow!anda sgt excited bl rmi respon~

    ::muhasabah diri::
    redha Allah atau redha manusia y kt cari?wallahualam..bimbinglah kami ya Allah~
    janji Allah itu pasti..Islam psti akan menang~
    cm kt memilih sma ada ingin jd penggerak atau tdk..

    ReplyDelete
  32. kenapa bangkitkan soal perbelanaan kan ROSMAH ikut Najib kesana tak salah buat lawatan untuk melihat pekara yang baik. Nanti kita kena naik unta saja, sebab kenderaan rasulallah ,Orang Pas biasalah, Dulu tak bolih undi orang bukan islam jadi pemimpin nanti masuk neraka,sekarang tak apa sebab DAP dah terima islam &Hudud, Dulu setiap ceramah caci Anuar sekarang Anwar dah cukup baik, Dulu Nik Aziz kata Tun Nyanyuk sekarang Allah Tunjuk siapa yang nyanyuk, Mat Sabu Guan Eng lantik jadi Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang Skg langsung tak berani komen Kerajaan Negeri Pulau Pinang Kesihan orang orang Pas, Nok Bodoh Tak Habis Lagi Kalau Dah Tak Bolih Jawap akan pusing macam macam

    ReplyDelete
  33. mereka2 ini tidak pernah memberi idea cara menanggani masaalah hanya bercakap dan bercakap bila kena batang hidung sendiri salahkan orang lain

    ReplyDelete
  34. Rosmah pi Eropah nak tengok macam mana pendekatan depa semua. Salah ke? Yang dok kata pendekatan Islam tu cuba habaq mai, pendekatan macam mana? Sikit-sikit pendekatan Islam. Pas kata: kenapa begitu takut hendak merujuk kepada "pendekatan Islam yang lebih menyeluruh dan telah terbukti berjaya".

    "Kaedah yang perlu digunakan mestilah merujuk kepada apa yang diajar oleh Rasulullah SAW iaitu pendekatan mencegah dan mendidik," katanya.

    Selama ni dok mencegah dan mendidik le jadi macam ni.Kelantan ada pendekatan Islam lah yang banyak juga anak luaq nikahnya. PAS buat koperasi KOHILAL ambik pendekatan Islam juga. Tapi cuba tanya depa apa dah jadi dengan KOHILAL. Tu baru satu contoh...ada banyaaaaaaaaak lagi aku nak habaq.

    ReplyDelete
  35. pas parti islam yang islamnya hanya dlm parti.

    sebab tulah depa ni dok cari salah orang jer..

    islam sebenar ialah mencari kebenaran pada diri sendiri.

    pas?????

    ReplyDelete
  36. Jadi...apa cadangan penyelesaian dari pihak PAS?

    Ada?

    ReplyDelete
  37. dia bukan gi jauh2 bukan semata-mata nak pergi tempat tu jer..
    PM gi brussel ada urusan negara...
    kebetulan rosmah ikut..dia pi la melawat pusat tu..aduh...salah aje...
    takkan nak tengok n kaji pun tak bley...
    pusat utk remaja hamil kat malaysia ni utk orang Islam je ke?
    kalo remaja cina , india hamil...ko nak main serbu tarbiyah dia suh baca quran?

    ReplyDelete
  38. PRINSIP ORANG PAS HANG NAK TAU... PERTAMA KRITIK ORANG DULU KERANA KITA TAK DAPAT BUAT PERKARA YANG BAIK. KEDUA .. MENFITNAH ORANG DULU KERANA KITA TAK PERNAH BUAT PERKARA BAIK. KETIGA..BERJANJI DENGAN RAKYAT DULU KERANA KITA TAK PERNAHPUN BERNIAT NAK TUNAIKAN JANJI TERSEBUT.. TAK BOLEH TENGOK BENDA BAIK ORANG BUAT KERANA KITA TAK PERNAHPUN FIKIR APA PERKARA BAIK YANG NAK KITA BUAT ????

    WAN UMNO

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum
    parti islam semalaysia PIS tapi jadi PAS. ini kenyataan jgn marah la, sebenagnya pas dah banyak makin melalut merosakkan islam dan terkini hampa telah menjadikan diri hampa sebagai keldai politik. sepatutnya hampa yang jadi ketua pr so hampa telah mengkaldaikan islam.

