15 Sept 2010

Anwar Akan Berundur Daripada PKR dan Bakal Menyertai Semula Umno???

PKR: Anwar tidak akan terima sebarang pencalonan
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam blognya www.anwaribrahimblog.com hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak akan menerima sebarang pencalonan untuk sebarang jawatan dalam parti.
Dalam posting terbarunya, Anwar juga mengingatkan semua calon yang bakal bertanding supaya mematuhi etika pemilihan sepenuhnya dan tidak mendakwa mendapat restu daripadanya.

Katanya, PKR telah memperkenalkan sistem pemilihan yang demokratik dan memberi ruang kepada setiap anggota menentukan calon pilihan mereka.

“Maka di atas pundak setiap anggota dibebankan tanggungjawab untuk memastikan idealisme perjuangan dan tuntutan reformasi terus dipertahankan dengan penuh rasa tanggungjawab.

“Prinsip tersebutlah yang kelak menjadi asas pertimbangan, dan bukannya tuntutan luaran atau sogokan,” katanya.

Beliau juga berkata adalah hak anggota memilih berdasarkan prinsip perjuangan parti dan menginginkan persaingan yang sihat.

Pada 9 September lalu, sekumpulan pemimpin akar umbi PKR yang mengelar diri mereka sebagai Majlis Muafakat Kepimpinan Keadilan Negeri Selangor (MMKKNS) mencadangkan Anwar dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden PKR pada November ini.

Timbalan pengerusinya Abdul Kudus Omar berkata langkah itu bagi mengatasi kemelut dalam perebutan jawatan timbalan presiden yang semakin panas di antara Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim.

Dalam pada itu, Suara Keadilan hari ini melaporkan biro politik PKR Kedah sebulat suara meluluskan usul meminta mesyuarat agung tahunan cabang seluruh negeri itu mencalonkan Anwar bertanding bagi jawatan presiden.


Komen Isac;

Adakah ini hanya satu lagi gimik politik Anwar??? Apakah ini satu lagi sandiwara DSAI untuk meraih simpati??? Ataupun sengaja mahu menilai sokongan akar-umbi???

Tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam PKR bermaksud "peluang" untuk menjadi PM ke 7 bakal terlepas....

Apapun kita tunggu sahajalah apa pula muslihat DSAI kali ini...

3 comments:

  1. salam ISAC- percayakah anda pada orang auta(putar belit),dulu Allahyarham gaafar baba sudah kena tipu sebagai mana yang diceritakan oleh datuk Zaid pkr. mahu menang free itu saja yang nampak.

    ReplyDelete
  2. jikalau datuk seri anwar tidak menjadi presiden.... adakah terjamin dia akan jadi perdana menteri... ada hitam putih perjanjian ke... jangan kita gadaikan nasib melayu..

    ReplyDelete
  3. Kenapa Anwar tak bertanding di dalam PKR?

    Sbb Anwar tahu, dalam 300,000 itu tak seratus peratus adalah ahli PKR.

    Ada agen2 menyusup dalam parti.

    Maka dengan pengenalan konsep satu ahli satu undi, membuka ruang luas untuk menjatuhkan Anwar.

    300,000 ahli PKR itu untuk dendangan rakyat jelata menunjukkan ramai juga pengaruh PKR.

    Hakikatnya Anwar ternyata takut kekalahan.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.