23 Aug 2010

Sah DAP Tolak Hudud!!! Bukti Bahawa Pas Lebih Memerlukan Perpaduan Dengan Umno???

Tok Guru…selepas kata Karpal Singh cakap peribadi…Kit Siang pula bagaimana?

http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a
Oleh: ROSLI ISMAIL

Kalau Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat belum mengerti pendirian DAP tentang undang-undang hudud dan negara Islam dan menggangap kenyataan Karpal Singh menolaknya satu pandangan peribadi…ini pula kenyataan seorang lagi otai besar DAP.Kata Lim Kit Siang, bapa kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng undang-undang hudud dan negara Islam bukan menjadi dasar pakatan rakyat.

Beliau yang juga Penasihat DAP kata partinya konsisten dengan pendirian bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.“Undang-undang hudud dan negara Islam bukan dasar pakatan rakyat,apa-apa perubahan dalam dasar tersebut perlu perlu menerima persetujuan dari tiga-tiga dari ketiga-tiga parti komponen dan tiada konsensus dalam pakatan rakyat mengenai undang-undang hudud dan negara Islam,” katanya dalam satu kenyataan Ahad.


Komen Isac;

Telah terang lagi bersuluh, jika Pas benar-benar memperjuangkan hukum hudud dan negara Islam, rakan sekutunya yang terbaik adalah bersatu bersama Umno.  Bersama-sama Umno dan lain-lain Melayu/Islampun kita masih belum mewakili 2/3 majoriti di Parlimen. Walaupun masih kekurangan kerana kita hanya menguasai 55%, tetapi setidak-tidaknya ia lebih baik daripada 20-30% sokongan yang Pas miliki sekarang?

Tepuk dada tanya Iman, jangan sesekali ikutkan perasaan dendam dan kepentingan peribadi!!!

1 comment:

  1. susah bro depa ni. puas pas masih dok meroyan nak kuasa. depa tak fikir bab melayu lagi dah. depa janji nak kuasa. habis jahanam Islam dan Melayu

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.