22 Sept 2010

Betapa Beruntungnya Ulamak di Akhir Zaman....

Munajat royalti di Mekah perlu RM400 ribu

http://www.malaysiakini.com/news/143287
Sep 22, 10 2:05pm

Sekretariat Tabung Misi Munajat Royalti Rakyat menganggarkan sebanyak RM400 ribu diperlukan untuk membawa 40 ulama serta tok guru pondok dari seluruh pelusuk negeri ke Mekah berhubung isu kes tuntutan royalti minyak daripada Petronas.

Pengarah sekretariat Md Zulaimi Kazin berkata jumlah tersebut bagi menampung keseluruhan kos persiapan dan kebajikan, termasuk mendapatkan hotel yang berdekatan dengan Masjidil Haram bagi tokoh ulama tersebut.


Komen Isac;

Walaupun secara peribadi, penulis suka jika Kelantan mendapat royalti minyak demi untuk memakmurkan rakyaat dan negeri, mengetahui bahawa tanah haram Mekah dan Madinah adalah di antara tempat bermunajat yang "paling makbul"... tetapi sehingga perlu untuk mengutip derma untuk menghantar kumpulan ulamak ini ke sana, nampak macam ada sesuatu yang tak kena.... Dah macaam "Upah Umrah" lah pulak???

Bukankah dalam perjuangan ni bukan setakat rakyaat sahaja yang dituntut agar berkorban harta dan nyawa??? Bahkan Para pemimpin-pemimpin juga dituntut untuk berbuat perkara yang sama.... Bukankah lebih "molek" jika para ulamak dan tok-tok guru ini membuat rombongan menunaikan umrah atas belanja sendiri dan dalam masa yang sama sama-sama bermunajat kepada Allah s.w.t. agar royalti minyak diperolehi oleh kerajaan negeri??? Yang akan mendapat manfaatnya pun nanti adalah orang Melayu dan Islam. Jika kena gayanya besar pahalanya tu...

Penulis teringat, para abid (ahli ibadat) di zaman dahulu kebanyakkan mereka adalah miskin. Untuk membayar tambang sampan menyeberang sungaipun tidak termampu. Tetapi dek amalan mereka diterima Allah, sebaik selepas solat sunat dan bermunajat kepada Allah s.w.t., seorang abid telah dianugerahkan selonggok kepingan wang emas sebaik sahaja beliau selesai berdoa. Tetapi abid tersebut hanya mengambil duit sekadar cukup untuk membayar upah sampan menyeberang sungai tersebut, Subhanallah.... Itu cerita dulu, ulamak sekarang dah naik kereta mewah, Alhamdulillah....

Mungkin selepas solat hajat di stadium, doa bala, doa pecah perut tidak mustajap kini strategi telah ditukar... Mengapa tak duduk berbincang molek-molek, kitakan sebangsa dan seagama???

Adat orang merayu janganlah pula datang dengan hidung dan dada yang tinggi...



14 comments:

  1. Adalah lebih baik sekira duit rm 400 ribu di gunakan untuk kebajikan rakyat miskin Kelantan dan bukan nya ustaz ustaz yang mengaku ulamak untuk pergi munajat royalti minyak. Yakin akan kada dan kadar dari Allah swt dan bukan nya mendoakan yang bukan bukan untuk saudara sesama Islam sendiri.

    Ingat lah hadith rasullullah saw bermaksud :
    Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir.

    Tanya diri sendiri dan muhasabah lah adakah aku tergolong didalam orang mukmin? Harta duniawi ini bukan nya kekal.

    Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Terimakasih Anon, 22 September 2010 21:50.

    Pas selalu kata Umno Zalim, Thorut, agen Yahudi dan lain2... tapi jika berpegang pada hadis nabi di atas boleh bolehkah ulamak2 di Malaysia ni terutamanya dari pembangkang memiliki dan menaiki Mercedes Benz, BMW, Aplhard dll?

