4 Aug 2010

Bukti Sokongan Zionis Kepada Anwar Telah Kembali???

Kes Anwar: Gore, Wolfowitz mahu US campurtangan
Ogos 4, 10 3:06pm
http://www.malaysiakini.com/news/139151?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

Dua bekas 'orang kuat' Amerika Syarikat menggesa kerajaan mereka campur tangan dalam kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

Menurut mereka, perbicaraan itu bukan hanya mengancam Anwar tetapi “semua rakyat Malaysia yang bergelut memperjuangkan negara yang lebih bebas” dan menggesa pentadbiran Presiden Barack Obama untuk campur tangan.

“Kami faham berdasarkan pengalaman, isu sensitif seperti ini sebaik-baiknya ditangani secara senyap oleh kerajaan dengan kerajaan.

"Namun, masa semakin suntuk. Detik kebenaran semakin hampir,” kata bekas naib presiden Amerika, Al Gore (kiri) dan bekas timbalan setiausaha pertahanan, Paul Wolfowitz dalam satu rencana pendapat bersama yang disiarkan di Wall Street Journal.

gore-Wolf-Anwar

Pentadbiran Obama sebelum ini pernah dibidas kerana membisu berhubung perbicaraan Anwar kerana polisinya untuk berbaik dengan negara-negara Islam.

Kedua-dua Gore dan Wolfowitz (kanan) mengakui mereka mempunyai pendapat yang berbeza sesama mereka, termasuk dengan Anwar dalam banyak perkara termasuk berhubung dasar antarabangsa.

Bagaimanapun mereka yakin bahawa Anwar “komited memperjuangkan nilai-nilai pluralism, toleransi dan kebebasan yang diperlukan oleh Malaysia untuk berkembang.”

Mereka juga berkeyakinan ketua pembangkang itu juga mempunyai kualiti positif sebagai pemimpin, negarawan dan juga kebolehan intelektual.

“Kualiti lain termasuk telus dan terbuka untuk perbahasan, komited terhadap prinsip kebertanggungjawapan dan urus tadbir yang baik serta serius mengenai masa depan negaranya dan juga dunia - juga tidak dilupakan keberanian luar biasanya memperjuangkan apa yang dipercayainya.”

Atas alasan itu, Gore dan Wolfowitz berkata mereka mahu Obama campur tangan kerana dakwaan liwat yang dihadapi oleh Anwar untuk kali kedua “direka” kerana usahanya memperjuangkan reform sosial dan politik.

Menurut mereka, seperti dakwaan liwat pertama yang dilemparkan ke atas Anwar, 10 tahun lalu, perbicaraan kali kedua - selepas pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan prestasi cemerlang pembangkang yang menafikan majoriti dua pertiga kerajaan di Parlimen - kali ini juga mempunyai ciri-ciri manipulasi politik.


Komen Isac;

Satu lagi bukti bahawa Anwar mendapat sokongan Zionis. Satu lagi bukti bahawa part "Dajjal" sememangnya proksi Zionis... Juga bukti bahawa selama ini penentangan terhadap APCO cuma mahu memburuk-burukkan kerajaan BN dan mengabui mata rakyaat.

Bukti bahawa sokongan terhadap perjuangan Palestine selama ini hanyalah palsu. Bukti bahawa penentangan terhadap Amerika Syarikat dan Zionis hanyalah lakonan semata. Bukti bahawa "tour permohonan maafnya" di Amerika Syarikat baru-baru ini berhasil melembutkan hati pemimpin-peimpin Zionis yang berpengkalan di Amerika Syarikat!!!!!


Ini pula messege tweeter Anwar mengucapkan terimakasih di atas sokongan yang diberikan;




Apa Pas nak komen???



3 comments:

  1. pas nak komen apa....??? ngangaaa saja laaa....

    ReplyDelete
  2. pandangan dari saya yang daif soal politik ni ialah algor , wolf dan golongan yahudi tidak harus campurtangan rumahtangga orang..

    ReplyDelete
  3. Dah terang begini pun lagi nak kena suluh ke ???

    Tekanan dari Australia dulu kita tak layan dah. Ini tekanan dari koncu koncu kelas satunya ini ingat kita akan tunduk ka ????

    Kalau kita mengalah bermakna kita kena bersedia untuk menghadapi tekanan untuk menghalalkan sodomi lah pula. Sudah sediakah kita. Masih nak terus sekongkolkah Pas @ Nik Aziz ?????????

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.