22 Sept 2010

Selepas 20 Tahun Pemerintahan Pas - Tumpat, Kelantan Bakal Pesat Membangun???


Adik Nik Aziz Akui Terima Replika Cek Atas Sifat Peribadi 
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/21/mstar_berita/20100921185327&sec=mstar_berita%20
KOTA BARU: Adik Menteri Besar Kelantan, mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari sebuah syarikat Bumiputera, I'Da World Group Sdn Bhd, bagi membantu PAS Kelantan atas sifat peribadi dan bukan mewakili parti atau Kerajaan Kelantan.

Nik Din Nik Mat berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana tiada wakil kerajaan negeri atau Exco yang tampil mewakili Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik untuk menerima replika cek itu di suatu majlis di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

"Oleh kerana tidak ada wakil kerajaan negeri dan parti yang tampil menerima cek (replika) bernilai RM4 bilion itu, maka saya naik ke pentas itu sebagai bertindak atas sifat peribadi," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, dekat sini, Selasa.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai sebuah syarikat Bumiputera, I'Da World Group Sdn Bhd yang menimbulkan misteri dan kejutan banyak pihak kerana bermurah hati untuk menderma kepada PAS Kelantan bagi membangunkan negeri itu.

Ini termasuk Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hettar melibatkan kos RM313.71 juta.

Nik Din berkata, beliau tidak menaruh prasangka kepada mana-mana pihak dan tampil menerima replika cek itu kerana mengenali salah seorang anggota syarikat itu yang merupakan kawan baik beliau sejak di sekolah.

Replika cek bernilai RM4 bilion itu disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Abdul Rahman Abdul Rashid, seorang anak Kelantan yang kini menetap di luar negara. BERNAMA


Komen Isac;


Penulis berpeluang menghabiskan hampir lima hari di negeri Kelantan semasa cuti sempena perayaan Hari Raya Aidil Fitri yang lalu. 


Pada pengamatan penulis negeri Kelantan kini sedang menikmati pembangunan yang agak pesat. Pastinya tidak boleh dinafikan sebahagian besarnya telah disumbangkan oleh projek-projek kerajaan Persekutuan yang bernilai lebih RM 7 Billion daripada RMK ke 9. 


Walau bagaimanapun, pada pandangan penulis, kerajaan negeri Kelantan juga telah semakin berjaya menunjukkan kematangan mereka di dalam usaha untuk membangunkan negeri Kelantan. Banyak projek-projek pembangunan yang siap/hampir siap umpamanya di Wakaf Chek Yeh, Pasir Pekan, Pengkalan Chepa, Gua Musang, kawasan berdekatan Tesco dan lain-lain lagi telah sedikit sebanyak "merubah" landskap bandar-bandar dan pekan-pekan di negeri Kelantan yang dahulunya serba daif dan kekurangan, tetapi kini dilihat sedang pesat membangun menyaingi negeri-negeri lain di Malaysia.

Pembangunan projek-projek perumahan dan kawasan banglo-banglo oleh pemaju-pemaju kecil juga di lihat telah merancakkan lagi pembangunan oleh kerajaan negeri. 

Penulis percaya jika projek yang bakal diusahakan oleh  I'Da World Group Sdn Bhd dapat direlisasikan maka pembangunan di negeri Kelantan pastinya akan lebih berkembang pesat dan rancak terutamanya di bandar Tumpat yang berdekatan dengan tapak cadangan Projek Super Mega Seri Tujuh (S7). Mungkin selama ini Ir Arif Fahmi (menantu TG Nik Azizi) sememangnya pandai buat kerja.... Ini hanya merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya dibuat hanya berdasarkan pemerhatian sepintas lalu. Apapun pastinya ada pihak yang patut diberikan sedikit pujian di atas perkembangan positif ini.


Selama ini kita asyik membangunkan kawasan-kawasan yang didiami oleh majoriti orang-orang berketurunan Cina seperti di Pulau Pinang, Johor Baharu, Selangor dan lain-lain apa kata jika kerajaan Persekutuan kali ini lebih menumpukan kawasan majoriti Melayu dan Bumiputera kerana selain akan dapat menaikkan taraf hidup mereka dan rakyaat keseluruhannya, kita juga akan dapat mengoptimumkan penggunaan sumber asli dan kegunaan tanah yang masih belum dieksploitasikan sepenuhnya.


