27 Sept 2010

Guna Wang Ihsan Hasil Judi - Dr Asri Kata Boleh???

September 27, 2010

Asri: Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.
KUALA LUMPUR, 27 Sept — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, rakyat yang menerima bantuan kerajaan sebenarnya tidak haram walaupun dana yang diperoleh pihak berkuasa adalah daripada pelbagai sumber termasuk judi — yang menjadi amalan kerajaan pusat dan sesetengah kerajaan negeri.
“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.

“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penjaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.

“Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan,” kata beliau mengulas kontroversi terbaru terbabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang berhadapan dengan serangan Umno bahawa pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menggunakan sumber judi untuk membayar wang ihsan RM100 kepada warga emas.

Dalam kenyataann Jumaat lalu, Pemuda Umno mendakwa bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mendakwaan kenyataan yang dibuat Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sehari sebelum itu sebagai “satu pembohongan.”

Lim berkata, wang ihsan adalah hasil penjimatan manakala sumbangan kelab kuda digunakan untuk membantu rakyat miskin tegar bukan Islam.

Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Kira-kira seminggu itu beliau mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.

Dalam kenyaatan itu, Asri juga berkata, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan oleh kerajaan Pulau Pinang dan juga kerajaan pusat.

“Berapa banyak cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.

“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat.

“Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber,” kata beliau sambil menegaskan judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.

“Segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan,” kata beliau lagi.


Komen Isac;

Dari apa yang penulis belajar dulu setakat di sekolah Agama negeri Johor, jumhur ulamak berpendapat duit cukai dari hasil judi dan arak hanya boleh digunakan untuk kegunaan membiyayai kemudahan awam seperti membina jalanraya, jambatan, hentian bas, jambatan dan lain-lain yang seumpama dengannya dan tentulah bukan sama sekali untuk membeli makanan kerana barang makanan akan menjadi darah daging.

Semasa isu Judi bolasepak heboh diperkatakan dan pihak Pakatan Rakyaat menghentam Kerajaan BN dengan begitu hebat, lain pula nada Dr. Asri ketika itu... Sekarang dah lain pulak ya???

Apa pun daripada pemerhatian penulis, judi bolasepak masih dijalankan secara haram hingga kini, dan yang mendapat faedahnya tentulah pihak yang menjalankkannya, kongsi gelap dan mereka yang bersengkokol dengan kongsi gelap termasuklah sesetengah ahli politik yang berkawan dengan konsi gelap.

Penulis merasakan keputusan jumhur ulamak adalah lebih tepat kerana ianya dibuat bukan oleh seorang individu tetapi oleh sekumpulan (majoriti) ulamak dan yang datang dari berbagai bidang/cabang ilmu. Kepada pembaca budiman tepuk dada tanya selera... Walaupun kita boleh bertaklik kepada ulamak, jangan pulak kita bertaklik secara membabi buta. Yang pasti di akhirat kelak kita akan dipertanggung-jawabkan atas apa yang kita perbuat di dunia. Jika seorang ulamak mahu beritihaj seorang diri, biarlah dia guna untuk dirinya sahaja...


15 comments:

  1. ish...semua nak dihalalkan oleh mereka nih...jangan malaysia kena gempa sebab dorg ni sudahh...

    ReplyDelete
  2. ALJUBURI
    Dia ni pon ulmak dunia gak la, len macam jer nak kan publisiti...ada hal je mesti nak enter frame..soh jer dia masok [arti politik kalo nak sangat glamour!

    ReplyDelete
  3. Salam bimuyang..

    Bila perasan diri itu ulamak terlebih ulamak
    Taksub pada ilmu sendiri..yang lain keldai
    Tittle x-mufti dianggap dah hebat
    Cakap apapun org bingai akan percaya..
    Dulu kata nak masuk club malam nak berdakwah..
    Ceh..cakap karut je..

