10 Aug 2010

Ikues Teoh - Bukti Baru Yang Bakal Membersihkan Nama SPRM???

Bukti Baru Inkues Teoh Beng Hock: Penjelasan Jabatan Peguam Negara
http://www.mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2010/8/9/mstar_mahkamah/20100809175215&sec=mstar_mahkamah

PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara lewat petang Isnin mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan kenapa mereka hanya mengemukakan tentang wujudnya satu bukti baru dalam prosiding inkues mendiang Teoh Beng Hock hari ini yang antara lain mengesahkan bahawa mereka telah menemui sekeping nota di dalam beg galas mendiang yang mungkin dapat memberi indikasi tentang kematiannya.

Kehadiran bukti baru di saat akhir inkues sebelum itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga mendiang dan juga kerajaan Selangor.

Jabatan Peguam Negara menjelaskan, peguam yang dilantik untuk mewakili Pendakwa Raya dalam mengendalikan prosiding inkues Beng Hock, telah memaklumkan mengenai penemuan nota di dalam beg galas mendiang yang dikatakan dapat membantu dalam siasatan kematian pembantu politik Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.

Bagaimanapun, kata kenyataan Jabatan Peguam Negara, nota itu telah dipertikaikan atas alasan berlaku kelewatan dalam mendedahkannya dan kegagalan untuk menyerahkan sesalinan bukti baru itu kepada peguam yang mewakili keluarga Teoh serta dakwaan kononnya Jabatan Peguam Negara menyembunyikan nota tersebut.

"Jabatan Peguam Negara menafikan dengan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya nota itu sengaja disembuyikan, sebaliknya turut terkejut dengan penemuan nota tersebut dan selepas itu menyebabkan satu siasatan lanjut dijalankan.

"Jabatan Peguam Negara telah dimaklumkan tentang penemuan nota itu oleh Pegawai Penyiasat, Asisten Suprintendan Ahmad Nazri Zainal pada 7 Oktober 2009, iaitu kira-kira dua bulan selepas kematian Teoh.
"Menurut Pegawai Penyiasat itu, nota itu pada mulanya tidak ditemui ketika ia mula-mula melakukan carian ke atas beg galas mendiang sejurus selepas insiden kematiannya itu,' jelas kenyataan itu lagi.

Menurut Jabatan Peguam Negara, nota itu kemudiannya segera diterjemahkan dan terdapat keperluan untuk menghantarnya bagi dianalisa oleh pakar pemeriksa dokumen di Jabatan Kimia.

Nota itu telah dihantar pada 9 Oktober 2009 dan pada 20 Oktober 2009, pakar pemeriksa dokumen telah menyediakan laporan untuk dipertimbangkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Abdul Gani pada mulanya tidak yakin dengan keaslian nota tersebut ekoran kesukaran untuk mengesahkan tulisan tangan tertentu dalam karakter Cina. Tambahan pula, nota tersebut dijumpai dua bulan selepas kejadian dan ini akan menimbulkan rasa curiga kepada tahap keaslian dan penemuannya.

"Selepas mempertimbangkan faktor-faktor tersebut, Abdul Gani berpendapat nota itu tidak patut dikemukakan di mahkamah, sehingga atau melainkan Pegawai Penyiasat dapat memberikan penjelasan yang memuaskan berkaitan penemuan nota itu," jelas kenyataan Jabatan Peguam Negara.

Berhubung nota itu, Jabatan Peguam Negara sebelum itu telah dimaklumkan oleh Pegawai Penyiasat bahawa dia akhirnya telah melakukan carian yang menyeluruh selepas menerima nasihat daripada pakar psikatri bahawa dalam kes-kes melibatkan bunuh diri biasanya akan terdapat nota yang ditinggalkan.

"Bagaimanapun, baru-baru ini Pegawai Penyiasat itu mengakui bahawa dia sebenarnya menemui nota dalam beg Teoh apabila dia melakukan pemeriksaan pada beg galas mendiang pada 17 Julai 2009 tetapi tidak menyedari akan kepentingannya berikutan terdapat beberapa dokumen lain yang ditemui dan dokumen serta nota itu ditulis dalam bahasa Mandarin dan juga rumi," jelas kenyataan itu.

Hasil daripada penemuan ini, maka Jabatan Peguam Negara memutuskan untuk mengemukakan bahan bukti baru ini dan mengarahkan supaya Pegawai Penyiasat itu membuat penjelasan ini di mahkamah dan menyerahkan kepada Koroner untuk menentukan berdasarkan penjelasan Pegawai Penyiasat itu nanti dan laporan pakar dokumen.

"Oleh itu, tidak wujud dakwaan bahawa pihak jabatan cuba menyembunyikan nota tersebut dan keputusan untuk tidak mengemukakannya pada peringkat awal dibuat berdasarkan laporan pakar pemeriksa dokumen dan juga penemuannya yang menimbulkan rasa curiga.

"Jabatan Peguam Negara akan mengemukakan nota tersebut sebagai bahan bukti sahaja sehingga tiada lagi rasa curiga berhubung nota tersebut," kata kenyataan tersebut.

BERNAMA sebelum ini melaporkan, kehadiran bukti baru di saat akhir inkues kematian Teoh telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peguam yang mewakili keluarga setiausaha politik itu dan kerajaan Selangor.

