8 Jun 2010

Mengapa Anwar Mesti Marah Bila Dituduh Anti Yahudi ???

 

Anwar Sasaran APCO-Malaysiakini 1

Oleh Kumbang, AIDCclub

Kalau merujuk kepada petikan ucapan Anwar di Malaysiakini, seolah-olah Anwar begitu kecewa kerana ada pihak yang mahu menggelarkan beliau sebagai seorang anti yahudi atau anti Israel. Hal ini dibuktikan dengan ucapan beliau seperti di bawah :

"Mereka(APCO) berkata saya anti-Yahudi dengan memutarbelit kenyataan (yang saya dibuat) di Parlimen,"

Ayat inilah yang menjadi pertikaian penting samada Anwar adalah anti Yahudi ataupun tidak kerana menurutnya ucapan beliau diputarbelit oleh Pihak APCO.
Setahu Kumbang ucapan Anwar di Parlimen adalah berfokus kepada APCO kononnya adalah syarikat Israel yang membantu pentadbiran kerajaan dan beliau juga turut berkata di parlimen kononnya PDRM diresapi oleh agen Israel. Kalau betul pengamatan kita, ucapan ini sudah berunsur anti yahudi dan anti Israel.

Persoalannya kenapa Anwar berkata ucapan beliau diputarbelit dan dituduh anti yahudi oleh APCO.

Maknanya mudah. Ayat ini menerangkan secara tidak langsung dan Anwar mengakui beliau bukan Anti Yahudi. Kalau beliau bukan Anti Yahudi, tidak terkeluar ayat sebegitu dari mulut beliau. Budak tadika pun boleh nampak.

Anwar bukan musuh yahudi



Ayat kedua yang kontroversi dalam laporan Malaysiakini ialah Anwar menyebut:

"Apco begitu berpengaruh, bahkan berjaya meyakinkan badan tertua Yahudi untuk menyerang saya secara peribadi dan menghukum saya. Organisasi ini bahkan melabel saya sebagai musuh mereka,"

Ayat ini turut mempunyai makna tersembunyi. Pertama Anwar menuduh APCO meyakinkan badan tertua yahudi menyerang beliau secara peribadi dan menghukum beliau. Ini bermakna Anwar amat kecewa kerana digelar oleh anti Yahudi dan anti Israel oleh B'nai B'rith dan perkara ini juga membawa erti yang Anwar bukan seperti apa yang dituduh oleh iaitu anti Yahudi dan anti Israel.

Kedua ayat ini seperti membuktikan yang Anwar sebenarnya hanya membenci APCO bukannya organisasi B'nai B'rith yang sememangnya perantara antara Amerika Syarikat dan Israel itu.

Hujahnya cukup mudah, APCO hanya satu syarikat konsultansi tunggal tetapi Anwar menganggotai International CrisisGroup(ICG) organisasi pro Israel dan yahudi yang mempunyai banyak organisasi dan syarikat Konsultansi yahudi di belakangnya yang lebih besar kuantitinya berbanding APCO. Klik sini

Kenapa Anwar membenci APCO dan bukannya kepada organisasi dan syarikat Konsultansi yahudi ICG?

Hal ini jelas kerana APCO sedang membantu musuh beliau iaitu Kerajaan Malaysia. Jika benar Anwar Anti Yahudi dan Israel sudah pasti beliau akan memutuskan hubungan dan keahliannya di dalam ICG kerana organisasi itu sememangnya dianggotai yahudi dan ada hubungan terus Israel malah menyokong serta mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah.

Kenapa B'nai B'rith kirim surat kepada John Kerry?

B'nai B'rith mengirim surat kepada John Kerry kerana organisasi itu tahu Anwar mempunyai hubungan yang amat baik dengan John Kerry dan Amerika Syarikat. Sebagai bukti John Kerry sendiri secara peribadi menuntut perbicaraan yang adil kepada Anwar Ibrahim sekitar februari lalu.

Hal ini disebabkan Anwar terlebih dahulu melobi John Kerry dalam persidangan di Doha, Qatar. Disebabkan itu tidak menghairankan apabila Anwar amat kecewa kerana B'nai B'rith mengirim surat kepada John Kerry kerana ini akan menyebabkan pengaruh beliau sebagai agen yahudi dan Amerika akan terjejas dalam makna lain aduan itu akan menjejaskan hubungan beliau dengan Amerika Syarikat dan organisasi yahudi yang lain.

