19 Sept 2010

Gara-gara Azmin, Keluarga Anwar Berpecah???

Tempoh hari Nurul Izzah begitu bersungguh-sungguh menegaskan bahawa beliau tak memihak samada Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim yang dijangka berentap jawatan Timbalan Presiden.  

Sebaliknya bila Senator Dr Syed Husein Ali secara rasmi umum undur diri dari jawatan Timbalan Presiden Rabu,beliau terus ubah nada dan "tunjuk belang"nya yang sebenar.

Nurul secara terbuka istihar beliau sokong Zaid semasa sidang akhbar di Kuching Khamis sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur setelah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli PKR negeri itu.

Dalam ucapan pada malam sebelumnya beliau mengingatkan ahli parti itu agar tidak memilih mereka yang musang berbulu ayam.

Beliau tidak lagi berselindung dengan menilai Zaid sebagai pemimpin yang berwawasan dan PKR memerlukan pemimpin seperti ini.

Siapa agaknya yang beliau maksudkan kerana dalam sidang akhbarnya Nurul menjelaskan beliau tidak merujuk kepada Zaid sebagai musang berkenaan.

Hairan bin ajaib ketika bapanya diketahui umum dokong Azmin tapi Nurul mengambil pendiriran sebaliknya.

Berita lanjut klik sini.


Komen Isac;

Keluarga Anwar dilihat "berpecah" setidak-tidaknya di dalam pemilihan Naib Presiden PKR, iaitu YB Izzah dan Datin Seri Azizah memilih Datuk Zaid sementara DSAI dilihat menyokong YB Azmin...

Samada ianya adalah keputusan "politik" ataupun peribadi, hanya mereka sekeluarga yang tahu!!! Apapun walaupun mereka sekeluarga pastinya akan mengatakan "demokrasi" sebagai alasan perbezaan pendapat mereka, sedikit-sebanyak khalayak pastinya akan tertanya-tanya, apakah alasannya untuk Azizah dan Izzah untuk "menyanggah" sokongan Anwar terhaadap Azmin???

Apa pula yang dimaksudkan oleh Izzah apabila menyarankan agar ahli-ahli PKR tidak memilih calon-calon pemimpin yang umpama "musang berbulu ayam"??? Bila Izzah menyatakan sokongan kepaada Zaid, pastinya yang beliau maksudkan pemimpin "musang berbulu ayam", salah-seorang darinya adalah Azmin sendiri!!!

Kepada penyokong-penyokong PKR, keputusan di tangan anda, untuk memilih musang atau mahu memilih "ayam"... :)

1 comment:

  1. tak lama lagi akan terdedahlah konflik Azmin-Izzah dalam perang dingin.. tunggu masa dah, masa di kuching Azmin terang-terang minta sokongan pencalonan sebagai timbalan pkr dalam ceramah semasa bertemu dengan beberapa kepimpinan PKR negeri. Kedatangan ke Swak sebenarnya bukan nak pantau sokongan rakyat terhadap pkr di sarawak tetapi nak elobi sokongan untuknya masa pemilihan pkr itu nanti..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.