20 Jul 2010

Kepada Blogger Pro BN, Anda Memilih Untuk Mendapat Pingat Ataupun Mahu Kekal Menjadi Musang???

Blogger PR dapat PJK, Blogger UMNO cuma dapat gelaran Musang !!!



Foto 1: Blogger Din Binjai bersama penulis blog PAS Bukit Bendera





Foto: Zul Mamak @ Blogger Kasi Pecah Laaaa....


Walau hanya buat blog memaki hamun Kerajaan dan juga pemimpin-pemimpin kerajaan, bloggers Pakatan Haram tetap disanjung dan juga dianggap melakukan perjuangan "JIHAD". Di dalam Pakatan, perjuangan blogger-blogger ini amatlah di hargai dan juga dipandang mulia.

Inilah yang dibuktikan oleh Blogger Din Binjai @ Sharpshooter.blogspot, Zul Mamak @ Blog Kasi pecah laa dan juga Penulis blog PAS Bukit Bendera.

Blogger-blogger ini di anugerahkan pingat PJK kerana telah membantu kerajaan DAP Lim Guan Eng di P.Pinang sehingga mereka berjaya merampas negeri tersebut daripada Gerakan.

Walaubagaimanapun, sekalung tahniah dari pihak UMPP kepada blogger-blogger tersebut. Mungkin lepas ini pangkat Datuk pula bakal menyususl seperti yang diperolehi oleh ADUN Penanti Dr Mansor.

Sumber blog mediapermatangpauh klik sini.



Komen Isac;

Terpulanglah kepada anda semua para blogger pro BN untuk berjuang demi agama dan bangsa ataupun mahu berjuang untuk pangkat dan wang ringgit. Jika mahu bertukar kem, masih belum terlambat...

Ironinya pengorbanan masa, wang ringgit kita seperti tidak dihargai apa lagi diberikan pengiktirafan...

Apapun ramai dari para blogger adalah pejuang tanpa nama, bukan nama dan pengiktirafan yang kita harapkan, bahkan sesetengah dari kita juga bukan ahli Umno, kita bukannya memperjuangkan segelintir pemimpin dalam Umno tetapi yang kita perjuangkan adalah survival bangsa Melayu, agama Islam dan hak untuk semua bangsa di negara ini untuk hidup dengan aman dan tenteram.

Buat pemimpin-pemimpin Umno kami tidak akan teragak-agak untuk menyokong mana-mana parti yang berjaya menyatukan Melayu/Bumiputera dan memertabatkan agama Islam, sekiranya Umno gagal melakukannya... 

1 comment:

  1. Buat pemimpin-pemimpin Umno kami tidak akan teragak-agak untuk menyokong mana-mana parti yang berjaya menyatukan Melayu/Bumiputera dan memertabatkan agama Islam, sekiranya Umno gagal melakukannya...

    .............

    Dah lama setuju.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.