9 Sept 2010

Isu DAP Menggunakan Masjid - Umat Islam Semakin Berpecah, Siapa Yang Untung???

Tindakan tegas jika nazir, pengerusi masjid langgar arahan Mais
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8140955.asp

SHAH ALAM – Tindakan akan diambil di bawah Seksyen 12 (A) terhadap nazir dan pengerusi surau dan masjid di Selangor yang menganjurkan majlis di ruang solat atau kawasan yang tidak boleh dimasuki orang bukan Islam.

Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (Mais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, amaran itu akan diedarkan minggu hadapan kepada pihak pengurusan surau dan masjid seluruh Selangor.

“Surat berkenaan ditandatangani oleh tiga individu berkepentingan seperti Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Pengerusi Mais dan Mufti Selangor.

“Orang bukan Islam dibenarkan memasuki kawasan masjid, tetapi jangan berada di ruang sembahyang rumah ibadat berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, seksyen itu diwujudkan supaya jawatankuasa dan orang bukan Islam patuh di atas titah yang diperkenankan oleh Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.


Komen Isac;

Selalunya benda-benda macam ni, masa baru-baru aje orang akan patuh... Bila dah semakin lama, pastinya akan ramai yang lupa ataupun buat-buat lupa...

Bagaimana pula dengan masjid-masjid dan surau-surau di negeri-negeri lain? Di Kelantan kata TG Nik Aziz boleh... Ye lah Tuanku Sultan pun tengah gering... Jadi tak ada siapa yang nak menegur Tok Guru...

Yang jelas umat Melayu/Islam semakin "terpecah" dan yang pasti akan mendapat manfaat adalah DAP!!!

6 comments:

  1. Saya sangat sedih dengan perkembangan politik sejak akhir-akhir ini. Setiap satu isu akan dibandingkan dengan sejarah Rasulullah, yang akhirnya semua perkara menjadi halal belaka bagi pembangkang. Jika kesalahan itu dilakukan oleh kerajaan, akan dicari juga supaya kesalahan itu menjadi isu besar dan kelihatan amat berdosa.
    Sehingga saya merasa bahawa PAS ialah parti untuk orang-orang yang saleh, tanpa dosa dan bakal ahli syurga.
    Saya masih ingat bagaimana Tuan Guru mendesak supaya Dr. M meletak jawatan kerana terlalu lama, sedangkan dirinya sampai sekarang masih bertahan walau kelihatan kurang upaya?
    Ada penyokong PAS mengatakan tidak ada pemimpin yang paling hebat di dunia melainkan Tuan Guru. Apakah jasa Tuan Guru untuk Malaysia?

    ReplyDelete
  2. bila agama dlacur oleh sesetengah pihak ini lah akibatnya! hamPAS!

    ReplyDelete
  3. Dah lama da, Ingat lagi kata kata itu.Memang zaman dah berubah tetapi orang melayu islam tetap tak berubah.Lihat sekeliling kita berapa ramai orang melayu yang jadi pengusaha,pembekal, pemborong, peniaga? pembeli ramai lah.INI lah sikap tak mahu berubah dari dahulu nak jadi kuli kerajaan tak dapat jadi kuli kerajaan terpaksa jadi kuli cina.Buka mata seluas luas, dahulu tak ramai perempuan @lelaki melayu berkerja dengan cina tapi sekarang kedai kecil pun pakai perkerja melayu.tak nak berubah lagi...Sampai bila mentaliti begini akan berubah???????Tambah pula sekarang banyak watak watak BUANG dalam masyarakat kita yang mementingkan diri sendiri.

    ReplyDelete
  4. http://pakmie.blogspot.com/2010/09/takbir-bergema-di-hening-pagi-memohon.html

    ReplyDelete
  5. Yg pasti juga orang melayu yg tahu pasal hukum dalam agama nya sendiri akan hancur.

    ReplyDelete
  6. http://pakmie.blogspot.com/2010/09/takbir-bergema-di-hening-pagi-memohon.html

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.