20 Aug 2010

Kerajaan Negeri Selangor Lancar Kempen Anti-Zina Atasi Isu Kes Buang Bayi - Bagai Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Lurus???

Selangor lancar kempen anti-zina atasi isu kes buang bayi

August 18, 2010
SHAH ALAM, 18 Ogos — Kerajaan Selangor menerusi Jawatankuasa Generasi Idaman Selangor (GeMS) akan melancarkan kempen Anti-Zina sebagai satu daripada usaha untuk membendung kes buang bayi.

Pengerusi jawatankuasa tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Sumber Manusia Selangor Dr Halimah Ali berkata kempen itu akan dilancarkan sempena program untuk menangani gejala sosial pada 30 Ogos ini di I-City, Seksyen 7 di sini, yang dijangka dihadiri 3,000 belia.

“Program ini juga sempena sambutan kemerdekaan negara dan akan dimulakan dengan Solat Isyak dan Tarawih berjemaah selain beberapa aktiviti kesenian dan persembahan artis jemputan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata program itu bertujuan mengingatkan remaja supaya tidak lalai dan terjebak dalam gejala sosial termasuk sehingga terlanjur melakukan zina dan membuang  bayi.

Dr Halimah berkata semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), aktivis sosial, Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, pertubuhan belia dan pihak sekolah juga akan terbabit secara langsung dalam menangani isu gejala sosial itu.


Komen Isac;

Sememangnya bagus!!! Tetapi kerajaan negeri juga sepatutnya "menggugurkan" exco yang terlibat dengan aktiviti "seks bebas" supaya tidak memberikan isyarat yang salah kepada khalayak terutamanya golongan muda....Malah mendiang Teoh juga secara terang-terangan mempunyai anak luar nikah. MB sendiri pula dikatakan mempunyai "isteri kedua" secara senyap...Dan ada diantara exco-exconya dikatakan "mendalangi" kegiatan kongsi-gelap termasuk pelacuran. Sejauh mana benarnya, mereka perlu tampil untuk "membersihkan" diri. Ini semua bukannya suatu contoh yang boleh dibanggakan...dan dijadikan ikutan...

Apabila undang-undang sediada dilihat 'gagal" membendung gala ini, mengapa kita sebagai orang Islam tidak cuba kembali kepada Islam?

Mengapa tiada siapapun yang menyarankan supaya hudud diterima-pakai??? (semasa posting ini ditulis belum ada tokoh2 agama yang menyarankan penggunaan hudud. Terdahulu dalam akhbar Sinar beberapa hari yang lepas TG Nik Aziz pun cuma mengatakan beliau bersetuju dengan hukuman berat dalam kes "buang bayi") Nota: Artikel ini adalah posting "berjadual".

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.