23 Jul 2010

Lagi Pemimpin Pas Bersetuju Dengan Idea Perpaduan Melayu???

Henti bercakap isu kerjasama UMNO-Pas: Dr Haron
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7983399.asp


SHAH ALAM - Kerjasama antara Pas dan UMNO tidak akan menemui kata putus jika semua pihak asyik berbalas kenyataan tanpa memberi perhatian terhadap usul serta syarat menjayakannya.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din secara peribadi berkata, kerjasama hanya terlaksana sekiranya UMNO b:ersedia mempertimbangkan untuk melakukan perubahan terhadap dasar.
:“Jangan buang masa bercakap perkara yang tak akan kemana-mana, sebaliknya kedua-dua pihak (Pas dan UMNO) harus memberi tumpuan kepada apa yang diperkatakan itu.
:“Umat Islam khususnya orang Melayu memang perlu kepada penyatuan ummah, tetapi perkara itu perlu bermula dari akar umbi termasuk seluruh lapisan pemerintah dan dasar pemerintahan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

:Beliau berkata, dasar dalam pemerintahan UMNO pada masa kini perlu diubah kepada lebih baik kerana tiada dasar yang lebih sempurna selain daripada dasar Islam.

:“Kita tetap dengan dasar yang sama dan tidak akan mengubahnya. Kalau mereka mahuka:n kerjasama terlaksana dengan segera, pertimbangkan dan ubah dasar dengan segera.

:“Kita sedia maklum, jika umat Islam khususnya bangsa Melayu disatukan, kita yakin akan menjadi satu kelompok yang paling kukuh untuk perpaduan umat. Jadi, utamakan dasar dahulu sebelum memikirkan untuk bersatu,” katanya.

:Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa enggan mengulas lanjut mengenai isu kerjasama itu.

:“Apa yang penting sekarang, semua pihak perlu bekerjasama menumpukan perhatian kepada usaha membangunkan Malaysia,” katanya.


Komen Isac;

Secara dasarnya semakin ramai pemimpin-pemimpin Pas yang telah menyuarakan "persetujuan" mereka tentang betapa pentingnya Melayu/Islam itu bersatu.

Kini teserahlah kepada pemimpin kedua-dua pihak untuk mengambil initiatif yang perlu di dalam  merialisasikan aspirasi ini.

Ia adalah suatu tuntutan dan amanah yang wajib dilaksanakan. Yang penting usaha perlu dilaksanakan ke arah itu, jika ditakdirkan kita gagal, setidak-tidaknya kita telah beusaha...

10 comments:

  1. ape yang penting kerjasame....wonderpet wonderpet aku datang....menolong orang dalam kesusahan...
    ooooo....wonderpet...
    aku tgk kite ni dah mcm wonderpet dah...
    nak bersatu pun susah....kalu nak jahanamkan negara tu sng jer...

    ReplyDelete
  2. dino.yp@gmail.com23 July 2010 at 17:16

    dasar UMNO adalah dasar Islam!

    ReplyDelete
  3. Apa yang UMNO cuba lakukan lebih menjurus kepada kesejahteraan ummah berbanding dengan dasar PAS yang kononnya lebih Islamik. Faktanya segala dasar PAS itu adalah ciptaan manusia sebegitu juga UMNO -tak pernah sempurna dan boleh di ubah-ubah. Jangan samakan PAS itu dengan Islam(kerana Islam itu sempurna dari ALLAH). Begitu juga UMNO.Niat yang baik dalam dasar PAS hanya jadi satu retorik dan momokan kerana sikap ujub dan riak segelintir pemimpinnya(hayal dlm kebanggaan dengan menganggap diri mereka lebih Islamik dan langsung tidak ada sifat rendah diri dalam hubungan sesama manusia maupun saudara seagama dengannya).

    ReplyDelete
  4. bebalnya si harun din ni. kenapa tak tanya kenapa PAS sanggup bekerjasama dengan DAP yang dasar tak sama, demi menjatuhkan UMNO yang islamik

    ReplyDelete
  5. Tak habis2 nak menyuruh org menukar dasar...itulah senjata Pas(Hampas)..mengaburi mata2x penyokong tololnyee cuba.... bergabung dulu..kemudian barulah berbincang tentang dasar2..tengok ape hasil yg kita boleh dapat..knp lah keras sgt hati puak2 hijau ni..yg aku lihat dasar DAP/PKR ni dah mcm dasar...penjajah/yahudi..
    itu lebih bahaya...dasar Dap...berbaik dgn Pas dalam masa yg sama merampas ekonomi/politik(menjadikan pemimpin melayu boneka)...keseluruhanya..di atas kelemahan melayu...dasar penjajah masa lalu berbaik dgn sultan tampa mengganggu Islam..dalam usaha merampas ekonomi/hasil bumi di tanah melayu...org melayu biar ekonomi tergadai atau maruah tergadai..janji Islam tak disentuh...padahal...Islam meletakan ekonomi,politik,maruah ditempat yg teratas..tapi puak kafir pandai belajar ape kelemahan umat Islam...cuma puak melayu Pas/Melayu paria(pkr)...yg masih dungu..

    ReplyDelete
  6. apa yg merepek harun din ini, PAS bekerjasama dgn DAP itu pakai dasar apa?..bebal betul mamat sorang nie...dgn PKR yang ada bangsa lain selain melayu itu..PAS pakai dasar apa pulak?...UMNO dah tentu dasar nya islam dan perpaduan ummah...

    ReplyDelete
  7. Salam Kengkawan....

    Janganlah cepat marah... Haron Din sebenarnya cakap berlapik...

    Yang jelas semakin ramai pemimpin2 Pas telah menyedari perlunya orang Melayu/Islam/bumiputera bersatu...

    Semoga ramai lagi yang akan terbuka pintu hatinya...

    ReplyDelete
  8. HIDUP DAP...AKU MELAYU...AKU SOKONG DAP. KERANA UMNO MEMBUNUH BAPA SAUDARA KU DI MEMALI

    ReplyDelete
  9. Berkerjasama dengan DAP yang sememangnya kafir harbi, dan menentang Islam secara terang-terangan, PAS diberi kata dua oleh Pengerusi DAP supaya digugurkan perjuangan untuk menegakkan Islam, PAS sanggup tangguhkan, tapi apabila dipinta berkerjasama dengan UMNO yang sememangya Islam dan memperjuangkan perpaduan ummah,mereka mahukan UMNO mengubah dasar. Lojikkah?

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Kawan sebenarnya sangat2 ingin nak tengok PAS-UMNO bersatu.. tetapi segelintir puak jahat yang mementingkan keutamaan diri sendiri menghalang ianya daripada berjaya.

    Umpama mimpi tunggu PAS nak berubah secara sendiri. Mereka hanya akan berubah bila ramai penyokong sendiri telah sedar akan kesilapan membiarkan puak kafir mempersenda-sendakan saudara seagama sendiri.. lihatlah nanti..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.