14 Jun 2010

Sokongan Kepada Najib Naik Kepada 72% - Jangan Jadi Pak Kaduk, Menang Sorak Kampung Tergadai!!!

Monday, 14 June 2010
http://m.themalaysianinsider.com/home.php

Mahathir: Terpulang jika Najib mahu panggil PRU-13 kerana populariti

KUALA TERENGGANU, 14 Jun — Tahap kepuasan hati rakyat terhadap prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang meningkat kepada 72 peratus mungkin boleh menjadi petunjuk bagi kerajaan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 dalam masa terdekat.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar, kanan) bagaimanapun berkata terpulang kepada kerajaan sama ada ingin mengadakan pilihan raya Umum dalam masa terdekat dengan mengambil kira kaji selidik yang dibuat Merdeka Centre.
“Alhamdullilah kalau dia (Najib) terima 72 peratus. Tapi ranking agensi itu kita nak kena tahu juga siapa mereka.

“Yang saya tahu semasa saya menang sehingga dua pertiga kerusi, kedudukan ranking saya 60 peratus saja. Tetapi kalau 72 peratus, kita harap boleh menang lebih daripada dua pertiga lah. Boleh buat sekaranglah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau mengulas hasil kaji selidik agensi itu yang mendapati tahap kepuasan hati rakyat terhadap prestasi Perdana Menteri meningkat 72 peratus bulan lepas berbanding 69 peratus pada April lalu.



Komen isac;

"Biarlah ukur baju di badan sendiri".  Sekarang adalah masa untuk "berkerja" dan memperbaiki imej Umno/BN. Gunakanlah masa yang tinggal kurang daripada tiga tahun ini sebaik-baiknya...

Jangan PR memalu gendang "kita" yang lebih menari... Buktikan kepada rakyaat yang telah memilih Umno/BN pada PRU 12 yang lalu bahawa pilihan mereka adalah tepat. Buat masa sekarang tiada apa yang perlu dibuktikan kecuali buktikan kepada rakyaat bahawa kerajaan pimpinan Umno/BN adalah pilihan yang terbaik!!!!

1 comment:

  1. Isac, kawan terbaca satu artikel dari seorang penulis Cina dlm Merdeka Review yang memberi analisa begini :-

    Pertama, kehangatan pengundi Cina menyambut ketibaan PM sekadar kelakuan bersopan, atau hanya berminat dengan cahaya kamera yang datang bersama orang besar, namun tiada kena-mengena dengan pilihan undi.

    Kedua, pengundi Cina menyambut baik Najib, tetapi kesukaan mereka terhadap Najib tidak cukup untuk menghilangkan ketidakpercayaan mereka terhadap UMNO ?

    Kalau inilah yg sebenarnya tersirat dalam hati kaum-kaum Cina, apakah tidak mustahil bagaimana UMNO-BN boleh hilang sokongan mereka....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.