14 Jul 2010

Dr Pornthip Bakal Hadir Inkues Mendiang Teoh - Satu Usaha Tarik-tali Untuk Melambat-lambatkan Inkues?

Dr Pornthip Akhirnya Buat Keputusan Untuk Datang Beri Keterangan...

PETALING JAYA: Pakar forensik Thailand, Dr Pornthip Rojasunan akhirnya membuat keputusan untuk hadir di Mahkamah Koroner Shah Alam, bagi menyambung semula keterangannya pada prosiding inkues siasatan kematian pembantu politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock.

Perkara ini disahkan oleh peguam Gobind Singh Deo pada Selasa, yang bertindak sebagai peguam pemerhati kepada keluarga Beng Hock dalam prosiding tersebut.

Beliau yang dihubungi memberitahu, Pornthip telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Keadilan Thailand untuk hadir ke Malaysia pada awal minggu lalu.

“Bagaimanapun, saya baru menerima surat rasmi berhubung perkara tersebut hari ini (Selasa) yang menyatakan beliau (Pornthip) bersedia untuk datang.



Komen Isac;

Apa pula yang bakal dibentangkan oleh Dr Pornthip di mahkamah nanti? Masih kekal dengan "80% mendiang Teoh" mati dibunuh??? Lain-lain pakar forensik telahpun berpendapat sebaliknya...

 Bagai ada suaru usaha yang mahu melambat-lambatkan pebicaraan ini... Bukankah jika hasil siasatan mahkamah nanti mendiang sememangnya tidak "dibunuh" akan memberikan tamparan yang hebat kepada Pakatan Rakyaat???

Jestru itu jika keputusan sebegini yang bakal diperolehi, bukan kah baik jika ianya diputuskan selepas PRU 13? Ataupun Pakatan Rakyaat boleh menggunakan sentimen ini untuk "menuduh" mahkamah "menyebelahi" BN/SPRN?


1 comment:

  1. Dia ambik masa lama tu mesti ada benda yang nak dia kemukana. Harap jangan sesuatu yang tidak benar..PR kan parti kencing rakyat..

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.