16 Jun 2010

Kenyataan Mat Sabun - Menunjukkan Perjuangan Beliau Bukannya "Lillah hitaala"...Tidak Seikhlas Seperti Yang Didakwa....

Pas akan terus berdemonstrasi untuk manipulasi “mood” rakyat - Mohamad Sabu

13/06/2010 2:24pm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm
KOTA BHARU 13 Jun — Anggota Jawatankuasa Pas Pusat, Mohamad Sabu berkata, Pas akan terus mengadakan demonstrasi jalanan untuk memainkan “mood" rakyat supaya membenci Barisan Nasional (BN) sehingga ke pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Beliau berkata, tindakan memainkan isu-isu semasa untuk membakar semangat rakyat adalah perlu dalam memastikan rakyat sentiasa mempunyai minat serta menaruh keyakinan terhadap Pas. “Kita akan gerakkan badan-badan bukan kerajaan (NGO)...pakatan pembangkang (akan) menggerakkan mood rakyat bagi menghadapi pilihan raya,” katanya ketika menggulung usul pada Muktamar Pas ke-56 di sini hari ini.

Beliau berkata antara isu yang akan sentiasa dimainkan oleh parti itu ialah undi pos dan negara akan bankrap jika subsidi diteruskan sehingga 2019. “Isu rasuah melibatkan RM28 bilion menyebabkan negara rugi juga akan dibangkitkan,” katanya. - Bernama


Komen Isac;

Perjuangannya bukannya untuk Islam, perpaduan, bangsa, rakyaat dan lain-lain, tetapi semata-mata demi kuasa!!! Yang lain semua tidak penting!!! Sebab itulah apa sahajapun sanggup "digadaikan"!!!!! Demi kuasa dan undi!!! Inikah yang Islam mahukan???

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.