17 Jul 2010

Mari Belajar Matematik Bersama RBF...

Keperluan RBF untuk sebulan


Sebelum minyak, gula dan gas naik

Minyak kereta : RM 1.80 x 300 liter/bulan = RM 540.00

Gula : RM 1.65 sen x 3 kg/bulan = RM 4.95

Gas memasak : RM 24.50 x 2 tong (14 kg/tong) sebulan = RM 49.00

Selepas harga naik

Minyak kereta : RM 1.85 x 300 liter/bulan = RM 555.00 (meningkat RM 15.00)

Gula : RM 1.90 x 3 kg/bulan = RM 5.70 (meningkat RM 0.75)

Gas memasak : RM 25.90 x 2 tong = RM 51.80 (meningkat RM 2.80)

Kos peningkatan yang di alami oleh RBF ialah sebanyak RM 18.55 sebulan.

Rokok RBF : RM 9.30 x 30 bungkus sebulan = RM 279. 00 sebulan. Wow... banyak juga ya aku bakar duit setiap bulan. Selama ini tidak pernah kira dan tak perasan aku belanja banyak itu sebulan untuk rokok.

Untuk menampung peningkatan harga minyak, gula dan gas maka saya kena kurangkan rokok 2 bungkus sebulan.

Opssss lupa, lagi satu, bila PKR menang kat Selangor aku ingatkan dapatlah kurangkan sedikit kos hidup iaitu RM 360 setahun apabila cukai pintu nak dihapuskan. Kepala otak mak pak dia oranglah, sampai hari ini pun tak hapus-hapus lagi..

Itu bagi diri saya.

Bagaimana pula diri anda ?

Adakah anda pakai gula 200 kg sebulan atau gas memasak 15 tong sebulan ?

Ahhhh...bosan lah kat Malaysia, kerajaan asyik naikkan harga minyak ja.

Apa kata jom, kita lari ke Thailand atau Indonesia pula. Mungkin kat sana minyak murah dan kos kehidupan juga murah.

Apa macam ?

Setuju ke ?

Nukilan dari blog RBF, klik sini.


Komen Isac;

Cuma RBF mungkin terlepas pandang satu perkara, bagaimana dengan tokey-tokey kedai makan, restoran-restoran, penjual-penjual makanan di pasar malam dan pengusaha-pengusaha makanan yang lain? Pasti mereka ini menggunakan beratus-ratus tong gas LPG sebulan yang sebahagian besarnya adalah LPG bersubsidi....Mesti depa ni semua marah, sebab keuntungan dah berkurang.....;)

Pasal harga barang yang lain pulak, petrol mungkin naik 5 sen, tapi para pemborong akan menaikkan harga barangan lain kerana kononnya kos pengangkutan naik... Kenaikan harga barang-barang di zaman Pak Lah dahulu sampai sekarang masih tak turun-turun walaupun harga minyak dah turun balik....

Mengikut rekod, pihak berkuasa sampai ke hari ini masih gagal mengawal "perompak-perompak" subsidi diesel walaupun negara cuma mempunyai kurang daripada 5000 stesen minyak. Perompak-perompak subsidi diesel kebanyakkannnya didalangi oleh pengusaha-pengusaha stesen minyak sendiri

Bayangkan itu baru 5000 pengusaha, kita dah tak mampu nak awasi.... Bagaimana pula dengan  berjuta peniaga dan penusaha yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dengan kenaikan harga minyak dan barangan ini? Memang kenaikan 5 sen adalah rendah, tetapi bolehkan pihak berkuasa memantau berjuta pengusaha yang mungkin mengambil peluang untuk memanipulasi situasi ini?

Bukan tak boleh nak naikkan harga, tetapi pihak berkuasa/berwajib perlu terlebih dahulu menyediakan diri untuk memantau "kesan sampingan" daripada kenaikan ini, kerana kesan "domino" kepada ekonomi rakyaat jelata adalah sangat besar dan selama ini kerajaan dilihat telah "gagal" untuk membendung perkara ini...

Sebenarnya ada ramai "musang yang berbulu ayam" di kalangan kita yang hanya menunggu masa yang sesuai untuk membaham daging-daging kita...Itulah bahana ekonomi kapitalis.....

Jestru itu sebaiknya pihak berkuasa bertindak tegas terhadap mereka ini, jangan segan-segan meniru jiran kita Singapura yang tidak akan teragak-agak mengambil tindakkan tegas terhadap sesiapa sahaja yang dilihat tidak mematuhi undang-undang dan tidak selari dengan aspirasi negara termasuklah pihak pembangkang di negara mereka... 

2 comments:

  1. Im pemerhati from Dubai..teruskan menulis wahai bumiyang..moga negara kita bebas dr anasir2 Cina-nisme yg nk menunggangterbalikkan Malaysia ini..

    ReplyDelete
  2. Salam bro,
    Maaf lari tajuk sket,


    Minta tolong kepada bloggers kawasan Sabak Bernam/Kuala Selangor.

    Besok 18/07/2010 pukul 10.00 - DS Khir Toyo akan berada di Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) Bagan Terap Sg Besar,Sabak Bernam untuk berbincang menentukan nasib dan masa depan pelajar-pelajar Melayu yang diarahkan pindah keluar dari situ.

    IKYS merupakan Institut Kemahiran yang menampung pelajar-pelajar Melayu tercicir yang ingin meneruskan pendidikan dibidang kemahiran. IKYS menerima semua pelajar walaupun mereka tidak mempunyai sijil, tidak menghabiskan persekolahan menengah mereka atas sebab tidak mampu atau disiplin.

    Diharap bloggers yang berhampiran dapat membuat liputan di sana termasuk video.

    harapan si bingai

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.