22 Jul 2010

Pepatah Kera Di Hutan Disusukan, Anak Di Rumah Mati Kelaparan Sinonim Dengan Pemimpin Melayu???

Orang kata jika tidak berada-ada masakan tempua bersarang rendah.... Begitulah juga halnya dengan pepatah di atas...Mungkin agaknya pemimpin-pemimpin Melayu sejak zaman dahulu lagi semuanya berperangai sedemikian...

Kini pemimpin Melayu tidak kira samada dari Umno, Pas maupun PKR dilihat lebih mengutamakan "orang luar" berbanding orang-orang Melayu/bumiputera sendiri...

Jika Umno dan PKR mungkin masih boleh diterima, kerana secara dasarnya, perjuangan mereka dilihat tidak terlalu Islamik, tetapi mengapa pula Pas yang selalu mendabik dada bahawa mereka lebih Islam dari yang lain, juga dilihat  terikut-ikut dengan pepatah lama di atas?

Sebagai contohnya mengapakah majoriti pimpinan Pas melihat perbincangan dengan Umno sebagai sesuatu yang "haram" sebaliknya "baiah" dengan DAP pula dilihat sebagai  suatu perkara yang "wajib" dipertahankan ? Walhal perbincangan untuk mencari titik pertemuan demi kebaikan umat Islam dan negara (kerana umat Islam adalah kaum majoriti) selain adalah menjadi tuntutan agama setidak-tidaknya perlu diberikan peluang.....

Apa yang payah sangat untuk duduk semeja secara tertutup demi faedah rakyaat dan negara? Jika Saidina Hassan Bin Saidina Ali r.a. seorang wali Allah yang juga cucu kepada baginda Rasullullah s.a.w. sanggup untuk melepaskan jawatan khalifah demi permuafakatan dan perpaduan umat Islam, siapakah kita yang mahu menolak seruan "perdamaian"???

Adakah TG Nik Aziz lebih mulia berbanding baginda? Bagaimana pula dengan Mahfuz??? Terlalu tinggikah martabat beliau sehingga mahu menolak apa yang pernah dilakukan oleh cucu Rasulullah s.a.w? Kita bukan minta Pas dibubarkan, kita cuma minta mereka menghayati roh Islam itu sendiri, iaitu semua umat Islam adalah bersaudara....

Pada pandangan penulis yang setakat sekolah agama "beratapkan nipah" ini, janganlah hendak mendabik dada kononnya mahu memperjuangkan Islam, jika seruan "perdamaian" sesama Islampun tidak berani disambut semata-mata kerana takutkan kehilangan sokongan dan kuasa....

Ingatlah bukan kemenangan dan kuasa dunia yang kita cari....Tapi yang kita dhambakan adalah keredhaan Allah s.w.t....Itulah kebahagian yang hakiki...



3 comments:

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.