31 Aug 2010

20 Tahun Pas Memerintah Kelantan - Apa Persamaannya Dengan Pemerintahan Umar Abd Aziz???

Banyak yang perlu dipelajari oleh pimpinan Pas di Kelantan daripada gaya dan cara pemerintahan Khalifah Umar  Abdul Aziz.

Suatu yang jelas telah gagal dicapai oleh kerajaan Pas di Kelantan ialah untuk membawa pembangunan dan kemakmuran kepada rakyaatnya.

Bercakap tentang Islam dan mendakwa diri sendiri lebih Islam dari orang lain sememangnya mudah, tetapi untuk mempraktikkan dan mencapai kejayaan yang sepatutnya bukan setakat perlu pandai bercakap dan "mengkafirkan" orang lain tetapi ia perlukan iltizam dan juga ilmu. Untuk menjadi pemerintah yang baik, selain ilmu agama, ilmu pentadbiran, ekonomi, sasiah dan lain-lain ilmu juga sama pentingnya.

Jika di zaman pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang hanya sepanjang 2 tahun 10 bulan, baginda telah berjaya "menghapuskan" fakir dan miskin di dalam jajahan takluknya, sehingga ke Afrika Utara, tetapi pemerintahan Pas di Kelantan yang telah menjangkau ke usia 20 tahun, jangankan masalah kemiskinan dapat diatasi, masalah keperluan asas seperti bekalan air bersih buat rakyaat Kelantan pun, masih gagal mereka tangani.

Bukan bertujuan untuk mencari salah pemerintahan "ulamak" tetapi sebagai manusia dan saudara seagama kita wajib nasihat-menasihati dan kita tidak boleh hidup berseorangan kerana manusia sememangnya saling perlu-memerlukan. Kita perlu banyak bermuhasabah diri. Pas juga perlu bertanya kepada diri sendiri, apa kesilapan mereka selama 20 tahun lalu. Jangan terlalu gemar menunding jari dan sentiasa menyalahkan orang lain.

Cabaran umat sekarang telah semakin mencabar, bila kita bercerita berkenaan nasib orang Islam terutamanya di Malaysia, kita tidak boleh ketepikan bercakap pasal orang Melayu kerana di tanah bertuah ini tidak keterlaluan jika kita katakan Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam. Ini adalah kerana orang Melayu mewakili 90% penduduk Islam Malaysia.

Jika dahulu Umno boleh hidup tanpa Pas dan begitu juga sebaliknya, "kemewahan" itu tidak lagi kita perolehi sekarang. Jestru Umno dan Pas perlu bersatu!!! Lupakan sengketa lama dan dendam kesumat, ingatlah, "sesungguhnya solatku, ibadat ku, hidup dan matiku semata-mata kerana mahu mendapat keredhaan dariNya (Allah s.w.t.)" ... Itulah "akujanji" yang kita ikrarkan dihadapan Allah s.w.t, lima kali sehari, jika maksudnya dapat difahami dan diyakini, perkara yang lain sudah tidak penting buat kita....


3 comments:

  1. Salam...

    Bro apa yang jelas sejak Kelantan di perintah oleh PAS tidak ada seperti apa yang diucapkan ini adalah realiti sebenar yang berlaku....tetapi apmat menyedihkan apabila terdapat pihak yang menafikan dan tuan guru nik aziz hanya tahu memaki orang lain sahaja

    ReplyDelete
  2. sepatutnya ekonomi patut digahkan di kelantan tu.. bukan cakap je.. org lain tak betul.. islam cara pas agak payah sikit.. cah keting.. ramai warganya berhijrah kenegeri lain untuk mencari rezeki.. itulah realitinya...

    ReplyDelete
  3. kelantan apa yang majunya?

    teruk sgt kelantan tu... pemimpin reti salahkan kerajaan pusat saje, tapi diperingkat negeri hampeh sungguh..

    donia dan akhirat kena blance

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.