24 Aug 2010

Kalau Terbukti Bersalah, Tangkap Aje Mamat Ini!!!!

Lagi doa untuk Guan Eng

BUTTERWORTH - Kejadian khatib menggantikan nama Yang di-Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua, solat Jumaat berlaku lagi di negeri ini, Jumaat lalu.

Di Masjid Jamek Kubang Buaya, Bagan, di sini, doa itu dibaca oleh Zakaria Ahmad, khatib jemputan yang sama mencetuskan kontroversi sebelum ini.

Beberapa ahli jemaah masjid berkenaan mendakwa mendengar Zakaria membacakan doa seperti berikut: "Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Selamatkanlah Pemimpin Kami Yang Amat Berhormat Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang."

Tiga saksi yang mendengar doa berkenaan iaitu Mohd Shahril Harun, 36, Mohd Radzi Hussain, 34, serta Muhammad Fahmie Omar, 21, membuat laporan di Balai Polis Butterworth tengah hari semalam.

Mohd Shahril, seorang kontraktor dari Bagan Dalam berkata, dia singgah di masjid itu untuk menunaikan solat Jumaat selepas selesai meninjau pekerjanya yang menjalankan tugas di sekitar Bagan Ajam di sini.

“Semasa khutbah kedua, saya mendengar dengan jelas, khatib itu, Zakaria Ahmad yang dijemput membacakan khutbah mendoakan agar Guan Eng diselamatkan dan langsung tidak mendoakan keselamatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Ketua Agama Islam Pulau Pinang dan Tuan Yang Terutama Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas yang sepatutnya dibacakan.

“Saya dan jemaah lain yang duduk berdekatan memandang antara satu sama lain dalam keadaan terkejut,” katanya.

Hadir sama menemani kumpulan pemuda itu membuat laporan polis ialah Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Naina Merican dan Naib Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Shaik Hussein Mydin.

Mohd Radzi pula berkata, dia mendengar jelas doa Zakaria dalam bahasa Melayu itu mendoakan kesejahteraan Guan Eng dan langsung tidak mendoakan kesejahteraan Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tun Abdul Rahman Abbas.

“Saya dengar cuma nama Guan Eng disebut menyebabkan kebanyakan jemaah yang ketika itu menunduk tiba-tiba tegak dan saling berpandangan kerana terkejut. Ada jemaah yang menadah segera menurunkan tangan mereka sambil menggeleng-geleng kepala,” katanya.

Saksi ketiga, Mohd Fahmi berkata, sebagai orang Islam, dia kecewa dan meminta Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) mengambil tindakan terhadap khatib berkenaan. Sementara itu, Shaik Hussein yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan berkata, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Abul Kassim gagal melaksanakan tugasnya untuk memelihara kesucian agama Islam dan institusi Islam seperti mimbar masjid.

“Beliau sebenarnya tidak layak menerajui portfolio ini apabila terus membuat penafian dan menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) cuba memainkan isu perkauman sedangkan sepatutnya beliau membuat siasatan sebelum mengeluarkan kenyataan.

Tambahan lagi dengan berulangnya kes sama di beberapa masjid sebelum ini menunjukkan beliau langsung tidak buat kerja,” katanya.



Komen Isac;

Sekiranya menyalahi perlembagaan, tangkap aje mamat ni...

1 comment:

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.