18 Jun 2010

Inkues Mendiang Teoh - Siapa Yang Menipu???

Inkues Teoh: Keputusan 4-0, memihak SPRM
Hafiz Yatim
Jun 15, 10
12:18pm

Ketua pendakwaan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa membantah permohonan pakar patologi Thai Dr Pornthip Rojasunand untuk memberi keterangan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock melalui sidang video.

Abdul Razak juga berkata, Pornthip mahu memberi keterangan melalui sidang video kerana tidak mempu mempertahankan pendapatnya sebelum ini berhubung faktor kematian Teoh Beng Hock.

"Tujuan sebenar dia tidak boleh hadir adalah kerana dia tidak boleh mempertahankan dakwaannya sebelum ini,” ujarnya.

Katanya lagi, pendapat Pornthip juga berlawanan dengan kenyataan oleh empat pakar patologi lain yang sependapat bahawa Teoh masih sedar ketika jatuh daripada tingkat sembilan bangunan tersebut.

Abdul Razak Musa juga berkata SPRM telah menjadi mangsa tuduhan yang bertanggungjawab ke atas kematian Teoh Beng Hock.

"Dia (Pornthip) telah mengatakan 80 peratus kemungkinan Teoh mungkin dibunuh.


"Bagaimanapun, empat pakar patologi (tiga merupakan doktor kerajaan dan seorang doktor yang diupah SPRM, Dr Peter Venezis) telah membuktikan bahawa Teoh masih sedar ketika beliau jatuh. Ini menunjukkan Teoh tidak dibunuh dan bukti ini sepatutnya membebaskan SPRM daripada dakwaan tidak berlaku jujur," katanya.

Katanya lagi, sekiranya ia dilihat dari segi perlawanan bola sepak, "jumlah jaringan ialah 4-0 (memihak kepada SPRM)".
Bagaimanapun, peguam yang dilantik kerajaan negeri Selangor, Malik Imtiaz Sarwar (bawah, kanan) berkata SPRM tidak sepatutnya membuat kesimpulan seperti itu.

"Ini ku

rang bijak untuk SPRM bagi membuat sebarang kesimpulan dengan cuba untuk mempengaruhi mahkamah ini,” katanya.

Malik sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa kerajaan Selangor membuat permohonan mendapatkan keterangan melalui telepersidangan video untuk kepentingan keadilan dan membenarkan Pornthip untuk memberikan keterangan dengan memastikan keselamatan daripada ancaman-ancaman yang dihadapinya.

Malik mengemukakan permohonan tersebut di bawah Seksyen 272(B), Kanun Acara Jenayah

"(Pornthip) bersedia untuk memberikan keterangan dan kerajaan Selangor juga bersedia untuk memberikan kemudahan untuk mengadakan telepersidangan video." katanya.

Permohonan ini disokong oleh ahli keluarga Teoh dan Majlis Peguam.
Abdul Razak juga telah menyerahkan bantahan berdasarkan peruntukan bahawa pendengaran secara sidang video hanya membenarkan jika ia dibuat di Malaysia.

Peruntukan tersebut, katanya adalah menyerupai Akta kanak-kanak 2007 di mana testimoni adalah di buat dalam satu mahkamah yang berasingan.

"Ia harus dilakukan dalam suasana mahkamah.

"Tambahan pula, terdapat satu kemungkinan jika Pornthip tidak bercakap benar, kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana kami tidak ada kuasa di Thailand." katanya.

D

r Porntip dalam keterangannya dalam inkues tersebut sebelum ini menyatakan punca kematian Teoh adalah "80 peratus dibunuh" berdasarkan gambar-gambar di tempat kejadian dan kecederaan pada mayat Teoh.

Beliau kemudiannya menyatakan menghadapi tekanan dan ancaman hingga tidak dapat hadir memberikan keterangan lanjut. Keterangannya sepatutnya didengar selepas bedah siasat kedua dilakukan.

3 comments:

  1. Salam,

    Jgn biarkan institusi mahkamah kita terus dijuburi oleh anu war n the gangs. Dah la minta mahkamah berjalan dalam sessi tertutup, di mana ketelusan? di mana hak rakyat untuk mengetahui cerita sebenar? di mana kebebasan akhbar? Bukan ke inilah yang mereka kununnya perjuangankan dulu?

    Kalau dr. porn tips tak datang, lantak dialah. tak payah buat vc ke apa ke....

    -Melayu Bangkit!!!-

    ReplyDelete
  2. Salam Isac..Mudah benar rakyat Malaysia tertipu dengan pelbagai alasan Dr Porntship ni. Patutnya jenis ni patut dicela sebab bertindak dan bercakap hanya semata-mata untuk meraih kontroversi..Kurang ajar!

    ReplyDelete
  3. Kat negara dia sendiri, Kerajaan Thai x bagi dia campur tangan semasa postmortem mangsa tsunami di beberapa daerah spt Phuket dll, kat sini dia belagak pandai, sebenarnya PR yg bodoh amek dia ni...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.