Anwar akui sertai ICG - Organisasi pro Zionis dan Israel



Anwar mengakui beliau menyertai ICG dengan berkata :

"Saya sudah menjangka serangan (dari kumpulan Yahudi ini). Apco bahkan telah menghantar satu laporan rasmi ke ICG, mengatakan yang saya anti-Yahudi."

"(Namun) ICG juga telah membuat kenyataan yang kuat mengutuk serangan serangan tentera Israel terhadap flotilla," katanya.

Pertama Malaysiakini selaku laman web pro Anwar sengaja menambahkan ayat (dari kumpulan Yahudi ini) iaitu di dalam kurungan sedangkan Anwar tidak bermaksud sebegitu.

Ayat ini seperti yang Kumbang nyatakan tadi adalah diucapkan, kerana Anwar sendiri mempunyai masalah peribadi dengan APCO dan bukan yahudi serta Israel secara keseluruhannya.

Kerana jelas di dalam ayat di atas Anwar mengecam APCO tetapi memuji pula ICG sedangkan jika difikirkan secara logik, siapalah APCO yang hanya sekadar sebuah syarikat berbanding ICG yang merupakan pertubuhan pro zionis dan Israel yang mempunyai organisasi dan berpuluh-puluh syarikat yahudi serta Israel di belakangnya.

Apa yang dasyatnya ICG ialah peranan organisasi itu yang menjadi agen Amerika Syarikat di seluruh dunia dan kemampuan organisasi itu itu dapat dilihat dengan pernah melobi untuk melaksanakan perang di Iraq. Klik sini.

ICG juga pernah mencadangkan semua negara di seluruh dunia mengiktiraf negara Israel dan menjalankan hubungan diplomatik dengan negara zionis itu.

Selain itu senarai panjang US Board Members ICG jelas menunjukkan ianya dikuasai oleh Yahudi dan Zionis dalam pentadbiran Ameria Syarikat. Mereka adalah :

1. Morton Abramowitz, (Yahudi/neocon)- Bekas Penolong Setiausaha Negara Amerika Syarikat/CFR;

2. Kenneth Adelman, (Yahudi/neocon), bekas pembantu Setiausaha Pertahanan Amerika Donald Rumsfeld/Ahli Lembaga Pengarah Polisi Pertahanan Pentagon/Penyokong utama serangan Amerika ke atas Iraq;

3. Zbigniew Brzezinski, Penasihat polisi luar negara Presiden Obama/ Bekas Penasihat Keselamatan Negara kepada Presiden Jimmy Carter/CFR;

4. Wesley Clark, Bekas Komander Bersekutu Tertinggi NATO;

5. Stanley Fischer,(Yahudi) - Naib Pengerusi Citigroup/Bekas Timbalan Pengarah IMF (International Monetary Fund);

6. Carla Hills, (Yahudi) - Bekas Setiausaha Perumahan dan Perdagagnan Amerika;

7. Swanee Hunt, Pengasas dan Pengerusi 'Women Waging Peace'; bekas duta Amerika ke Austria;

8. Elliott F. Kulick, Konsaltan Booz Allen & Hamilton/ Pengerusi Pegasus International/ Lembaga Pengarah Central Asian American Enterprise Fund ;

9. Douglas Schoen, Pengasas Partner of Penn, Schoen & Berland Associates;

10. George Soros, Pengasas & Pengerusi OSI (Open Society Institute);

11. William O. Taylor, Pengerusi Kehormat The Globe Newspaper Company

Seandainya laman citizinemag.com menamakan Wesley Clark sebagai proksi Soros dalam ICG untuk mewujudkan kuasa baru di Amerika Syarikat., maka boleh dibuat kesimpulan hampir keseluruhan penama di atas adalah tokoh yang sealiran dengan pemikiran Soros. Klik sini


tiada kaitan dengan Zionis dan Israel?
Kalau menurut kata-kata Anwar beliau menafikan seolah-olah seratus peratus ICG dikaitkan dengan agenda zionis.

Tetapi jika kita rujuk dalam SourceWatch ICG klik sini. Penerangannya bercanggah dengan kenyataan Anwar.

