28 Sept 2010

Wang Ikhsan Sumbangan Judi Kuda - Nasruddin Bagi Warning Kat LGE!!!

Hasil Judi: PAS Mahu Guang Eng Beri Penjelasan Kepada Umat Islam

PETALING JAYA: PAS meminta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi penjelasan sewajarnya kepada umat Islam di negeri itu berhubung dakwaan kerajaan negeri menggunakan wang hasil judi bagi memberi bantuan kepada golongan miskin.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi berkata, parti itu tetap berpendirian bahawa wang hasil kutipan judi adalah haram dan ia tidak boleh digunakan bagi membantu penduduk miskin terutamanya umat Islam di negeri itu.

“Perkara tersebut, memamg telah diakui oleh Ketua Menteri (Guan Eng) bahawa hasil judi tersebut telah diasingkan dan ia disalurkan untuk membantu masyarakat bukan Islam di negeri itu. Oleh itu, kita berpuas hati dengan penjelasan beliau mengenainya.

“Bagaimanapun, ingin kita tegaskan sekali lagi bahawa PAS tidak akan berkompromi sekiranya wang hasil judi diberikan kepada orang Islam di negeri itu. Ini kerana hasil judi tetap haram dan ia tidak boleh diberikan atas alasan apa sekali pun,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, pada Isnin.


Komen Isac;

Itu lah yang semolek-moleknya, walaupun satu "kapal" yang hak perlu ditegakkan. Jika kerajaan negeri Pulau Pinang benar-benar telah mengkhususkan sumbangan daripada syarikat judi kuda tu khas untuk orang-orang bukan Islam, tak apalah...

Apa yang nak dirisaukan.... Kepada LGE beliau hanya perlu kemukakan bukti-bukti seperti "bank in slip" yang menunjukkan bahawa duit sumbangan judi kuda tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun lain dan bukannya akaun wang ikhsan yang dikhaskan untuk mereka yang beragama Islam. Hah boleh ke?

4 comments:

  1. Kah..kah kah...sekiranya jumpa ular dan guan eng lebih baik laa pukul guan eng terlebih dahulu sebab dia ni kaki putaq...orang camni yang kata-kata dipercayai oleh puak Lobai PAS..hairan betul aku dia tak kaji ke dahulu pada mulanya guan eng kata tak guna duit judi tetapi lepas didedahkan buktinya oleh blogger Pisau..akhirnya dia ngaku kata guna duit tu untuk orang bukan islam..kalau dia kelentong pun pak lobai PAS tau ke..sebab selama ini Pak Lobai PAS asyik dok mengiayakan cakap guan eng sahaja disebabkan lapar sangat undi daripada kaum cina..

    ReplyDelete
  2. Korang percaya ke cina haram jadah LGE tu asingkan wang judi? Walhal, mula mula dia dah menipu menafikan wang judi digunakan...

    AKU TAKKAN PERCAYA PADA LGE DAN PR... semuanya tamakkan kuasa, tutup jelah mata yeop... PAS boleh buat apa? Apa ada pada PAS di Penang? berapa kerusi beb? Yang ada banyak kerusi pun macam kat Kelantan tak mampu tadbir negeri... sampai kena mintak derma nak pi mekah berdoa.. apa punya bodoh orang PAS ini? Doa kat mana mana pun boleh... Tiada perantaraan antara kita dengan Allah...

    Kata undi PAS masuk syurga... kalau dia orang dah tetapkan kehidupan kita di akhirat... BUAT APA DOA LAGI BODOH!!! DAPAT ROYALTI PUN BUKAN BOLEH BAWAK KEMANA.... KEHIDUPAN DI AKHIRAT TU KAN LEBIH KEKAL DAN ABADI....

    UNDI PAS ANDA TEMPAH NERAKA! (BUKAN MASUK NERAKA, TAPI TEMPAH SAJA, SEBAB KITA TAK BOLEH BAGI HUKUM, ORANG PAS JE YANG BOLEH BAGI... KESIAN RASULLULLAH, TAK DAPAT MASUK SYURGA GAMAKNYA, SEBAB BAGINDA TAK UNDI PAS!!!!)

    HAMPAS BETUL ORANG PAS NI. BODOH PIANG!

    ReplyDelete
  3. sila baca pendapar Dr Maza yang merujuk kepada pendapar Dr Yusuf Qardawi
    http://www.malaysiakini.com/news/143786

    rujuk pula surat hampeh
    http://passembrong.blogspot.com/2010/09/bila-anak-kecil-dlm-umno-reka-surat.html

    ReplyDelete
  4. Kalau UMNO kata duit cukai judi genting pn masuk akaun lain dan digunakan utk bina Tokong, Kuil, sekolah cina, tamil, gereja dan aktiviti2 agama lain dan tidak digunakan utk membayar gaji k/tangan kerajaan dan masyarakat islam Malaysia, org2 PAS boleh terima tak? Kalau boleh terima kena kasi tahu dgn semua ahli2 mereka yg sering kali menggunakn isu ini. Jgn lupa publish kt dlm Harakah sekali (akhbar yg paling suka guna isu ni utk raih undi).

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.