28 Aug 2010

Harga Rendah Sempena Bulan Ramadhan???

Enam belas pelayan perhubungan pelanggan (GRO) dicekup polis di sebuah pusat karaoke di Mentari Court, Petaling Jaya, awal pagi ini.

Irama lagu Aidulfitri yang berkumandang pada telefon bimbit milik seorang GRO tempatan ketika mereka disoal-siasat menggamankan suasana seketika.


Pada serbuan bermula jam 11 malam semalam hingga 12.30 awal pagi ini, selain 16 orang GRO warga Indonesia, China dan Vietnam berusia 20-an hingga 30-an ditahan, turut ditahan adalah lima wanita tempatan.

Serbuan dilakukan oleh tiga pegawai dan sembilan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hasil maklumat awam dan intipan selama seminggu.

Ketua operasi, Asisten Supritendan Mohd Nazri Daud berkata pihaknya pernah menyerbu di lokasi ini yang dahulunya beroperasi sebagai pusat hiburan sebanyak tiga kali atas kesalahan melebihi masa operasi ditetapkan pada 2007.

Bagaimanapun,setelah tiga tahun pusat hiburan itu tutup, pihaknya menyerbu semula premis ini tetapi menjalankan aktiviti perniagaan berlainan iaitu pusat karaoke.


Mengulas lanjut, katanya lagi, difahamkan pusat karaoke ini telah beroperasi sejak tiga bulan lalu tanpa lesen sementara menunggu kelulusan daripada Majlis Daerah Petaling Jaya (MBPJ).

“Kami akan menghubungi pegawai agensi penguatkuasaan dalam jangka masa terdekat untuk mengetahui sama ada premis tersebut membuat permohonan lesen atau tidak,” ujarnya.

Mohd Nazri berkata, menerusi maklumat diterima, pengunjung hanya perlu membayar RM80 untuk mendapat layanan istimewa dari GRO tempatan manakala GRO warga asing pula mengenakan bayaran RM100 bagi setiap jam.

Namun setiap pengunjung diwajipkan menyewa bilik karaoke untuk sekurang-kurangnya dua jam dan layanan istimewa yang diberikan itu dipercayai termasuk perkhidmatan seks.


Tambahnya, siasatan mendapati semua wanita-wanita itu mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Turut ditahan bagi tujuan pemeriksaan ialah seorang penjaga premis, 10 pengunjung berusia antara 19 hingga 50 tahun yang berada di bilik karaoke itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Nazri berkata, pihaknya turut menyerbu sebuah premis menawarkan perkhidmatan seks tidak jauh daripada pusat karaoke itu.

Menurutnya, dua lelaki dipercayai penjaga premis termasuk dua orang warga Indonesia, seorang China dan seorang Vietnam berusia awal 20-an ditahan.

Beliau mendapati, premis yang dipercayai baru beroperasi enam bulan lalu turut dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) bagi memudahkan pemantauan dilakukan apabila diserbu pihak berkuasa

Katanya, semua yang ditahan itu dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta permit yang jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

“Selain itu, pemilik premis akan disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen iaitu menggaji dan melindungi warga asing bekerja tanpa permit,” ujarnya.



Komen Isac;

Mungkin disebabkan bulan Ramadhan, pelangan-pelangan kurang maka di buat "jualan murah"...

Sesuatu yang drastik perlu dilakukan. Dalam bab ini saya kira hukum hudud sememangnya perlu dikuatkuasakan. Jangan sesekali menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Niatnya murni tetapi, kepimpinan yang baik perlu melalui teladan yang baik.

Sebab itulah orang Melayu/Islam dan bumiputera perlu bersatu!!! Jika itu gagal dihayati dan dilakukan, percayalah selogan untuk menegakkan hukum hudud dan negara Islam bukan setakat retorik politik!!! Tetapi ianya adalah suatu pembohongan yang nyata!!!

2 comments:

  1. Isac, tak habis-habis cerita pusat-pusat maksiat diserbu kat Selangor yang mana PAS mengwar-warkan pendekatan Islam bersama DAP-PKR....

    ReplyDelete
  2. Sila buat laporan rasmi kepada Hasan Ali. Sayang, iq beliau semakin menjunam ke negatif semenjak bersama ronnie liu..

    Nantikan pendedahan panas, projek rakyat BN terbaru yang disabotaj oleh kerajaan Fuckatan Haram di Selangor esok, jam 8.30 pagi di http://gerakantimur.blogspot.com

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.