Menurut SourceWatch itu, ICG disponsor oleh badan-badan zionis yang berpengkalan di Amerika Syarikat antaranya; Open Society Institute (milik George Soros), Sarlo Foundation of the Jewish Community Endowment Fund, Ford Foundation, Carnegie Corporation of New York, Bill & Melinda Gates Foundation, Flora Hewlett Foundation, Henry Luce Foundation, John D & Catherine T MacArthur Foundation, John Merck Fund, Charles Stewart Mott Foundation, United States Institute of Peace dan lain-lain.

Laman americanthinker.com (pro-Republikan) pula mengesahkan ICG disponsor sepenuhnya oleh George Soros dalam usaha mengukuhkan parti Demokrat di Amerika Syarikat. Dalam usaha itu Soros menaja satu kumpulan yang dinamakan 527 groups yang termasuk di dalamnya adalah ICG, Center for American Progress, MoveOn.Org, Human Rights Watch, Media Matters dan lain-lain. Klik sini

Seandainya ICG tiada kaitan dengan agenda zionis, kenapa ICG draf Annapolis Summit yang mencadangkan 'two state solution' yakni mengiktiraf Negara Israel yang sah Klik sini dan sini.


Kenapa Anwar Ibrahim turut menandatangani surat sokongan Annapolis Summit tersebut ? Klik sini

Bukti penglibatan Anwar dalam menyokong agenda 'two state solution' anjuran ICG didedahkan sendiri oleh laman web ICG, bertarikh 26 Mac 2007. Buktinya klik sini

Tandatangan sokongan ini diketuai oleh 8 orang kepala-kepala Yahudi yang terlibat secara aktif dalam dalam tiga badan pemikir Yahudi Amerika Syarikat iaitu CFR (Council on Foreign Relations), ICG (International Crisis Group) dan USMEP (The U.S./Middle East Project). Lapan orang tersebut adalah Zbigniew Brzezinski, Lee H. Hamilton, Carla Hills, Nancy Kassebaum-Baker,Thomas R. Pickering, Brent Scowcroft, Theodore C. Sorensen dan Paul Volcker.

Kemudian disusuli dengan tandatangan dari 74 aktivis masyarakat mewakili ICG, USMEP, New America Foundation, J Street dan individu-individu yang pro Israel. Anwar Ibrahim salah seorang daripada 74 aktivis itu yang mewakili CFR, ICG dan The Brookings Institution.

Dalam tandatangan pertama Anwar bersama 23 ahli mesyuarat ICG yang lain bersetuju dengan konsep yang kononnya two state solution. Iktiraf Negara Israel yang sah dan iktiraf negara Palestin yang sah. Tetapi masalahnya di Palestin, ICG mengiktiraf Mahmoud Abbas sebagai Presiden Palestin, sedangkan majoriti muslim di sana mengetahui Mahmoud Abbas adalah pro Amerika Syarikat yang digelar sebagai proksi Israel.

Sebab itu dapat disimpulkan two state solution penjanjian yang berat sebelah dan menguntungkan Israel.

Pertama, Israel mendapat status sebuah negara yang sah, kedua; Israel mendapat pengiktirafan hubungan diplomatik dengan negara-negara Islam yang lain (seperti yang dicadangkan oleh ICG) dan ketiga Israel berjaya menabalkan presiden boneka di Palestin, seandainya cadangan ICG diterima oleh penduduk Palestin.

Jadi dapat disimpulkan, walaupun pada namanya nampak molek 'two state solution' (solusi dua negara), tetapi yang membina kerangka itu adalah terdiri dari kumpulan zionis Amerika, yang berselindung di sebalik topeng ICG, terdiri daripada Morton Abramowitz, Stephen Solarz dan Zbigniew Brzezinski, sampai kiamat pun mereka tetap membawa agenda kemenangan mutlak kepada Israel.

Di sini sudah menunjukkan pendirian Anwar Ibrahim yang sebenarnya, seorang yang bukan anti yahudi dan juga anti Israel.

Siapalah APCO yang dibayar oleh kerajaan kita berbanding ICG, sedangkan ICG membayar dan membantu Anwar untuk berkhidmat dengan mereka.

sumber : kumbang

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.