    ReplyDelete
  40. korang ni pro Islam ke atau x?jgn adukkan dengan politik sbb kita sendiri xtau mana satu yg betul..org pas kata pas betul,org umno kata umno betul...yg penting pegangan kita..ISLAM..Islam tu sendiri sudah lengkap lagi melengkapi..aku rasa kalau kerajaan yg ada sekarang ni betul2 mengamalkan cara hidup Islam yg SEBENAR,xmungkin perkara2 mcm anak luah nikah ni akan berleluasa..untuk jdkan anak luar nikah sifar tu mmg agak payah tp kita bole tengok hasilnya.Xda seorg pemimpin pun yg berani untuk menegakkan Islam secara total..xpayah la korg nk angkat pemimpim masing2...mmg semua cakap je lebih..pada yg xsuka konsep Islam tu harap2 korg bertaubat la..aku tgk komen2 ni dh mcm ada yg leh pesong akidah...ingat,akidah bole terpesong dgn perbuatan,percakapan ataupun niat...pikir2 la

    aku yg neutral

    ReplyDelete
  41. Bro aku yang neutral..

    Bukan masalah nak tegakkan pemimpin masing-masing, masalahnya orang PAS knp asyik nak kritik tp x pernah nak tunjukan cara yang betul mcm mana nak laksanakan apa yang diorang war2kan.

    Mmg masalah kejatuhan moral ni x dapat kita hapuskan 100%..sbb itu dalam Islam ada hukum, ada peraturannya ada cara untuk tanganinya.

    T knp ada sesetengah pihak hanya bercakap jer pandai Islam tp x membantu untuk melaksanakan hujkum Islam itu sendiri..

    Mmg Islam adalah agama yang Sumul, lengkap, tp ada sesetengah pihak yang gunakan Islam untuk kepentingan peribadi, parti sahaja, sama seperti Islam gunaan, untuk kepentingan dia, dia ambil, bila ada yang tak kena pada dia, dia diamkan jer..

    Patutnya sebagai pembangkang, Pas pun kena bantu kerajaan dalam usaha tangani masalah keruntuhan moral, buat kertas cadangan, wujudkan pusat2 tertentu yang menggunakan kaedah, peraturan Islam untuk kawal keadaan tersebut...jangan la asyik nak berpolitik jer siang malam dan bukan sekadar hanya melemparkan kritikan semata-mata kerana individu tersebut tidak sehaluan dengan Pas..

    Tunjukkan lah caranya kerana mereka (PAS) mendakwa lebih Islam daripada orang lain..bukan kritikan yang kosong...bagi la cara yang mengikut Islamnya, Nasnya, Dalil serta Hadith yang boleh digunakan untuk membantu kerajaan menangani masalah tersebut..

    Yang bermasalah bukan orang lain, kebanyakkannya orang Islam juga..jngan hanya pandai mengkritik..ketepikan soal parti bila berdepan dengan masalah moral sebegini...

    Klau asyik bertekak jer..bila kerja nak jalan?

    Ash, Serdang

    ReplyDelete
  42. setuju dgn AKMY...Jabatan Kebajikan dah ada, buat apa nak buat baru...tambah sahaja dan perbaiki apa yang dah ada..Sama juga dengan PERMATA...TASKA / TADIKA / TABIKA...dibawah naungan Jabatan Kebajikan, KEMAS, Jabatan Perpaduan dah ada...buka juga permata pakai duit kerajaan...so kenapa tak perbaiki yang dah ada sahaja...

    SEMUA DIA BUAT HANYA NAK DAPAT NAMA...
    Kalau nak sangat tiada berlaku perempuan hamil diluar nikah... ISTERI PERDANA MENTERI kenalah pakai tudung, nampak juga seorang isteri PERDANA MENTERI...ISTERI PEMIMPIN ISLAM...
    baru perempuan nak ikut...

    ReplyDelete
  43. hahahahahahahahahahhahaha....sebelom betolkan org lain...betolkan diri sendiri dulu lah...

    hahahahah..kilang arak kat selangor tu bila nak tutup tah..dulu itu lah modal diorang ni hentam kerajaan...

    hahahaha..kat Kedah dulu cabut meter...skang pasang balik...mungkir janji tu bagus lah kan

    aku ingat sampai bila2 Dr MAZA cakap....
    "kalau rasulullah ada sekarang ni..tuan2 rasa dia akan cakap 'masyaallah..inilah pejuang islam yg sebenar..' tuan2 rasa mcm tu ka?"

    ReplyDelete
  44. masaalah ini sebenarnya mudah sangat, kalau rujuk pakar dalam negara, nanti tak boleh jalan-jalan.

    Biasalah serampang lima enam mata.
    Paling mustahaknya ramailah boleh tumpang sekaki, makan angin kat belgium.

