9 Jun 2010

Malaysia Tidak Akan Bankrap??? Berita Baik Buat Kerajaan Baru Selepas PRU13!!!

08 Jun, 2010 20:28 PM
Malaysia Tidak Akan Bankrap Seperti Iceland Dan Greece-Najib
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=504439

KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Selasa menegaskan Malaysia tidak akan bankrap seperti Iceland dan Greece berikutan kejayaan negara mengekalkan hutang negara pada paras yang terkawal serta langkah-langkah yang diambil bagi mengurangkan kadar hutang.

Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan akan terus dirancang, dipantau dan dikawal dengan baik dan bertanggungjawab.

"Paras defisit dijangka akan menurun dan paras hutang akan terus terkawal pada jangka masa sederhana dan panjang. Usaha-usaha ini akan membantu memastikan paras hutang dan defisit Kerajaan Persekutuan tidak akan meningkat sehingga menjejaskan kemampuan negara membayar balik hutang," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) di Dewan Rakyat, Selasa.

Lim meminta Perdana Menteri menyatakan tindakan yang telah diambil bagi memastikan Malaysia tidak mengikut jejak langkah Iceland dan Greece, menjadi negara bankrap, dan memerlukan penyelamatan masyarakat serantau atau antarabangsa.

Perdana Menteri berkata jumlah hutang negara berkurangan kepada RM233.92 bilion pada tahun lepas berbanding RM236.18 bilion pada 2008 walaupun peratusannya meningkat sedikit.

Beliau berkata pengurangan itu disebabkan bayaran balik hutang bersih jangka sederhana dan panjang oleh Kerajaan Persekutuan dan sektor swasta yang lebih mengimbangi ambilan bersih yang lebih besar oleh Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK).

"Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat juga menyumbang kepada penurunan hutang luar negara secara keseluruhan. Nisbah khidmat hutang luar negara pada 31 Dis 2009 dianggarkan pada tahap 7.0 peratus, mencerminkan kekukuhan pendapatan eksport untuk membayar tanggungan hutang.


Komen Isac;

Kalau di tengokkan kepada sesetengah Menteri yang dipilih Dato' Sri Najib, mungkin sebilangan dari kita pun "layak" untuk menggantikan mereka...Tak tahulah KPI apa yang DSN pakai...

Sememangnya subsidi sehingga RM 76 billion setahun amat memeritkan buat negara, apapun sepatutnya kerajaan berusaha untuk mengurangkannya sedikit demi sedikit dan bukannya cuba menakut-nakutkan rakyaat jelata. Taktik tersebut telah lapuk dek zaman...Waima pelajar sekolah sekarangpun "tak jalan" jika kita menggunakan strategi "memomokkan" sesuatu perkara...yang kita mahu mereka hindarkan...

Apapun keadaan ekonomi negara yang stabil pastinya akan menaikkan "selera" Pakatan Rakyaat untuk berusaha sedaya-upaya untuk "merampas" tampuk pemerintahaan negara dalam PRU 13 nanti...

2 comments:

  1. Ramai menteri yang kurang cerdik. Cakap macam orang yang tak buat kajian dulu sebelum bercakap.

    Forced to stop proceeding to Gaza.

    ReplyDelete
  2. Jangan tunggu lepas PRU13 baru nak tukar ... takut tak dapat buat kerajaan je.

    Beberapa Menteri patut ditukar ASAP sebelum nasi jadi bubur, menteri bankrupt, menteri kapal selam tak leh selam, menteri amaran, menteri outsource.

    Siapa lagi ek ?

    Silap hari bulan Perdana Menteri pun kena tukar !!!

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.