5 Aug 2010

Menjemput Anwar Berceramah di Pentas Majlis Peguam Serupalah Dengan Cubaan Untuk Memansuhkan Mahkamah???


Baru-baru ini  majlis peguam telah menjemput DSAI untuk memberikan ucapan penutup pada konferen undang-undang malaysia  yang dianjurkan oleh mereka.


Klik Sini

Bagaimana majlis peguam boleh mengambil seorang tertuduh di dalam kes liwat yang kesnya masih di bicarakan untuk memberikan ceramah atas pentas majlis peguam?

Adakah mereka sengaja mahu memberikan tekanan kepada mahkamah supaya membebaskan Anwar walaupun ada bukti yang mengaitkan beliau dengan pertuduhan yang dihadapinya?

Ataupun adakah keupayaan Anwar melewat-lewatkan kes perbicaraannya sehingga lebih 2 tahun mahu oleh dipelajari oleh majlis peguam?

Adakah cara Anwar mengheret perbicaraan kesnya ke padang-padang, jalan-jalanraya dan pentas-pentas ceramah yang mahu majlis peguam jadikan ikutan buat rakyaat jelata???

Menjemput Anwar ke pentas majlis peguam samalah seperti mengajar tertuduh yang lain bagaimana hendak melambat-lambatkan sesuatu perbicaraan dan bagaimana hendak membawa perbicaraan ke jalanraya-jalanraya??? Jika itulah matlamatnya baik dibubarkan sahaja majlis peguam dan mahkamah... Kita semua boleh kembali ke hukum rimba, "siapa kuat dialah kudrat".

Para peguam juga bolehlah cari kerja lain!!!!!

3 comments:

  1. Salam bro ISAC,

    saya rasa semua yang ada dalam negara kita ni sudah terlalu terdedah kepada bahaya, akan musnah sekiranya kerajaan kita hari ini masih bersifat pengecut, hanya berani memberi amaran tetapi takut untuk bertindak.

    Kita lihat saja dalam kes liwat anwar-saiful.

    Kalau rakyat biasa yang buat angkara sedemikian sudah pasti lama dah masuk penjara, passport antarabangsa ditahan..pasal apa?..pasal orang yang masih didalam keadaan tertuduh dan didalam jaminan sepatutnya tidak boleh bebas keluar masuk negara... apa nilainya lagi jaminan yang telah diberikan oleh mahkamah kepada Anwar?..tiada nilai satu sen pun...

    Kalau begini berterusan saya fikir negara kita akan menuju kemusnahan...saya dah lama perhatikan bagaimana undang-undang negara kita dipersenda sesuka hati, agensi2 kerajaan seperti polis atau tentera sesuka hati dipermainkan, SPRM sesuka hati difitnah, Perdana Menteri serta TPM sesuka hati di kata begitu begini sehinggakan Sultan2 dan Raja kita juga sewenang-wenangnya di Derhaka...malah isu sensitif seperti isu Kalimah ALLAH juga semakin berani di perdebatkan oleh orang bukan Islam...

    Tak tahu lagilah, apa akan jadi esok kepada Malaysia ni...saya sebagai rakyat salah seorang daripada berjuta-juta rakyat Malaysia merasa sangat-sangat kecewa dengan keadaan seperti ini, kerajaan kita terlalu lemah berdepan dengan keadaan seperti itu...kita rakyat mengharapkan siapa lagi untuk melindungi negara kita daripada segala anasir-anasir jahat luar dan dalam negara kita sendiri. Kerajaan tidak perlu menghapuskan golongan itu tetapi kerajaan harus tegas dan berani membenteras puak-puak ini supaya tidak terus menerus menjadi barah dalam negara kita ini. Puak-puak ini adalah golongan yang paling tidak pernah mengenal erti rasa bersyukur dan mengenang budi dan puak-puak ini tidak layak mengucap perkataan "adil" dibibir mereka. Mereka tidak tahu apa maknanya adil didalam diri seseorang manusia itu...

    Salam 1Malaysia bro, terima kasih kerana masih ingat kepada Anak Merdeka.

    Saya juga selalu mengharapkan agar YABhg Tun Dr Mahathir dipanjangkan usia dan dianugerah Tuhan dengan kesihatan yang baik dan selalu bersama dengan rakyat Malaysia sentiasa.

    ReplyDelete
  2. Bro...

    Mamat ni memang dah pasang kaki dalam Bar Council...yang pastinya ramai Lawyer2 yang kena tipu dengan mamat ni..dan kebanyakkan lawyer tu semuanya hampeh! contohnya karpal the singking & sons!

    ReplyDelete
  3. Bukan nak mansuhkan mahkamah tapi nak mahkamah ikut telunjung peguam lak. Kalau selalu kalah pun nanti sapa nak panggil peguam? Miss soro bro. hehehehe

    Kat tribunal Pengguna dah tak boleh cari makan sebab kat sana tak pakai peguam pon.

    Tendang Terajang

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.