21 Aug 2010

Gempar!!! Malaysia "Syurga" Gay???

KDN: Body 2 Body sedang diteliti

Christine Chan
Ogos 21, 10. 11:43am

http://www.malaysiakini.com/news/140728

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan Teks AL-Quran kementerian itu Datuk Zaitun Ab Samad berkata buku terbitaan pengarah terkenal Amir Muhammad berjudul Body 2 Body bukan dirampas, tetapi diambil untuk penelitian.

Semalam kementerian itu mengambil tiga salinan buku yang menc Kinokuniya menceritakan pengalaman lesbian, gay, biseksual dan transeksual di Malaysia, dirampas di kedai buku Kinokuniya KLCC.

"Rampasan hanya dibuat apabila sesuatu penerbitan menyalahi Akta Mesin Cetak dan penerbitan. Barukan arahan rampasan akan dikeluarkan," jelasnya.

Ditanya tentang notis kepada kedai buku yang menggunakan perkataan "rampas", Zaitun berkata itu bukan satu masalah.

"Jika sesebuah buku menyalahi syarat dalam akta, barulah arahan rampasan dikeluarkan. Selepas itu kementerian akan gazetkan pengharamannya.

"Kementerian juga akan keluarkan kenyataan media bagi memberitahu orang awam bahawa buku itu diharamkan dan orang awam tidak harus memilikinya.


Komen Isac;

Jika benar, pastinya golongan ini mendapat "perlindungan" terhadap "aktiviti" mereka daripada mereka yang berpengaruh dan jumlah pengamal seks songsang ini juga pastinya agak besar. Jika tidak takkan mereka ini sebegitu berani mengamalkan aktiviti tersebut sehingga ada SPA dan rumah-rumah urut yang menyediakan khidmat untuk golongan ini.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.