13 Sept 2010

Nepotisme & DSAI - Memang Cukup Sinonim???

Akar umbi S'gor saran Anwar, Azizah teraju PKR
http://www.malaysiakini.com/news/142353
Sep 9, 10 3:26pm


Sekumpulan pemimpin akar umbi PKR yang mengelar diri mereka sebagai Majlis Muafakat Kepimpinan Keadilan Negeri Selangor (MMKKNS) mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden PKR pada November ini.

azlanTimbalan pengerusinya Abdul Kudus Omar berkata langkah itu bagi mengatasi kemelut dalam perebutan jawatan timbalan presiden yang semakin panas di antara Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim.

"Dengan ini calon-calon yang telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan timbalan presiden hendaklah menarik diri," kata Abdul Kudus ketika membaca kenyataan media bagi pihak pengerusi, Syed Shahir Syed Mahamud.

"Kami juga berpendirian bahawa mencalon dan memilih mereka berdua bukanlah bermakna kita mahu menyuburkan amalan nepotisme dalam parti tetapi dilakukan atas pertimbangan menjaga keharmonian dan kemantapan parti," katanya pada sidang media, di Petaling Jaya hari ini.



Dasar Nepotisme

"Saya ingin tegaskan kami bukan menggalakkan dasar nepotisme dalam parti. Dalam isu ini ia bukan di antara Anwar Ibrahim dan isterinya tetapi di antara dua orang tokoh yang telah diuji.

“Cuma secara kebetulan Azizah adalah isteri kepada seorang manusia hebat bernama Anwar. Azizah pula adalah satu manusia cemerlang, telah terbukti kemampuannya memimpin sebuah parti walaupun baru dan tidak besar tetapi ia telah mencapai kejayaan yang belum ada tolok bandingnya," jelas Abdul Kudus yang juga ketua cabang Tanjung Karang.


Komen Isac;

Kalau dahulu, PKR selalu "mengkondem" Umno terutamanya Tun Mahathir kerana dituduh mengubah perlembagaan Umno demi untuk "mempertahankan" kerusi Presiden yang disandangnya. Walaupun ketika undang-undang tersebut dipinda DSAI sendiri berada di dalam Umno dan telah mengalahkan Tun Ghafar untuk kerusi Timbalan Presiden Umno dengan memanipulasi undang-undang tersebut tetapi, Tun Mahathir seorang sahaja yang dilihat bersalah olah penyokong-penyokongnya.

Kini penulis lihat budaya yang "dibawa" oleh DSAI ke dalam Umno sedang semakin "menguasai" PKR... Walaupun "kononnya" suara itu datangnya dari "akar umbi" PKR Selangor, tetapi ianya jelas menunjukkan siapakah pengamal fahaman "nepotisme" yang sebenar.

Apapun bagi kebanyakkan penyokong-penyokong PKR, mata hati mereka telah "dibutakan" dengan sifat taksub dan pemujaan pemimpin mereka jestru itu mereka masih lagi tidak dapat membezakan yang mana "yang hak dan yang mana yang bathil".

Mungkin ada benarnya seperti apa yang diperkatakan oleh sesetengah pengkritik, bahawa DSAI sebenarnya sedang dalam usaha untuk "menyediakan" Nurul Izah sebagai "pengganti" beliau... Maka nepotisme pun akan semakin dipertahankan dan diperlanjutkan dalam PKR....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.