13 Aug 2010

Lim Guan Eng - Mula-mula "Hilang" Menara Komtar, Sikit Lagi Bakal Kehilangan Penang Pula???

Polis nafi arah tutup semua pintu tingkat dua KOMTAR


http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisnafiarahtutupsemuapintutingkatduaKOMTAR/Article
2010/08/12

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang hari ini menafikan dakwaan mereka yang mengeluarkan arahan agar semua pintu di tingkat dua Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) ditutup sebagai langkah keselamatan.

Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata pihaknya tidak terlibat secara langsung dengan keputusan ataupun memberi arahan mengenai kawalan keselamatan di KOMTAR kerana kompleks itu mempunyai pengurusan dan sistem kawalan keselamatannya sendiri.
 
 
 
 
Komen Isac;
 
Anak Lim Kit Siang ni tidak sehebat bapa dia rupanya... Menara Komtar pun tidak boleh ditadbir dengan baik.... Asyik tahu nak menyalahkan orang lain... Hari tu salahkan Nik Ali, pasal tak ada kerusi nak duduk... Terbaru salahkan polis dan bomba pula yang kononnya telah mengunci semua pintu-pintu masuk di aras 2, bangunan Komtar...
 
Selain telah menonjolkan sikapnya yang sentiasa suka menyalahkan orang lain, beliau secara sengaja ataupun tidak telah memberitahu kita bahawa beliau telah "kehilangan" Menara Komtar!!! Menara Komtar bukan lagi di bawah "kuasa" Lim Guan Eng.
 
Klik sini untuk berita lanjut.

2 comments:

  1. umpama kera mendapat bunga,itulah tingkah laku kebanyakan Mp pembangkang yang menang PR12.tak sangka-sangka cepedak jadi nangka.tak ada value tentang pentabiran.standerd mandor majlis pembandaran (pengalaman mentabir) pun tak ada.

    ReplyDelete
  2. Besok mungkin dia akan salahkan pihak masjid sebab tak bagi dia ceramah bulan ramadhan.

    Apa nak heran. Teloq melayu PP ramai dah hilang pun orang tak kisah. PP hilang pun nanti orang tak perasan. Kalau tak hilang kena jual, hilang disapu tsunami.

    YB = Yang Bingai @ Bangang
    1. Telco & Post - Program Tipu?
    2. Telco & Post - Usahawan Melayu terhimpit

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.