30 Aug 2010

Selepas Mendapat "Restu" TG Nik Aziz, Teo ke Surau Muhajirin Pula...

Teo Ketika Berjumpa TG Nik Aziz.


Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA.

Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang. Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.

 
Komen Isac;
 
Penulis tiada masalah dengannya... Bahkan YB Teresa Kok pun selalu menghadiri majlis-majlis berbuka puasa di kariah di dalam kawasan beliau, cuma bezanya ia terhad di perkarangan masjid/surau.
 
Islam begitu menitik-beratkan bab Toharah dan ianya tidak sepatutnya terhad kepada mereka yang beragama Islam sahaja terutamanya ketika mengunjungi rumah Ibadat.  Kita mempunyai kuasa untuk menguat-kuasakannya, jadi salahkah kita jika kita menasihati mereka???
 
Samada ianya dikira sebagai menggunakan surau dan masjid untuk berpolitik... Itu penulis serahkan kepada budi-bicara Tuanku Sultan Selangor.... Apapun kalau setakat menyampaikan sumbangan dan tidak diiringi dengan sumpah-seranah dan memaki-hamun pihak lawan politik masing-masing, penulis rasa tiada silapnya.
 
Bukankah bagus jika semua pemimpin-pemimpin politik tidak kira parti berlumba-lumba menyumbangkan sumbangan kepada semua rakyaat, rakyaat berhak memilih mana yang terbaik.... Pastinya rakyaat yang beruntung...

1 comment:

  1. Salam,
    Juga berpandangan yg sama. Kalau di luar masjid (bukan dalam masjid) dan berpakaian yang menghormati agama Islam, apa salahnya ! Tetapi persoalannya sekarang orang politik yang terlibat dalam majlis ini. "Mesej politik" itu tetap dapat dirasakan oleh sesetengah pihak walaupun YB yang hadir itu tidak berucap sepatah kata pun. Oleh yang demikian, titah dan nasihat Tuanku Sultan Selangor (sebagai Ketua Agama Islam Negeri) perlu diambilkira demi perpaduan umat Islam. Apapun Allah Maha Lebih Mengetahui dan diharapkan kita akan diberikan petunjuk olehNYA.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.