16 Aug 2010

Kita Perlu Kekalkan dan Pertahankan Tian Chua di Parlimen Batu Dalam PRU 13???

Ramadan selesa umat Islam PPR Intan Baiduri Parlimen Batu

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
August 16, 2010
http://m.themalaysianinsider.com/home.php




Tian Chua menyampaikan sumbangan kepad wakil pihak pengurusan Surau Al-Hijrah petang semalam.







KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Jika sebelum ini penduduk PPR Intan Baiduri Kepong di sini, yang terletak dalam bahagian Parlimen Batu, terpaksa menunaikan solat tarawih di ruang yang sempit, situasi itu sudah tidak dirasai lagi tahun ini dengan mereka memiliki surau Al-Hijrah yang lebih selesa.

Lebih menggembirakan surau itu diterima kira-kira tiga minggu sebelum 1 Ramadan.

Surau Al-Hijrah yang boleh memuatkan kira-kira 500 jemaah pada satu-satu masa memberi kemudahan kepada umat Islam PPR itu untuk menjalankan pelbagai aktiviti ibadah dengan lebih selesa.

Menurut Pengerusi Surau Al-Hijrah, Abdul Aziz Sidek, sejak empat tahun lalu penduduk terpaksa bersembahyang tarawih di surau yang terletak di bawah blok bangunan.

“Sambutan Ramadan tahun ini adalah paling menggembirakan penduduk di sini kerana tidak perlu bersesak dalam surau yang kecil dan sempit setiap kali solat tarawih.

Surau Al-Hijrah yang boleh menampung kehadiran 500 jemaah pada satu-satu masa.

“Kalau empat tahun lalu nak solat tarawih pun terpaksa bersesak-sesak, malah pengurusan surau terpaksa menyediakan khemah di luar surau kerana terlalu ramai.

“Tapi kini berkat usaha dan kesabaran kita mendapat surau baru yang selesa dan indah setelah kerja-kerja pembinaan yang dilakukan sejak tahun lalu selesai,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

Surau Al-Hijrah yang boleh menampung kehadiran 500 jemaah pada satu-satu masa.The Malaysian Insider difahamkan satu majlis penyerahan kunci surau itu telah diadakan bulan lalu dengan disempurnakan oleh Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup.


Komen isac;

Jika Tian Chua adalah individu/pemimpin yang bertanggung-jawab dan berusaha untuk mendapatkan peruntukan/dana pembinaan surau baru tersebut, sewajarnya beliau dipuji dan sekiranya usaha tersebut dilakukan secara berterusan di kawasannya dan dilakukan tanpa apa-apa "muslihat" tidak keterlaluan jika penulis katakan disini bahawa beliau wajar "dipertahankan" dalam PRU 13 nanti, sebaliknya jika beliau hanya "menumpang" publisiti atas usaha orang lain, beliau sebenarnya telah menunjukkan "wajah beliau" yang sebenarnya dan sewajarnya dinyahkan dari Parlimen Batu secepat mungkin!!!!



Jangan sampai "Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama".






3 comments:

  1. NAK TAHU TAK ,PKR DAN PAS MUKA TAK MALU DAN MUKA TEBAL.CONTOH DIKELANTAN .UMNO BERSUSAH PAYAH BUAT MESJID,JALAN ELEKTRIK,JAMBATAN DIA ORANG YANG BEREBUT REBUT GUNA.SEDANGKAN DALAM MASA YANG SAMA MENGATA UMNO KAFIR..

    MEMANG MUKA TAK RETI MALU.

    ReplyDelete
  2. DAP dan Cina PKR banyak pertikaikan peruntukan kerajaan membina Masjid dan Surau, walaupun peruntukan itu datangnya dari wang dana kutipan zakat umat Islam....... apa kah dia sanggup beri pweruntuan sebesar itu ?

    Kekadang puak-puak Melayu PAS-PKR lebih rela berbohong dengan bantuan kerajaan UMNO.... itulah sikap mereka...

    ReplyDelete
  3. Sama juga di perak iaitu di taman Song Choonde kat simpang pulai YB Hamidah susah-susah dapatkan peruntukkan bina surau YB Nizar dapat nama, rupa-rupa imam tu ahli politik PAS

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.