4 Sept 2010

Pemuda Pas Selangor - Menyanggah Titah DYMM Sultan Selangor???

Pemuda Pas desak Pengerusi Mais, Pengarah Jais undur

SHAH ALAM – Dewan Pemuda Pas Selangor, semalam menyerahkan memorandum menuntut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi meletakkan jawatan.

Timbalan Ketuanya, Zaidy Abdul Talib berkata, tuntutan dibuat selepas pihaknya kecewa kerana Mohamad Adzib dan Mohammed Khusrin gagal melaksanakan tugas dengan baik semasa berdepan isu kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda, Kajang, baru-baru ini.

“Kedua-dua mereka gagal menasihati dan memberikan penerangan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung hukum Islam yang sebenar terutama keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharuskan golongan bukan Islam masuk ke dalam surau dan masjid.

“Akibatnya, Sultan Selangor seolah-olah telah terlibat dan berpihak dalam politik kepartian dan tindakan mereka menjejaskan nama baik Tuanku dan istana,” katanya.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin di Pejabat Menteri Besar.
 
 
Komen Isac;
 
Tindakan mereka seolah-olah tidak mengumpamakan DYMM Sultan Selangor??? Seolah-olah membayangkan Paduka Sultan tidak boleh berfikir sendiri? Beranggapan Tuanku Sultan "tidak bijak"???
 
Adat orang muda sememangnya "berdarah panas", tetapi jangan sampai dikata orang "kurang ajar" nanti emak bapak pula yang disalahkan orang kerana tidak pandai mengajar anak!!! Janganlah titah Tuanku Sultan hendak disanggah!!! Pukul anak sindir menantu? Dia orang ni ingat Paduka Sultan tu pangkat "kawa-kawan" dia ke?
 
Dah terlampau banyak "termakan" budi DAP gamaknya, perangaipun dah tak macam "orang"... Jika lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada adat!!! Tapi kalau nak pegang babi, carilah air tanah banyak-banyak untuk dibuat "samak"...

2 comments:

  1. Tu sebab kat kelantan banyak berlaku sumbang mahram. Yang dilarang tu juga suka dibuat.

    Aku Yang Bingai
    UMNO + PAS - Masih adakah lagi jalan pulang?

    ReplyDelete
  2. salam,

    cakapla apapun, sekali puak2 pas dah tersumbat ni dgn dakyah dap yg sah & terang2 menentang pembentukan negara islam, mereka tak mungkin akan menginsafi hakikat sebenar yg pas semakin jauh tersasar dari matlamat asal mereka...

    yg tua dah tak bertaring, hanya digunakan sebagai hiasan dinding, yg muda semakin ghairah nakkan kuasa hingga mencampuradukkan yg haq & yg bathil...

    kalau dinasihati macam2 akal membelit yg mereka beri, menghalalkan tindakan yg akhirnya menjerut leher sendiri...paling popular yg kita dengar, orang lain dengki dgn 'kejayaan' mereka...

    kejayaan apa? membawa masuk 'najis' ke atas saf depan tu satu 'kejayaan'? kalau iyapun nak berdakwah tak payahla benarkan 'najis' tarbiahkan kita. terbalik benar cara pas berdakwah. kita yg WAJIB tarbiahkan mereka, bangsa kafir!! mereka yg sepatutnya duduk mengadap kita bertazkirah hingga akhirnya mereka akui kebesaran agama kita! bukannya kita duduk mengadap mereka & akhirnya mengakui kita 'tewas' dgn kata2 guna2 mereka. menerima perkataan mereka, bantuan mereka dlm rumah Allah menunjukkan puak2 pas ni mudah sgt dibeli, terlalu mudah...hinggakan pak imam pun terjelepok merenung kagum si rupawan kafir harbi bertazkirah!

    INGATLAH WAHAI MANUSIA. KERANA TIGA T, UMAT ISLAM TERGADAI MARUAH...harTa waniTa TahTa.. semuanya sudah ditembusi oleh dap dlm pakatan terutamanya kepada pas yg sgt lemah... dap gunakan waniTa (YB surau) menghulurkan harTa (duit RM) & menjanjikan TahTa (putrajaya!)

    NA'UZUBILLAH!!!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.