Jika rayuan Kerajaan Negeri Terengganu untuk mengembalikan "Royalti Minyak" kelak dipenuhi oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri Kelantan juga mungkin berpeluang untuk memperolehinya, tetapi saranan penulis, gunakanlah pendekatan yang lebih bijak dan berhemah kerana tuntutan di mahkamah pastinya tidak akan ke mana...Lebih-lebih lagi dengan adanya "klausa" hasil minyak/gas 3 batu nautika di luar perairan mana-mana negeri adalah milik Kerajaan Pusat sepenuhnya.


Jika perlu apa kata Pas sengaja untuk "kalah" di dalam PRU 13 dalam usaha untuk memperolehi "royalti minyak" sebagaimana yang bakal diterima oleh negeri Terengganu. Apa salahnya Pas berkorban untuk rakyaat Kelantan? Mungkin apabila semuanya berjalan lancar, Pas boleh menawannya semula dalam PRU 14 ataupun PRU ke 15 nanti. Bukankah kepentingan rakyaat Kelantan adalah lebih utama???

 






7 comments:

  1. Elok jika yg berada di dalam PAS berpandangan seperti tuan. Tapi jika ada pun, bagaimana hendak menyuarakan hasrat yg luhur itu kepada pemimpin tertinggi PAS yg punya demdam kesumat. Pemimpin silih berganti dan dari situ tercetus pertembungan budaya dan idea, perubahan, peningkatan, kemajuan.. tetapi tidak berlaku di dalam PAS. PAS seakan milik TGNA dan tiada siapa di dalam PAS boleh membatasi tindakannya termasuk Presiden. Jadi, apa makna Presiden bagi PAS?

    ReplyDelete
  2. "kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hettar melibatkan kos RM313.71 juta"

    cukup ke duit sebanyak tu?

    Kalau 4 bilion yang disumbangankan kepada PAS tu di peruntukan kepada kawasan seluas tu munasabah lah jugak.

    ReplyDelete
  3. Anon 22 September 2010 11:40,

    Tak sangka begitu "bergeliga otak" tuan. Kawan yang pernah 4 tahun terlibat dengan kerja-kerja-kerja "dredging & reclamation" dan 6 tahun dalam penyelidikan & rekabentuk "coastal protection structures & dredging/reclamation" pun terlepas pandang.

    Untuk kawasan seluas 144,000 ekar ataupun 582, 747, 324 m persegi. Jika memerlukan 1 m padu pasir untuk kerja-kerja tambakkan pasir, untuk setiap m persegipun, kosnya dianggarkan RM 6 billion itupun jika kontraktor cuma carge RM 10.00/m padu pasir. Kalau RM 20, dah jadi 12 Billion. Itu jika 1 m padu. bagaimana jika perlukan 4 m padu setiap 1 m persegi??? Kawasan tersebut memang rendah.

    Itu tidak lagi termasuk perlunya dibina "breskwatar", revetment dan pembaikan struktur tanah seperti vertical drain dan infrastruktur yang lain. Perlu di ingat kawasan ini terdedah kepada ribut monsoon yang dahsyat!!! Sebarang kealpaan terhadap struktur "coastal protection" pasti akan mengundang padah.

    Jestru kos sebanyak RM313.71 juta jika melibatkan "land reclamation" sememangnya terlalu kecil.

    Nampak gaya RM 4 bilion pun tidak akan cukup....

    ReplyDelete
  4. bro rasanya tu termasuk dalam koridor yang paklah lancarkan dulu.salah satu projek dia benda ni la

    ReplyDelete
  5. xrela aku membiarkan Kelantan diperintah oleh BN...

    ReplyDelete
  6. Saranan penulis blog ini supaya PAS 'berkorban' dengan memberi kemenangan kepada UMNO bagi PRU akan datang (PRU 14) adalah seperti saranan membunuh diri dan berfikiran politik yang cetek yang akan menjerat tengkuk Parti PAS akhirnya.
    Mustahil UMNO akan bekerjasama dengan PAS jika mereka menang dalam pilihanraya akan datang.

    Sejarah telah membuktikan - UMNO / BN akan terus mencengkam kuasa dan akan terus menindas habis- habisan Parti PAS apabila kembali berkuasa nanti, maka Parti PAS akan berkubur. Sesuatu yang pasti! Sila lihat sejarah.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.