Prosiding yang sepatutnya disambung pada Isnin juga ditangguhkan sehingga 18 Ogos ini bagi memberi masa kesemua pihak mendapatkan arahan selanjutnya daripada anak guam masing-masing.

Koroner Azmil Muntapha Abas membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga Teoh, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili kerajaan Selangor, peguam yang dilantik kerajaan Tan Hock Chuan, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Abas dan Datuk Abdul Razak Musa yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai tahun lalu di tingkat lima, Plaza Masalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan sama.

Di luar mahkamah, Gobind memberitahu pemberita keadaan yang berlaku (bukti baru) menunjukkan seolah-olah sesuatu yang dirancang dan beliau amat kecewa atas apa yang berlaku kerana bukti itu sepatutnya dikemukakan sebelum bermulanya prosiding.

"Sekarang bukti baru dikemukakan kepada kami, tetapi bukan baru bagi mereka. Mereka mempunyai dokumen itu yang dalam pemilikan mereka sejak Oktober lepas," katanya yang dimaklumkan mengenai perkembangan terbaru itu pagi ini.

Sebelum prosiding bermula, beliau memohon supaya semua pihak berbincang dalam kamar kira-kira pukul 10.37 pagi. Sejam kemudian, Gobind dilihat keluar dari kamar dan masuk ke dalam mahkamah tanpa berkata apa-apa dan kelihatan marah.

Hanya 15 minit kemudian kesemua pihak keluar tetapi enggan menyatakan apa-apa dan menurut Tan mahkamah hanya memutuskan kes disambung minggu depan. Sejam kemudian barulah Gobind bersedia memberi sidang media.

Gobind berkata berikutan keadaan ini, beliau memohon supaya inkues dibicarakan menerusi Suruhanjaya Diraja dan berharap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dapat memberi penjelasan berhubung bukti baru ini.

Sementara itu, Malik Imtiaz berkata semua dokumen yang relevan sepatutnya diserahkan kepada semua pihak dan selama ini beliau menganggap semua dokumen telah lengkap.


Komen Isac;

Semua bukti sewajarnya diteliti dan disiasat... Kita mahu mencari kebenaran dan bukannya mahu mencari 'kambing hitam". Memandangkan nota ataupun surat berkenaan dalam bahasa Cina/Mandrin, alasan oleh pihak penyiasat yang mengatakan mereka "tidak menjumpainya" lebih awal dan masa yang diambil untuk surat/nota tersebut diterjemah dan menjalankan ujian kimia mahupun untuk mengenalpasti penulisnya, pada pengamatan penulis alasan tersebut boleh diterima.

Yang penting, dapatkan pakar-pakar yang berkaitan untuk mempastikan samada tulisan pada surat/nota tersebut adalah tulisan simati ataupun sebaliknya. Sekali lagi diingatkan kita mahu mencari kebenaran, jestru segenap penjuru wajar disiasat.

Antara lain dalam nota/surat tersebut kononnya ada menyatakan hasrat simati mahu membunuh diri berikutan kemungkinan "ancaman" yang dihadapi olehnya kerana "membocorkan' rahasia kepada pihak SPRM. Jestru itu Mahkamah Inkues perlu 'mengenal-pasti" apakah bentuk ancaman dan siapakah yang memberi ancaman terhadap keselamatan simati.

Soalan penulis, jika ancaman tersebut benar-benar berlaku, tidakkah keluarga mendiang Teoh Beng Hock sendiri mahu mengetahui siapakah sebenarnya yang menjadi "dalang" kepada kematian mendiang???

Jestru keluarga mendiang dan peguam keluarga tersebut perlu berlapang dada dan bertanyakan kepada diri mereka sendiri, samada mereka mahu mengenal-pasti "pihak yang bertanggung-jawab" ke atas kematian mendiang, ataupun sememangnya mereka mahu "mengkambing-hitamkan" SPRM???

Percayalah bahawa bukti tidak akan menipu, sebaliknya manusialah yang sentiasa menipu!!!

Lagi pula tujuan Inkues adalah untuk meneliti perjalanan kes ini untuk mengelakkan ada perkara yang terlepas pandang, jestru itu penemuan surat/nota yang jika kelak diakui dan dibuktikan sebagai bukti "sahih", akan merupakan antara penemuan yang sangat-sangat berharga untuk menyelesaikan kes ini.

Apa komen YB Gobind?

2 comments:

  1. tu dia...servis dah bertukar tangan....apa lagi smash laa kalau berani

    ReplyDelete
  2. Lepas ni kes ini akan ditangguh-tangguh. Kerajaan yang kena tibai dalam roadshow fuckatan kununnya;
    1.Pendakwaraya berpoligami
    2.Pencatat minit ada affairs dengan ketua hakim
    3.Hakim 2 kununnya pernah rasuah JPJ
    4.Pegawai SPRM pernah tak lulus SRP
    5.Pegawai polis penyiasat pernah bercerai
    6.Pegawai mahkamah pernah ditangkap basah
    7.Pegawai penterjemah pernah gagal ujian bertulis bahasa Mandarin
    8.Penolong pegawai penterjemah tak faham dialek Mandarin
    9.Utusan dan Berita Harian buat berita palsu
    10.Keluarga TBH pernah terima ugutan bunuh
    11.Pakar psikiatri pernah gila meroyan...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.