    Takkan nak kata hadis di atas tu X betul pulak??? Jadi jawapannya, samada Umno sebenarnya tidaklah sekejam dan sejahat yang diperkatakan ataupun "ulamak-ulamak" Pas sebenarnya bukanlah muslim yang mukmin yang disangkakan...

    ReplyDelete
  3. bantailah PAS apa nak buat, upahlah what so called ulamak tu, munajatlah dalam kaabah pun. Kita sama2 tgklah. Semakin hari semakin sesat lagi menyesatkan PAS neh. Mereka tak sedar, ini adalah bala dari Allah swt, atas pembohongan janji-janji PAS dihadapan Allah swt utk menubuhkan negara Islam dan hukum hudud bla diberi kuasa. Wahai ahli PAS, dengar kembali ucapan pemimpin kamu di tahun 80an dan 90an. Lepas tu tanya balik pemimpin kamu tu.

    ReplyDelete
  4. Terimakasih DR1221,

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri...

    ReplyDelete
  5. Daripada Munajat Royalti minyak ,baik Munajat untuk tawan Malaysia dlm PRU 13. Bukan setakat royaliti minyak dapat semua pun dapat.....

    ReplyDelete
  6. Ini dia ulamak, entah betul entah tidak, dapat macam fulamak Mamat doa Lim Guang Eng tu, habis, duit rakyat.

    ReplyDelete
  7. Idea yang baik MPG!!!

    Winner takes all!!!!!

    ReplyDelete
  8. aik..ari tu baru dapat sumbangan RM1billion dari I'DA World takkan nak kutip derma lagi!

    ReplyDelete
  9. RM 4 Billion bro bukan 1, tapi "mock up" cek aje... x laku..

    ReplyDelete
  10. PAS dah dapat 4 billion, 400,000 ribu sikit punya hal.

    ReplyDelete
  11. Isac, sebenarnya golongan ini sudah terlalu taksyub dengan kuasa, tamak terhadap kebendaan, ghairah nak berkuasa sehingga mereka sanggup gunakan apa sahaja untuk memenuhi kemuncak nafsu itu..... segala-galanya sudah terserlah satu persatu dipertontonkan Allah agar umat Islam khususnya bangsa Melayu menilai siapa PAS sebenarnya.... PAS yang mempergunakan nama Islam itu sendiri untuk tuntutan nafsu pemimpin-pemimpin mereka...

    Kalau kita masih ingat lagi, bagaimana puak-puak PAS ini menganjurkan solat hajat besar-besaran memohon diturunkan kemudaratan terhadap kepimpinan Tun Mahathir, PM waktu itu yang telah memecat serta dikenakan hukuman penjara di atas kesalahan Anwar Ibrahim......

    Sesungguhnya Allah maha mengetahui segala-galanya dan kalau semua umat Islam di Malaysia membuka matahati dan minda yang terbuka serta insaf akan kebesaran Allah, kita dapat rasakan siapakah yang telah Allah pertontonkan satu persatu...... Subhanallah.....

    ReplyDelete
  12. salam, jika ditakdirkan kelantan gagal mendapat royalty minyak selepas rombongan tersebut mahukah ahli ahli PAS menerima ketentuan Illahi.Sebagai mana yg berlaku sekarang bermacam2 doa/solat hajat dilakukan tetapi Allah masih enggan memperkenankan tapi mereka masih jugak enggan menerima ketentuan Illahi.Atau adakah PAS dah percaya pada Qada & Qadar

    ReplyDelete
  13. nak pohon doa pada Allah swt pun nak hebah2, ape punye tur.. nampak gaya 40 ulamak tu makan angin ajelah kat sana. dunia.. dunia.. duit punya pasal PIS sanggup perjudi Islam. jika terdesak pun, dari hantar ulamak macam ostad pak jagoat adalah lebih baik hantar 40 orang yg teraniaya yg dok kat kelantan, terutama yg dah lama dok menginap di reban @ kandang. bagaimana?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.