22 Jun 2010

YB Wee Yang Kafirpun Tahu Bantahan PAS Terhadap Judi Sukan Bermotifkan Kepentingan Politik...

Wee Persoal Pendirian PAS Berhubung Lesen judi
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/6/21/mstar_berita/20100621175537&sec=mstar_berita
 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bebas dari Wangsa Waju, Wee Choo Keong mempersoalkan pendirian wakil rakyat PAS menentang perlesenan pertaruhan sukan oleh kerajaan Persekutuan sedangkan kerajaan Kelantan pimpinan parti itu terus membenarkan penjualan arak kepada bukan Islam.

Menurut beliau, PAS sepatutnya tidak membantah perlesenan pertaruhan sukan sebagaimana ia telah mengeluarkan 40 lesen arak di Kelantan dan menggunakan hasil cukainya untuk pembangunan infrastruktur di negeri itu.

"Selagi kita melengahkan usaha membawa pertaruhan sukan ke arus perdana dan melesenkannya, kita hanya melengahkan perolehan dana yang boleh digunakan untuk pembangunan sosial dan sukan bola sepak termasuk sukan lain," katanya semasa membahaskan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di Dewan Rakyat hari ini.

"Sedang kita semua sibuk berbahas dalam Dewan yang mulia ini, negara mungkin sedang kehilangan nilai hasil yang berjuta, mungkin berbilion, ini semua hanya kerana politiking melampau dan hipokrit yang dijana oleh seorang manusia rakus demi memenuhi nafsu politik matlamat menghalalkan cara," kata Wee.

Hujah beliau kononnya Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengeluarkan fatwa bahawa hasil daripada aktiviti seperti jual beli dan peminuman arak boleh digunakan untuk pembangunan negeri Kelantan, disangkal oleh Dr Lo'Lo'Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) yang berkata Wee telah mengelirukan Dewan.

"Perkara yang dinyatakan itu bukan fatwa, dia (Wee) bercakap perkara yang dia sendiri tidak faham. Dia (Nik Abdul Aziz) tiada di sini dan tak boleh hendak mempertahankan diri," kata Lo'Lo yang disokong oleh Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee berkata, peraturan itu membolehkan seseorang Ahli Parlimen dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tetapi dalam situasi ini, peruntukan itu tidak terpakai kerana Wee tidak faham dan tidak berniat. - BERNAMA


Komen Isac;

Apa yang Dr. Lo' Lo' cakap memang benar, TG Nik Aziz bukan mengeluarkan fatwa, tetapi disebabkan rakyaat melihat beliau sebagai "ulamak", apa yang dikatakannya akan dipegang sebagai hukum!!!

Itulah sebabnya sekiranya pemimpin yang menonjolkan perwatakkan "Ulamak, berpolitik, ditakuti apa yang diperkatakan mereka akan diikuti oleh masyarakat sebagai hukum tampa usul periksa secara membabi-buta. Kalau babi celik lain pula ceritanya....Bahkan Islam menegah kita daripada bertaklik secara membabi buta, tetapi itulah yang berlaku kini...

Apa beza ambil cukai arak dan ambil cukai judi? Jika cukai judi haram, cukai arak juga haram... Sebagai parti yang "kononnya" ingin menegakkan Daulah Islamiah, PAS sepatutnya memberikan teladan yang baik, bukanya ibarat, "ketam yang mengajar anak-anaknya berjalan tegak".


1 comment:

  1. Isac, hanya penyokong fanatik PAS saja yang anggap Nik Aziz macam Wali..... apa yang dikatakannya semua jadi hukum.... waima menggalakkan kaum wanita menghadiri solat Jumaat pun akan jadi wajib bila Nik Aziz dah perintah...tak percaya lihat saja nanti kat Kelantan, ramai kaum wanita yg fanatik dgn Nik Aziz akan berpusu-pusu membanjiri Masjid untuk menunaikan solat Jumaat lebih dari kaum lelaki...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.