2 Sept 2010

Gantung Gelaran Datuk Liong Sik & OC Phang, Anwar Juga Bakal Mengalami Nasib Yang Sama???

Sultan Selangor gantung gelaran Datuk Liong Sik dan OC Phang
http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_cc58b19a-7f000010-1d956ad0-b47def30

 
Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, menggantung gelaran "Datuk" yang dikurniakan kepada bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik dan "Datin Paduka" kepada bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang,OC Phang.Baginda membuat keputusan itu selepas berunding dengan Dewan Di-Raja Selangor yang bersidang 19 Ogos lalu. Keputusan itu selepas mempertimbangkan kesalahan yang dipertuduhkan ke atas mereka berdua adalah serius dan membabitkan kepentingan rakyat dan negara

Komen Isac;
Bagi penulis keputusan tersebut sememangnya wajar, jika didapati bersalah gelaran tersebut bakal ditarik terus dan sepatutnya begitulah juga halnya dengan semua gelaran jyang lain termasuk gelaran "Tun".

Pihak Raja-raja Melayu juga wajar menarik balik gelaran kebesaran yang diberikan kepada penjenayah seks, seperti kes liwat, zina, rogol dan gangguan seks kerana ia boleh memberikan contoh yang negatif kepada rakyaat dan memberikan isyarat yang salah kepada mereka. Ini kerana sifat negatif tersebut jika tidak diambil tindakan akan menjadi ikutan.
DSAI yang pernah disabitkan dalam kes salah-laku seks dan salah-guna kuasa sepatutnya tidak terkecuali.
Sementara buat Dato' Shah Rukh Khan yang berkahwin tanpa menukar agama (isteri beragama Hindu dan beliau beragama Islam) sepatutnya langsung tidak diberikan pertimbangan kerana bukanlah suatu contoh yang baik dan patut menjadi ikutan golongan muda negara.

2 comments:

  1. Betullah tu. Takkan kelayakan menggunakan gelaran ternama itu nak direlakan kepada yang tidak bermoral.

    ReplyDelete
  2. KAPAK minta dan mengesyorkan, semua rakyat Malaysia yg bertindak mengotor dan menconteng arang serta mencaci2 Malaysia di luar Negara wajib dikenakan tindakan. Antara tindakan yg wajib diambil adalah buang status rakyat Malaysia. Yg bergelaran Majlis Raja2 perlu bertindak juga, seperti gelaran ditarik balik tanpa krompomi. Ketegasan akan menjadikan rakyat tahu akan nilai sebuah kerakyatan dan sebaliknya.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.