20 Aug 2010

Pendapatan Minima Isirumah RM4,000, Jika Pakatan Kuasai Putrajaya - Bagus!!! Tapi...

Pendapatan RM4,000 jika Pakatan kuasai Putrajaya

Ogos 19, 10 2:12pm
http://www.malaysiakini.com/news/140527


Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sasaran Pakatan Rakyat adalah supaya setiap isu rumah menikmati pendapatan RM4,000 dalam tempoh lima tahun apabila gabungan pembangkang mengambil-alih pentadbiran kerajaan pusat.

"Cadangan polisi ini akan dikemukakan ke majlis pimpinan Pakatan untuk perbincangan lanjut,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya.

Katanya, walaupun pertumbuhan negara pada kadar 8.9 peratus pada suku kedua yang diumumkan semalam boleh dibanggakan, namun hakikatnya, masih terdapat 2.4 juta keluarga atau 40 peratus daripada mereka yang berpendapatan kurang RM2,300 sebulan.
Cadangan RM4,000 itu diputuskan berdasarkan kajian yang dijalankan mengenai kadar sewa dan kos taraf hidup. Ia anggap tahap yang selesa bagi kebanyakan isi rumah.



Komen Isac;

Semasa menjadi TPM dan Menteri Kewangan DSAI pernah menaikkan BLR beberapa kali sehingga rakyaat terpaksa membayar pinjaman perumahan dari Syarikat Kewangan sehingga 12% setahun...

Itu belum termasuk jika kerajaan bersetuju dengan cadanganya untuk menerima pinjaman daripada IMF....

Hasratnya memang baik cuma perlaksanaannya belum tahu... Apa yang penulis takutkan gaji naik, tetapi harga barangan dan taraf hidup melambung tinggi dan walaupun rakyaat mendapat gaji minima RM 4,000.00 sebulan tetapi nilainya "kosong". Ini mungkin kerana pada masa itu disebabkan taraf hidup yang tinggi, RM 4,000.00 mungkin adalah merupakan "garis kemiskinan" baru....

Lihat sahaja Indonesia pendapatan pembantu rumah mereka di antara Rupiah 1,000,000.00-2,000,000.00, tetapi lihat sahaja apa yang mampu mereka miliki!!!!

Janji manis selalunya memang indah walaupun ianya hanyalah janji-janji kosong ibarat "fatamorgana".

7 comments:

  1. macam mana pemimpin boleh tentukan pendapatan isi rumah?...

    selama lebih 20 tahun saya hidup..saya selalu berpegang pada prinsip 'siapa rajin dia dapat lebih, siapa malas dia dapat kurang'

    dan sepanjang lebih 20 ini jugalah saya dapati prinsip itu memang benar terjadi di sekeliling saya...

    maaf kalau pandangan saya kelihatan agak tidak matang.hanya memberi pandangan

    ReplyDelete
  2. Jangan percayalah cakap Ketua Pembangkang yang bukan ahli dalam bidang ekonomi. Ekonomi negeri Selangor pun punah di buatnya. Pendapatan minima isirumah RM 4000 satu retorik, kalau berlaku pun waktu itu inflasi dah tahap kronik.masa itu RM 4000 macam RM 400 sekarang.

    Cukup-cukuplah pusing-pusing kan rakyat jelata. Selesaikanlah kes liwat tu dulu.

    ReplyDelete
  3. silap cakap la....
    anWAR nak kata 4juta rupiah tuuu....
    hahahaha!

    lawakantararasa

    ReplyDelete
  4. sokong ngan anon kt atas...tuhan pon da ckp cm2..sape yg berusaha lebih, dpt la lebih..sebab rezeki tuhan ni ade di mane2...rezeki ni dtgnye dr ALLAH, bukan dr Anwar..teringat blk dialog saloma dlm cite ahmad albab..

    ReplyDelete
  5. RM4000 je? Alang-alang berPM kan Anwar, kurang2pun biyau le RM40 ribu ke... RM4 juta ke...

    ReplyDelete
  6. Tun pun dah cakap apa yg mat king leather tu tau pasal ekonomi. ni semua retorik politik. janji palsu setakat nak raih undi public. settle dulu la kes leewat tu. study pengetahuan mlayu ada hati nak cakap pasal ekonomy. hark ptuih

    ReplyDelete
  7. tempohh 5 tahun?

    nape x cakap 10 tahun..kira klu baru 4tahun x capai 4k..kita rakyat xlehh marahh la janjii dia..dia kata 5 tahun..he

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.