28 Aug 2010

Perlaksanaan Hukum Hudud - Selama Ini Ahli dan Penyokong Pas Kena Tipu???

Hudud Pas hanya sekadar impian
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8109517.asp

 
KOTA BHARU – Impian Pas untuk melaksanakan hukum hudud tidak akan tercapai tidak akan tercapai berdasarkan perjanjian yang pernah dimeterai di antara ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat (PR) pada Disember 2009.

Penyelaras PR, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Pas juga perlu bergantung kepada kerusi dua pertiga di Parlimen selain sokongan Ahli Parlimen lain sekiranya ingin melakukan sesuatu perubahan berkaitan undang-undang.

Komen Isac;

Itu kata Datuk Zaid. Jadi selama ini cakap-cakap Pas kononnya mereka mahu menegakkan hudud dan negara Islam hanyalah "Retorik Politik"???

Jadinya DS Egr Nizar tidak berbohong apabila beliau mengatakan tiada dalam mana-mana transkrip ataupun Perlembagaan Pas yang mengatakan Pas akan menegakkan negara Islam??? Kalau begitu apa bezanya Pas dengan Umno sehingga kita orang Melayu/Islam berpecah, terpatah arang dan berkerat rotan kerana mempertahankan parti masing-masing?
Bukankah lebih baik untuk kita semua bersatu???

2 comments:

  1. salam...
    kalau Pas menang semua untuk parlimen..pun belum dapat majoriti 2/3...macam mana nak buat hukum hudud. Beza pas dengan umno ialah...pas bercita-cita mahu laksanakan hukum hudud...sedangkan umno tidak...kalau umno mahu...insyaallah...hukum hudud ini boleh dilaksanakan dibumi tercinta ini.

    ReplyDelete
  2. kpd bro pas jumud... ibarat untuk ke kedai beli barang dapor..mesti sediakan senarai barang,pastu pikir kedai mana,masak apa,bagaimana..modalnya cukup ke tidak.. setakat ni la bro,aku tak penah dengar pasal draf korang nak buat dan mencapai hudud ni.. pastu si singh,lee,samy,dan ramai lagi ko nak kasi elaun ke sebab law dah berubah dan pra syarat peguam syarie mesti orang islam.. so mesti korang ubah lagi plak syarat,dan ubah lagi..nak ke diorang yg sivil praktise ni belajar undang hudud.. bila korang dah giveup sebab asyik kena ubah,nanti kata macam si nizar.. masjid di klate pon tak terbuat.. lagi nak buat undang2 la plak..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.