5 Jul 2010

"Suara Keadilan" Masih Boleh Diterbitkan???

PKR: Suara Keadilan terus diterbitkan
http://www.malaysiakini.com/news/136435
S Pathmawathy
Jul 5, 10
3:17pm

PKR akan terus menerbitkan Suara Keadilan walaupun ketidak-tentuan terus menyelubungi pembaharuan permit penerbitannya.

"Kami tidak pasti apa yang diperkatakan oleh kerajaan apabila diberitahu bahawa permit kami tidak diperbaharui tetapi tidak digantung. Apakah kami boleh menerbitkan Suara Keadilan sementara keputusan dibuat,” soal pengarah strategi PKR, Tian Chua.

Menurut ahli parlimen Batu itu, ini satu lagi keputusan 'flip flop' kerajaan BN.

Permit akhbar tabloid itu yang dikeluarkan pada Julai 2009 tamat tempohnya pada 30 Jun lalu.

Sebelum ini, media melaporkan Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen penerbitan tidak berpuas hati dengan penjelasan ketua editor, Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib berhubung penjelasannya mengenai sebuah artikel yang mendakwa Felda bankrap.


"Setakat 1 Julai, penerbitan itu tidak lagi sah dan dengan demikian tidak lagi boleh dicetak atau diterbitkan...menurut Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan,” kata setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab Samad.


Semalam dalam satu kenyataan media beliau menjelaskan bahawa KDN sedang meneliti dan mempertimbangkan permohonan pembaharuan permit penerbitan itu.


"Kementerian masih belum membuat sebarang keputusan mengenai permohonan tersebut," katanya.



Komen Isac;

Siapa yang "spin" isu ni sebenarnya??? Apa yang penulis faham jika sesuatu permit/lesen penerbitan itu tidak  diperbaharui, maka permit/lesen penerbitan yang telah tamat tempoh secara otomatik sudah tidak sah dan tiada lagi penerbitan akan dibenarkan!

Bagaimana pula YB Tian Chua berkata dia masih akan menerbitkan "Suara Keadilan" ??? Adakah ianya akan dibuat secara haram???

Pihak KDN seharusnya mengeluarkan surat penolakkan/penamatan permit/lesen penerbitan secepat mungkin untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

Jika permohonon pembaharuan telah ditolak, Tian Chua sepatutnya mengemukakan surat rayuan dan bukannya meneruskan penerbitan.

2 comments:

  1. Cuba bayangkan:

    Lesen memandu anda telah tamat tempoh dan anda tidak memperbaharuinya.
    Tetapi dalam masa yang sama, lesen anda juga tidak digantung oleh JPJ.

    Soalan saya: Bolehkah anda memandu? Jika anda ditahan polis ketika memandu dengan lesen yang sudah dah tamat tempoh, adakah anda tidak akan dikenakan apa-apa tindakan undang-undang?

    ReplyDelete
  2. anasir subversif seperti Tian Chua ini mesti dipenjarakan. Jgn biarkan orang politik cauvinis ini bebas melakukan jenayah.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.