13 Aug 2010

Tuduhan Hubungan Intim Saiful/Farah, Secara Lojiknya Raja Putra Kamaruddin Perlu Bersumpah Junjung Al Quran - Ada Berani Ka???



KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Mohd Saiful Bukhari Azlan dicadangkan supaya mengambil kesempatan di bulan Ramadhan ini untuk membersihkan namanya dengan bersumpah sekali lagi di masjid ekoran tuduhan hubungannya dengan seorang timbalan pendakwaraya Farah Azlina Latif.

Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin dalam laman twitternya berkata, "Bulan Ramadhan lebih baik bagi Saiful bersumpah seperti mana pernah dibuatnya dalam masjid dulu perihal penafian hubungannya dengan DPP Farrah Azlina."

Cadangan Nizar itu dipercayai dibuat ekoran dakwaan Saiful mempunyai hubungan romantis dengan salah seorang anggota pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Farah Azlina.



Komen Isac;

Tak adil namanya tu.......Jika kes liwat Anwar Vs Saiful, Saiful yang terpaksa bersumpah untuk membuktikan kebenaran "tuduhannya", sepatutnya selepas menuduh Saiful dan Farah mempunyai hubungan intim RPK lah yang sepatutnya bersumpah junjung Al-Quran untuk membuktikan bahawa tuduhannya adalah benar???

Bukankah bagus...jika selepas sumpah laknat tu.... kalau betul-betul "sipelafas sumpah" kena laknat, maka akan kuranglah seorang "orang jahat" dari dalam dunia ni..... Sebaliknya jika beliau selamat, itu mungkin bermaksud beliau dipihak yang benar dan sekiranya beliau sememangnya orang yang "benar" penulis tiada masalah untuk menyokong beliau.

1 comment:

  1. Ini bukan isunya. Isu pokoknya ialah AnuWar tu liwat ke tidak. Sumpahlah. Tak payahlah nak tukar tukar filem pulak. Kesnya ialah kes AnuWar sesumpah takut nak bersumpah.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.