26 Sept 2010

Lokasi Mayat Pula Dijumpai di Ladang Milik Suspek Utama Kes Bunuh Sosilawati???

Lokasi mayat ditanam ditemui di ladang milik suspek utama kes Sosilawati

September 25, 2010
 
Foto: Dari Fail (Berita Harian).

KUALA LANGAT, 25 Sept — Dua lokasi baru dipercayai merupakan tempat dua mayat yang dikaitkan dengan suspek utama kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki lain ditanam, ditemui di kawasan Ladang Gadong, Banting di sini hari ini.

Difahamkan, kedua-dua lokasi itu terletak di kawasan ladang milik suspek utama terbabit di mana satu daripadanya terletak di bahagian dalam manakala satu lagi di bahagian luar.

Polis mendapat petunjuk berhubung lokasi berkenaan hasil maklumat daripada empat suspek yang dibawa masuk ke dalam ladang itu kira-kira pukul 4 petang tadi.

Tinjauan juga mendapati sebuah jentolak dibawa masuk kira-kira pukul 4.30 petang di kawasan ladang itu dipercayai digunakan untuk kerja-kerja mengesan lokasi mayat tersebut.

Bagaimanapun, operasi mengorek dua lokasi itu hanya akan dilakukan pagi esok berikutan kesemua kenderaaan forensik, MPV polis dan sebuah van yang membawa suspek, keluar semula dari ladang itu kira-kira pukul 6.45 petang.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu yang dikatakan ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 Sept lepas, polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong.

Suspek utama kes tersebut yang merupakan seorang peguam turut dikaitkan dengan kes kehilangan beberapa individu lain termasuk seorang ahli perniagaan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, 34, dan seorang kontraktor Shafik Abdullah, 37, dari Kedah serta seorang rakannya.

Muthuraja dilaporkan hilang selepas tiba di Malaysia pada 18 Jan lepas dan Shafik serta rakannya dilaporkan hilang sejak lima bulan lepas.

Kesemua mereka dilaporkan hilang selepas berjumpa dengan suspek utama itu. — Bernama


Komen Isac;

Begitu banyak kes yang dikaitkan dengan suspek. Semoga mereka yang bersalah akan mendapat balasan yang setimpal.

2 comments:

  1. Jangan Lepaskan pembunuh yang ganas nie...

    ReplyDelete
  2. Mangsa bunuh yang dilempar cat di Ampang adalah anggota Perkida.Pertubuhan itu ada membakar kain rentang berkaitan dengan Majlis Peguam....Nampaknya majlis Peguam dikelilingii oleh gangsterisme...ini modus operandi gangster ialah menakut nakutkan orang yang disyaki musuh nya

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.