29 Aug 2010

Demi Survival - Pakatan Rakyaat Asik Memfitnah???

Jangan termakan hasutan pembangkang – PM

28/08/2010 10:02pm

PEKAN 28 Ogos— Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat supaya tidak termakan hasutan pembangkang yang cemburu dengan pelbagai pembaharuan dan pembangunan yang disediakan oleh kerajaan untuk mereka.

Beliau berkata, pembangkang sebaliknya hanya pandai menabur fitnah dan memburuk-burukkan kerajaan dengan bermotifkan politik.

"Jangan termakan hasutan pembangkang kerana kita adalah sebuah kerajaan yang komited membuat pembaharuan dan pembangunan untuk rakyat dan kita sentiasa menambah baik pembaharuan supaya tidak berada di takuk lama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan kepada warga emas, ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya dan berpenyakit kronik Felcra Sri Makmur di Masjid Al Fatah Kampung Sri Makmur, Pulau Manis di sini malam ini.

Najib berkata walaupun komitmen kerajaan kepada rakyat adalah berterusan dan baik, perkara itu sentiasa dicacatkan oleh pembangkang dengan pelbagai fitnah yang ditaburkan.

"Pembangkang tuduh Felda bankrap dan selepas ini mungkin akan tuduh Felcra juga bankrap walaupun kita tidak bankrap sebab Felcra ada 330,000 hektar tanah di seluruh negara yang memberi keuntungan RM1.1 bilion setiap tahun jadi bagaimana mereka boleh kata kita bankrap,” katanya.



Komen Isac;

Mereka yang "hatinya celik" sahaja yang dapat melihat disebalik perkara yang tersirat. Cukuplah buat penulis menjadi "buta" dari tahun 1998 sehingga 2004..... Cukuplah jika penulis katakan DSAI bukannya pilihan yang baik!!!

Mungkin hari ni ramai di kalangan pembaca yang marah dan tidak bersetuju dengan penulis, tetapi percayalah, masa akan membuktikan bahawa apa yang penulis katakan ini benar!!! Berubahlah sebelum Melayu/Islam hilang di Tanah Melayu!!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.