19 Jun 2010

Isu Video Lucah Elizabeth Wong - Zahrin Cabar Anwar Bersumpah!!!

“Saya cabar Anwar bersumpah”
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7830057.asp


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan oleh Konsensus Bebas sebagai seorang ‘kaki penipu’ kerana mengatakan tidak pernah melihat video seks Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Ahli Parlimen Bebas dari Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, pada sesi taklimat di Pejabat Ketua Pembangkang itu, beliau melihat dan mendengar Anwar bercakap mengenainya dan akan mengambil tindakan terhadap Elizabeth.

Menurutnya, beliau sanggup bersumpah dan mencabar Anwar bersamanya membuat sumpah di masjid untuk membuktikan siapa bercakap benar.

“Saya tinggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana keraguan mengatasi keyakinan, kami bertindak kerana kami tidak mahu beliau (Anwar) bercakap sesuka hati beliau.

“Dalam kes Eli (Elizabeth), saya hanya memberikan satu contoh pembohongan Anwar, sama juga seperti isu 16 September dahulu dengan menipu wakil-wakil rakyatnya, jadi jika beliau menipu saya tidak terkejut kerana itulah kemahirannya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Seorang lagi Ahli Parlimen Bebas dari Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, beliau turut berada di tingkat 14 ketika Anwar menjelaskan mengenai isu Elizabeth tetapi kemudian membuat penipuan mengatakan tidak pernah melihat video itu.

“Begitu juga isu Apco. Sebenarnya Apco Worldwide berbeza dengan Apco yang terlibat dengan kepentingan Israel.Di Amerika, standard seperti MSO dan ISO digelar sebagai Apco.

“Anwar pula membuat tanggapan bahawa itu adalah Apco yang sama sehingga mengelirukan rakyat. Keterangan selebihnya akan saya bentangkan di Parlimen minggu depan,” katanya.

Selain itu, Zulkifli turut menolak tuduhan Anwar bahawa setiap ahli parlimen PR yang melompat keluar menerima ganjaran daripada UMNO-Barisan Nasional (BN).

“Dalam kes saya, saya dipecat oleh Anwar. Adakah masuk akal setelah saya dipecat UMNO akan membayar saya? Yang lebih masuk akal adalah UMNO membayar Anwar untuk memecat saya, itu lebih logik,” katanya.

Seorang lagi Ahli Parlimen Bebas dari Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, Anwar seorang yang ‘cakap tak serupa bikin’ kerana sering membuat tuduhan dan mengugut akan mendedahkan bukti tetapi akhirnya beliau akan cuba mengubah ke isu lain.



Komen Isac;

Kes liwatnya pun dia tak nak berssumpah, inikan pulak kes orang lain.....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.