24 Jul 2010

Gempar!!! Jet Pejuang F - 18 Terhempas Semasa Latihan, Bagaimana Nasib Juruterbang???


SEBUAH jet penggempur CF-18 terhempas semasa sesi latihan penerbangan di lapangan terbang Lethbridge County, Kanada. Bagaimanapun juruterbangnya, Kapten Brian Bews berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan payung terjun. Gambar kecil, sejurus sebelum pesawat malang tersebut terhempas. - Foto AP



Rentetan foto-foto pesawat pejuang CF-18 yang meletup selepas terhempas semasa latihan di Lapangan Terbang Lethbridge County, pada 23 Julai, 2010 sempena pertunjukkan udara pada hujung minggu ini di Lethbridge, Alberta, Canada.

Juruterbang  Kapten (Udara) Brian Bews sempat melonjak keluar dan mendarat menggunakan payung terjun sebelum pesawat pejuang malang tersebut terhampas (AP Photo/The Canadian Press, Lethbridge Herald, Ian Martens) MANDATORY CREDIT: THE CANADIAN PRESS, LETHBRIDGE HERALD, IAN MARTENS; FIFTH IN A SERIES OF FIVE PICTURES

 
 
Komen Isac;
 
Malaysia mempunyai satu skuadran pesawat dari jenis F-18 Hornet yang ditubuhkan sejak tahun 1995. Walau bagaimanapun Jet CF -18 adalah dari model yang sama tetapi telah dinaik taraf dan ada juga yang memanggilnya CF - 188. Model ini digunakan oleh Tentera Udara Kanada.
 
Walaupun sebuah jet pejuang jenis ini bernilai sekitar AS 40 Juta Dollar sebuah, tetapi nyawa jututerbang dan nyawa awam adalah paling utama. Tentunya jutaan ringgit juga telah dibelanjakan untuk melatih seorang juruterbang jet pejuang sehingga mereka mahir. Yang pasti latihan yang diberikan telah membolehkan juruterbang tersebut untuk menyelamatkan diri, nyawa dan harta awam. Syabas diucapkan. Jangan lepas ini kena "grounded" tak boleh terbang lagi sudahlah...
 
Bayangkan jika kita mempunyai wang sejumlah AS 40 Juta Dollar, lebih kurang RM 132 Juta bukan ke bagus? Mungkin orang biasa macam kita 10 keturunan pun X akan habis  duit tu... :)

1 comment:

  1. salam bro,

    Kalau dibandingkan ngan MIG, F18 ni paling konsisten dan byk digunakan negara di dunia. MIG29 pula, kat Eropah dianggap flying coffin pasal tak stabil, byk masalah dgn spare-part susah nak dapat. India dah grounded MIG tukar ngan Sukhoi. Malaysia ada beberapa MIG yang harga juta2 gak. Rasa2nya satu masa nanti pun kena retired gak macam skyhawk satu ketika dulu.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.