    ReplyDelete
  45. Dah tiga tahun berturut-turut Serambi Mekah mencatatkan Kemenangan Pertama dan melebehi paras sasaran. Kes Rogol tidak termasuk cabul kehormatan dan lain2 pencapaiannya adalah amat membanggakan. Apa Nik AZiz & PAS tak nampak ke? Dok sibuk dengan politik dan masjid. tanggungjawab keatas keluarga terutama anak-anak diabaikan. Tidak masuk syurga juga akhirnya. Walaupun amal ibadat setinggi Gunong Everest.

    ReplyDelete
  46. x nak komen ke hadi sanggup pegi ke illinos(USA) utk minta derma pasal kejadian memali...pelajr2 sana siap jual gelang dan barg kemas yg lain nak bantu balu2 dan anak2 yg mati tue...tetapi hasilnya duit tabung dibalun oleh puak2 PAS...
    Mat sabu siap sound kata balu2 yg mempertikaikan tabung tersebut adalah ahli neraka sama mcm kaum nabi luth..sampai mcm tu sekali bangsatnya perangai org2 PAS..

    ReplyDelete
  47. salam semua....panas sungguh artikel ni...mmg kalu x sabo mau jer melenting dibuatnya...tapi pelik kan?? bila nak buat benda baik pasti ada saja komen yang diterima...pernahkah kalian semua terfikir...andaikata yang hamil tu salah seorang dari adik..kakak...saudara sepupu...malahan tak dinafikan mungkin terjadi pada anak perempuan kalian semua...dimanakah kita harus teruskan penghidupan mereka?? GUGUR kan...atau BUANG BAYI yang tak berdosa tu?? Silap Pn Seri Rosmah hanya tidak bertudung...dosa itu ditanggung oleh dia sendiri..bersama PM..tapi kenapa kebaikan harus diadukkan dengan dosa orang lain?? Kalian sedia maklum bukan?? samaada BN atau PAS...adakah mereka mengambil pendekatan yang lebih tentang isu GADIS HAMIL ni?? BN & PAS hanya menunding antara satu sama lain..patut ke?? harus ke?? patut ke?? tapi bila Pak Ali yg dari Melaka sebulat suara memutuskan untuk memutuskan penubuhan RUMAH HARAPAN...semuanya melenting..hinggar bingar kat Parlimen..mengeji...mengutuk..malah mencaci atas apa jalan kebaikkan yang Pak Ali mahukan....salah ke?? pada saya RUMAH HARAPAN ini patut ditubuhkan oleh kerajaan sendiri sejak 20tahun dulu...pasti bayi-bayi yang tak bersalah itu terbela...remaja-remaja yang berpotensi dan bijak pasti dapat meneruskan pembelajaran dan mungkin ada yang ke menara gading...
    Jika kalian semua perihatin..cuba kalian tanyakan pada PEMERINTAH & KEMENTERIAN PELAJARAN...KENAPA GADIS YANG TERLANJUR TIDAK DITERUSKAN PEMBELAJARANNYA...SEBALIKNYA..MEREKA INI TERUS DIBERHENTIKAN DAN DIGUGURKAN DARI STATUS PELAJAR???

    Jadi salah siapa pula jika mereka ini terpaksa juga MENGUGURKAN bayi mereka atas sebab malu dek tiada pembelaan...KETELANJURAN yang mereka buat...dianggap besar sungguh AIB nya...tapi bagi PEMERINTAH & KEMENTERIAN PELAJARAN...tidakkah TUAN-TUAN malu kerana MENGAIBKAN & MENCARAS MASA DEPAN MEREKA INI???


    ITUKAH YANG DINAMAKAN NEGARA DEMOKRASI??

    FIKIR-FIKIRKANLAH...
    TEPUK DADA TANYA IMAN..JANGAN TANYA AIMAN...
    KOMPOM AIMAN JAWAB.." AIMAN X KISAH.."
    JIKA DITEPUK HATI...PASTIKAN SEGALANYA MENJADI...TAKUT NANTI..KELAK MEMAKAN DIRI...
    SENDIRI JUGA YANG MATI HATI...MATI DIRI...

    Buat Pak Ali...SYABAS atas tanggungjawab membela nasib bakal PERMATA SERIKANDI NEGARA...dimata Pak Ali...pasti terlihat semua itu...walaupun disaluti dek selut...TERIMA KASIH PAK ALI...doa dari mereka yang teraniaya...semoaga PAK ALI bahagia dunia dan akhirat...Insyaallah...Amin...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.