16 Jun 2010

Muktamar PAS - Berkatalah Benar Walaupun Ianya Pahit!!! Maka Mereka Ini Adalah Agen Umno???

Kepimpinan PAS dibidas tidak ikut sunnah Rasulullah, cepat melenting
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KepimpinanPASdibidastidakikutsunnahRasulullah_cepatmelenting/Article

2010/06/13
KOTA BHARU: Kepimpinan PAS dibidas sebagai tidak menghormati demokrasi dan tidak mengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W apabila cepat melenting setiap kali terdapat pandangan negatif atau bertentangan dengan pendapat mereka yang diutarakan oleh ahli parti.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Hanipa Maidin, berkata sebagai parti yang melaungkan hak kebebasan bersuara dan mengikut sunnah Rasulullah, pemimpin parti sepatutnya mendengar setiap pandangan dengan fikiran terbuka.

"Seharusnya menjadikan muktamar untuk mendengar pandangan semua pihak dan bukannya mudah naik marah dan tidak boleh terima pandangan yang negatif atau bertentangan dengan pendapat umum ahli parti," katanya ketika menggulung usul pada Muktamar PAS ke-56 di sini, hari ini.

Beliau merujuk kepada tindakan meminta perwakilan PAS Pahang, Amirruslan Manaf menarik balik kenyataannya pada perbahasan semalam yang mendakwa Perlembagaan PAS diciplak daripada Perlembagaan UMNO yang dilakukan penambahbaikan mengikut kesesuaian parti. Timbalan Pengerusi Tetap, Hussin Ismail meminta Amirruslan berbuat demikian kerana pemimpin dan perwakilan tidak berpuas hati dan mempersoalkan kesahihan dakwaan itu.

Hanipa yang turut kesal dengan tindakan beberapa mengejek perwakilan Pahang itu, mendesak kepimpinan memohon maaf kepada Amirruslan.

"Saya ni pantang lihat orang kena buli. Kita ni parti PAS. Kita kata kita perjuangkan kebebasan bersuara, Muktamar bertujuan untuk kita kemuka pandangan. Perlunya kita bersedia untuk dengar," katanya.

Hanipa turut mempersoalkan kenapa ahli dan pemimpin PAS perlu melenting dan marah sedangkan perkara itu boleh dibincangkan dan memberikan jawapan pada sesi lain dalam muktamar itu. - Bernama


Komen Isac;

Sememangnya manusia suka mengkritik, tetapi marah apbila dikritik!!! Memang seronok apabila kita memakai jubah, berserban dan menyimpan janggut, setiap kali apabila kita berhujah dan mengkritik, maka pengikut-pengikut kita akan menerimanya sebagai suatu hukum yang "wajib" untuk dipatuhi..... 

Jestru itu apabila sesekali ada di antara mereka yang menyanggahnya, maka kita (pemimpin-pemimpin) seolah-olah terlupa bahawa mereka juga tidak maksum dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan...

1 comment:

  1. belum ada kuasa cakap memang ok.bila ada kuasa maka apa yang dicakap memang 100% betul.inilah sifat-sifat sebagai diktator.lawan mampus.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.