4 Jun 2010

Kes Liwat DSAI/Saiful Dari Mahkamah - Pihak Pembela Tunda Soal-balas Doktor HKL


LAPORAN LANGSUNG (TERKINI DI BAWAH)
Jun 4, 10 10:00am
http://www.malaysiakini.com/news/133586


Peguam Karpal Singh memberitahu mahkamah bahawa hari ini pasukan pembela telah mengemukakan notis usul, yang disokong oleh afidavit, untuk mendapatkan akses kepada dokumen-dokumen tertentu. Usul tersebut adalah untuk mendapatkan dokumen tambahan mengenai nota klinikal, laporan, bahan dan spesimen.

Menurutnya, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa pihak pembela boleh memohon untuk mendapatkan dokumen-dokumen tersebut pada mana-mana tahap prosiding, dan kerana itulah pihak pembela melakukannya sekarang.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin membenarkan soal balas terhadap Dr Mohd Razali ditunda kepada 14 Jun untuk mendengar permohonan tersebut.
8.40am: Wartawan yang menunggu di luar Mahkamah Tinggi Jalan Duta dibenarkan masuk ke bilik perbicaraan.

Beberapa polis berpakaian biasa kelihatan merakamkan orang ramai hadir memasuki bilik perbicaraan. Perkara itu dilihat dilakukan sejak beberapa hari lalu. Kira-kira 70 orang berada di galeri awam.

Perbicaraaan kes kontroversi liwat bersambung hari ini dengan pasukan pembelaan akan menyoal-balas pakar daripada Hospital Kuala Lumpur Dr Mohd Razali Ibrahim.

Dr Mohd Razali semalam semalam mengaku bahawa terdapat kesan mani pada sampel yang diambil.

Pihak pembelaan akan dibantu pakar forensik Dr David Wells, profesor kriminologi di University Melbourn yang didatangkan daripada Australia semalam.

Dr David juga mengetuai perubatan forensik klinikal di Victorian Institute of Forensic Medicine.

9.36am: Kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan dan pendakwaan memohon bertemu dengan hakim mahkamah tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam bilik. Tidak jelas tujuan perjumpaan itu.

Bagaimanapun, selepas 10 minit, kedua-dua pihak kini kembali ke bilik perbicaraan. Sehinggga 9.46 pagi, semua pihak masih menunggu ia dimulakan.

9.54am : Mohamad Zabidin Mohd Diah memulakan perbicaraan. Dr Mohd Razali Ibrahim mengambil tempat dan mula ditanya beberapa soalan oleh pihak pendakwaan Mohd Yusof Zainal.

9.55pm: Dr Razali memberitahu mahkamah bahawa pemeriksaannya terhadap pengadu (Saiful) dilakukan menggunakan peralatan yang disteril.

katanya, semasa pemeriksaan itu, Saiful tidak menunjukkan sebarang tanda terdapat sesuatu dimasukkan ke dalam dubur.

Dr Razali, ketika menjawab soalan Mohd Yusof juga memberitahu lembapan yang ditemui dalam kawasan perianal Saiful boleh disebabkan oleh material berasaskan cecair.



Komen Isac;

Jangan selepas dua minggu nanti, DSAI membuat kenyataan akhbar,  bertanya mengapa Dr HKL ni tak jawab soalan peguam pembela dua minggu lepas (hari ini) sudah lah....Semalam DSAI mempertikaikan mengapa selepas dua tahun baru Dr. HKL memberi keterangan bahawa ada tusukkan dan spesimen air mani yang dijumpai dari dubur Saiful.

Dah dia dan peguam-peguamnya yang asyik menangguhkan perbicaraan sehingga hampir dua tahun...DSAI dah jadi pelupa agaknya...

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.