11 Jun 2010

Wajarkah Gelaran Datuk Chua Jui Meng Ditarik Balik???

Johor tarik balik gelaran Datuk Chua Jui Meng
Kuek Ser Kuang Keng & Regina Lee
Jun 10, 10
11:49am
http://www.malaysiakini.com/news/134124

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Datuk Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.


Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Datuk Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu hari ini.

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor".


"(Abdul Rahim) beritahu saya bahawa dua gelaran datuk saya telah ditarik balik," kata Chua kepada Malaysiakini hari ini.



Komen Isac;

Institusi Raja-raja Melayu adalah pertahanan terakhir untuk mempertahankan perlembagaan negara. Anugerah Dato" atau apa-apa lagi darjah kebesaran adalah hak mutlak Raja-raja Melayu, jestru itu apapun keputusannya samada mahu mengurniakan atau menarik balik sesuat pengurniaan adalah hak mutlak baginda.

Yang jelas sepatutnya mereka yang telah secara terang-terangan cuba meruntuhkan institusi negara seperti secara muslihat dan terbuka telah "menipu" untuk menubuhkan kerajaan "16 September" kerana kononnya telah dapat mempengaruhi Ahli Parlimen yang mencukupi untuk "melompat" menyertai Pakatan Rakyaat, menipu katanya telah mendapat perkenan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong untuk membentuk kerajaan baru dan menjadi Perdana Menteri, menipu katanya  telah mendapat sokongan Panglima Angkatan Tentera Malaysia untuk menjadi Perdana Menteri juga wajar dilucutkan segala anugerah yang pernah diberikan oleh Raja-raja Melayu. 

Bukan setakat menarik balik anugerah, mereka yang menentang Perlembagaan Negara, mempersendakan dan cuba membuang "Hak Keistimewaan Orang Melayu/Bumiputera, cuba menimbulkan kekacauaan dalam negara, mengambil dana dari kumpulan Yahudi dan asing untuk menjatuhkan kerajaan, menyerang jabatan-jabatan penguatkuasaan seperti Institusi Polis, tentera, Mahkamah, SPRM, SPR, Pendakwaraya dan lain-lain lagi sewajarnya dilayan sebagai pengkhianat negara!!!

2 comments:

  1. setuju....sangat dilucutkan segala anugerah yang diterima oleh pengkhianat. politik pun kena peraturan jangan suka2 nak maki raja-raja , suka2 nak atohmah sesama manusia. senang2 nak hancurkan perlembagaan negara. Politik kita politik jangan sampai menjahanamkan rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  2. anugerah yg diberi merupakan pengiktirafan kpd sesiapa yg berjasa dan memberi khidmat serta menunjukkan TAAT SETIA...

    benar

    ini negara demokrasi,...???
    hormatilah RAJA DAN NEGARA !!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.