26 Aug 2010

Surau Disimbah Cat... Mintak Maaf tu Bagus.....


Keluarga 4 remaja simbah cat di surau minta maaf

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Keluarga4remajasimbahcatdisuraumintamaaf/Article

2010/08/26

SEREMBAN: Keluarga empat remaja yang ditahan berhubung kes simbah cat dan baling botol arak di Surau Taman Pulai Impian di sini, memohon maaf kepada masyarakat Islam atas perbuatan anak mereka.


Komen Isac;

Pertama tahniah kepada pihak polis kerana berjaya "menutup" kes ini dengan cepat. Walau bagaimanapun mereka tidak boleh "dilepaskan" begitu sahaja. Mereka perlu bertanggung-jawab dan dikenakan hukuman yang sewajarnya.

Walaupun kesalahan yang dilakukan tidak mengakibatkan kerugian yang besar ataupun kehilangan nyawa, "pengajaran" wajar diberikan. Mungkin tidak perlu sampai ke penjara, tetapi mereka ini sewajarnya diarah mengikuti beberapa siri ceramah anjuran "biro tatanegara" agar lebih menghormati adat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Mereka juga sewajarnya perlu menjalani khidmat kemasyarakatan seperti bekerja secara suka-rela selama beberapa bulan di rumah-rumah kebajikan dan orang tua untuk komuniti Melayu agar hati mereka dapat lebih memahami.


6 comments:

  1. komen saya disini http://mylasia.net

    ReplyDelete
  2. takkan senang2 je lepas bila dah mintak maaf..ni nak jadi mcm kes namewee la kot ni, peguam negara dan hishamudin ko kena tegas skit dakwa jugak mrk..ini bila pintu gereja tbakar skit najib bg 500k lps tu 2 budak m'yu kena penjara pulak...ni yg org m'yu bengang ni

    ReplyDelete
  3. kalau Melayu yang buat kerja macam nih, terus kena tangkap, dibicarakan dan kemudian dipenjarakan 5 tahun... kenapa pula, anak-anak Cina tu hanya dikenakan 'nasihat', ditarbiah dan dibebaskan?

    Sepatutnya depa dihukum lagi berat memandangkan depa menghina agama rasmi negara dan umat Islam negara nih!!!

    Mana boleh dimaafkan!

    ReplyDelete
  4. Maaf bole lepas tu masok lokap ya.

    ReplyDelete
  5. Bagi aku POLIS tetap perlu DAKWA mereka kerana MENGHINA AGAMA ISLAM.. apa tanggapan bangsa bukan islam apabila BANGSA mereka buat saja boleh terlepas hanya dengan meminta maaf??

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.