    ReplyDelete
  4. apa yg mufti tu cakap mmg betul bebenor, kau aje yg tak cukup ilmu.
    kau ni tak habis belajar patutlah kau tak faham. setakat belajar sekolah agama johor aje... patutnya kau teruskan belajar. sebenarnya gini, kalau kau dapt duit haram, tanpa buat apa-apa, memangla duit tu layaknya dibuat bebenda cam jambatan dan jlnraya. tapi kalau kau jual goreng pisang dan org yg beli tu bayar dgn duit haram, duit tu halal aje bagi kau. pasal yg kau jual adalah goreng pisang, dari mana duit pembeli tu dpt utk bayar kau bukan masalah kau. kan senang tu. kalau kau nak pastikan jugak, maknanya setiap org yg dtg beli goreng pisang kau tu, kau kena tanya samada duit dia nak bayar tu halal ke idak. kalau camtu, takleh la kau jual pada org kapiaq. halal bagi dia tak tentu lagi halal utk kau.

    ReplyDelete
  5. Laaaa....kalau macam tu aku boleh suruh orang bukan Islam mainkan judi untuk aku. Duit untung aku ambil....BOLEH???

    Kalau dah hasil judi boleh jadi halal pada dia orang, lebih baik halalkan aje MAKAN BABI dan MINUM ARAK....senang cerita kan!

    ReplyDelete
  6. yang terima tak salah......... yang memberi yang salah..... lebih2 lagi yang mengeluarkan lesen kepada Sport Toto, Damachai, Loteri Kebajikan Masyarakat etc.......

    Sapa yek???

    ReplyDelete
  7. Kalau dah sedia tau sumber tu dari duit haram.. tak kan ler blh jd halal plk. Lain ler kalau tk tau...

    Entah ler aku pn tak tau apa nk jd.. masing2 dgn pendapat sendiri.

    ReplyDelete
  8. ...Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penjaan wang hasil perjuadian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi... TIADA ISTILAH DOSA BAGI ORANG KAFIR! kita kena ingat itu! Apa yang mereka buat semuanya "HALAL" bagi mereka....

    ReplyDelete
  9. Biasa le x mufti seorang ni apa yg jumhur ulamak dah putus kebanyakannya di belit-belit maka pening le kepala orang Melayu nanti

    ReplyDelete
  10. Anon 27 September 2010 17:12,

    Kalau kita berniaga, orang bayar pakai duit haram... Kalau kita tahupun takkan kita nak berniaga dengan dia. Itu dari segi etika.

    Bagi sebuah kerajaan, ada sumber yang halal, kenapa tak gunakan sumber yang halal?

    Sampainya hati mentang2 orang miskin, kita bagi dia makan dari sumber yang haram? Walaupun sememangnya ada pilihan???

    ReplyDelete
  11. Lagi satu ini bantuan atau sedekah...

    Dah macam Robin Hood pulak yek???

    ReplyDelete
  12. Kalau gitu, tok guru kena istiharkan bahwa selama ini Kerajaan UMNO-BN mengutip cukai-cukai hasil dari permis serta lesen judi, arak tidak haramlah... kerana memberi bantuan kepada rakyat yg memerlukan.....

    ReplyDelete
  13. kerajaan mengenakan cukai kpd perniagaan haram ni & cukai tersebut digunakan utk menguruskan negara..bukan menerima sumbangan syarikat2 haram ni utk disalurkan kpd rakyat miskin..kalau camtu marilah berjudi utk membasmi kemiskinan..

    ReplyDelete
  14. buat lah sesuka hati kamu sebab la ni semuanya yang dulu haram sekarang dah tak haram dah..semua ulamak2 dah bagi kebenaran..tak pa depa yang tanggung nanti...

    ReplyDelete
  15. ye laa tu..

    bagi je daging babi kat umat islam kat mangsa banjir di pakistan tu.

    dia orang makan tak apa, yang tanggung dosa orang yg memberi, LeeGE yang tanggung dosa...

    untung jadi umat islam, ada ulama yg menilaikan anutan agama islam tidak melebihi nilai keagaman kaum kafir.. umat islam papa kedana,, baqgi je apa pun, semuanya halalllllll

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.