16 Jul 2010

Khari Buktikan Anwar Menipu???

KJ: Yayasan dipengerusikan Anwar terima dana US
http://www.malaysiakini.com/news/137464
Jul 16, 10 10:00am

Ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata Yayasan Masa Hadapan (FFF) yang dipengerusikan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2006 pernah menerima dana US$21.3 juta daripada Amerika Syarikat.
Khairy berkata laporan Projek Kebertanggungjawaban Kerajaan (GAP) Amerika Syarikat yang dikeluarkan awal tahun ini menyatakan yayasan berkenaan menerima dana US$21.3 juta (RM68.23 juta) yang disalurkan melalui Kongres Amerika bagi membiayai yayasan itu.
"Kongres Amerika sudah mengeluarkan US$21.3 juta untuk yayasan itu dan ini jelas bertentangan dengan kenyataan Anwar pada 2007 yang mendakwa tidak ada langsung dana yang diberikan Amerika kepada FFF.
"Tindakan beliau itu seolah-olah mahu menutup peranan Amerika dalam membiayai yayasan yang diterajuinya itu," katanya di lobi Parlimen, semalam.
Yayasan berkenaan merupakan badan bebas yang ditubuhkan pada 2005 untuk membangunkan demokrasi dan kebebasan di Timur Tengah dan Afrika Utara.

Khairy berkata laporan GAP yang ditulis berdasarkan 267 dokumen yang dikeluarkan Jabatan Negara Amerika juga menyatakan Anwar turut memberi akuan tidak tepat kepada Kongres dalam usaha mendapatkan dana berkenaan.

Bagi mendapatkan dana itu, Kongres menetapkan FFF mesti mendapat dana secocok daripada negara lain, sedangkan laporan FFF menunjukkan yayasan itu hanya memperoleh kurang daripada US$6.4 juta (RM20.49 juta), berbanding US$22.26 juta (RM71.29 juta) yang ditetapkan, katanya.

"Beliau dituduh memberi akuan tidak tepat kepada Kongres kerana dalam perjanjian dengan kerajaan Amerika, beliau sebagai pengerusi menyatakan yayasan berkenaan mendapat komitmen daripada kerajaan lain termasuk Qatar dan negara Timur Tengah tapi sebenarnya tidak dapat," katanya.

- Bernama


Komen Isac;

Jika KJ benar, maksudnya Anwar telah menipu lagi..... Tapi mengapa pula  beliau perlu menipu ye???

1 comment:

  1. Salam... Penipuan ini takan berakhir kerana juak-juak PKR dan PR terus akan mempertahankan bakal PM mereka itu....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.